Hafiz, Bekas Calon Suami Fara Fauzana Buat Kenyataan Mengejutkan

Hafiz, Bekas Calon Suami Fara Fauzana Buat Kenyataan Mengejutkan



Bekas calon suami Fara Fauzana iaitu Mohamed Hafiz telah tampil buka mulut setelah berita dirinya suami orang tersebar.

Hafiz membuat kenyataan mengejutkan bahawa sebenarnya dia tidak pernah berkahwin seperti didakwa sebuah akhbar dan tidak pernah merahsiakan statusnya kepada Fara Fauzana.

Ini komennya:

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah berkahwin dan saya tidak pernah merahsiakan tentang status perkahwinan kepada Fara.

"Selain itu, status tersebut juga bukanlah punca perkahwinan tersebut dibatalkan. Jika hendak tahu tentang sebab sebenar anda perlu bertanya sendiri dengan Fara,"


"Saya minta maaf kepada yang terkesan dengan apa yang berlaku dan saya juga meminta agar pihak media menghormati privasi saya dan keluarga.

"Saya juga terkesan dengan pembatalan perkahwinan kami dan minta diberi ruang untuk diri kembali seperti biasa,"


Hafiz juga menjelaskan dia tidak hadir ke majlis sidang media pengumuman perkahwinan mereka pada 1 Ogos lalu adalah atas persetujuan bersama dengan Fara bagi melindungi privasi keluarganya.

Ahli perniagaan ini akui sedang tertekan dengan apa yang berlaku dan berharap pihak media faham dengan situasi dihadapinya.

Pada Ahad lalu, Fara membuat kejutan apabila memberitahu majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan.

0 comments:

Post a Comment