Setelah Diugut Bunuh VIP, Rumah Remy Ishak Diserbu Polis
Rumah pelakon Remy Ishak telah diserbu pihak polis kerana disyaki membuat aktiviti tidak bermoral dan terlibat dengan barang terlarang.
Serbuan polis berkenaan bagaimanapun tidak menemui sebarang unsur jenayah.
Terkejut dengan serbuan tersebut, Remy syak dirinya dianiaya oleh wanita VIP yang sama membuat ugutan bunuh terhadapnya sebelum ini.
Ini komen Remy Ishak:
“Saya syak aduan ini diterima daripada individu sama yang membuat ugutan bunuh terhadap saya baru-baru ini. Saya tinggal di situ sudah agak lama. Tidak pernah ada masalah pun. Jadi bagaimana tiba-tiba terima aduan kegiatan 'barang terlarang' di situ?
“Pihak polis juga sedia maklum, keselamatan saya dan keluarga sekarang berada di dalam keadaan yang cukup membimbangkan. Saya tidak mahu mengulas panjang dan berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan segera,”
“Polis serbu rumah walaupun saya tiada di sana. Lepas ugut bunuh, sekarang dia aniaya pula,”
“Sebelum ini kereta saya hilang, rumah saya juga pernah dipecah masuk. Malah, saya juga telah menerima ugutan bunuh. Keselamatan saya kini berada di tahap yang membimbangkan,”
Sebelum ini, Remy telah menolak untuk keluar berjumpa dengan seorang wanita VIP dan terus diganggu wanita terbabit termasuk ugutan bunuh.
Menurut Remy, sebelum ini keretanya pernah dicuri dan rumahnya pernah dipecah masuk.
0 comments:
Post a Comment