Along Cham Malas Layan Zila
Zila Seeron sebelum ini mencuri perhatian apabila tampil disebuah rancangan TV di pagi hari raya Aidil Adha untuk meluahkan perasaannya dan memohon maaf kepada Along dan keluarga.
Nampaknya, bekas suaminya Along Cham dilihat seperti malas mahu melayan karena Zila dan enggan memberikan sebarang reaksi terhadap kemunculan bekas isterinya
"No komen..." - Itulah jawapan ringkas Along ini apabila dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini oleh wartawan HMetro.
Dalam rancangan TV itu, Zila telah memohon maaf kepada Along dan keluarga mertuanya di atas kesilapan yang dilakukan selama ini.
Zila turut meluahkan perasaannya kepada anak tunggal mereka, Ahmad Danial yang kini dijaga mertuanya selepas badai melanda rumah tangganya.
Tindakan Zila dilihat gagal kerana mengundang kecaman para penonton yang kebanyakannya menyuruhnya bertaubat dan insaf di atas perbuatannya. (BACA SINI)
Ramai yang memuji Along Cham kerana tidak banyak membuat kenyataan dan dilihat kurang mengaibkan bekas isterinya itu.
0 comments:
Post a Comment