Kisah Sebenar Mengapa Bapa Ini Bawa Anak Bonceng Motor
Satu foto telah menjadi viral di laman sosial baru-baru ini yang mana seorang bapa telah membawa anak kecilnya menggunakan 'baby carrier' dibonceng dibelakang ketika menaiki motosikal.
Tindakan bapa tersebut mengundang kecaman sesetengah pihak yang menyatakan tindakan seperti itu amat berbahaya dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi tersebut.
Akhirnya, bapa berkenaan tampil membuka mulut menceritakan kisah sebenar tentang kejadian itu.
Foto berkenaan dikatakan dimuat naik semula oleh rakan bapa bayi tersebut sempena hari lahirnya baru-baru ini.
Katanya, gambar tersebut diambil tahun lalu dan baru sahaja menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.
Ini komennya:
Terdesak Bawa Anak
“Sebenarnya, ketika itu saya hendak menjemput isteri dari tempat kerja. Saya agak terdesak berbuat demikian sebab tiada siapa boleh tolong jaga anak saya yang ketika itu baru lima bulan,”
"Gambar itu dirakam oleh rakannya itu semasa dalam perjalanan menjemput pulang isterinya dari Ayer Keroh ke Bandaraya Melaka, namun disebabkan tiada siapa dapat membantu menjaga anaknya ketika itu, dia terpaksa mengendong anaknya menggunakan 'baby carrier' yang dianggapnya sebagai selamat."
"Saya buntu ketika itu dan tidak tahu nak buat macamana. Itulah yang membuatkan saya mengambil keputusan mengendong anak. Ketika itu, saya hanya ada motosikal."
Kawan Muatnaik Semula Gambar
“Gambar itu dimuatnaik semula sekadar suka-suka kerana kami dulu pernah berkonvoi bersama. Hanya tanda ingatan dia sempena hari lahir saya. Tak sangka akan `viral’ semula”
“Ketika itu juga saya baru saja berpindah ke Melaka. Lebih 10 kali saya bawa anak seperti itu untuk menjemput isteri pulang dari tempat kerja.
"Ada orang menasihati saya supaya berhenti melakukannya. Tapi, kekadang ada juga rakan ikut saya untuk memastikan keselamatan kami,”
Pelbagai Reaksi Netizen
"Saya juga ada membaca komen daripada pengguna laman sosial di FB rakan saya itu yang rata- ratanya memberikan reaksi positif dan ada juga yang mengecam tindakan saya itu.
"Apapun saya lakukan itu disebabkan kerana terdesak dan sudah pasti sebelum berbuat demikian saya memastikan keselamatan anak. Biarlah apa mereka nak cakap kerana mereka tidak berada di tempat saya,"
Kini, dia tidak lagi berbuat seperti itu kerana telahpun membeli sebuah kereta dan isterinya pula sudah pun berhenti kerja dan memberi tumpuan membesarkan anaknya yang kini sudah hampir berusia tiga tahun.
0 comments:
Post a Comment