Atikah Suhaime Diserbu, Akhirnya Jawab Isu Gambar Viral

Atikah Suhaime Diserbu, Jawab Isu Gambar Viral



Pelakon jelita, Atikah Suhaime telah diserbu oleh para wartawan ketika di majlis tayangan filem terbaru lakonannya.

Atikah menghadiri majlis tersebut untuk mempromosikan filem terbaru MIG berjudul Volkswagen Kuning dan yang mana kemudiannya diserbu wartawan untuk bertanya soalan panas.

Ini kali pertama Atikah membuka mulut untuk menjawab kontroversi yang sedang melandanya ini.

Komen Atikah

Dalam sesi temubual itu, Atikah telah menafikan dakwaan bahawa foto yang tersebar itu adalah dirinya.

Ini kenyataannya:

"Tidak, bukan saya. Saya tidak melihat gambar tersebut tetapi ibu saya ada melihatnya. Ibu menasihati agar saya bersabar,"

"Saya minta maaf kerana saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut. Perkara ini saya telah serahkan kepada pihak pengurusan (MIG) untuk sebarang tindakan selanjutnya,"

"Setakat ini, pihak pengurusan sedang mengumpulkan maklumat berkenaan dengan perkara tersebut. Semuanya akan diuruskan oleh pihak MIG, termasuklah membuat laporan polis,"


Komen David Teoh

Sementara itu, bos Atikah iaitu David Teoh berkata dia mengetahui siapa dalang yang menyebarkan gambar-gambar terbabit dan mempunyai beberapa bukti yang kukuh.

Ini komennya:

"Saya beri amaran jangan keluarkan lagi apa-apa gambar yang boleh mencetuskan kontroversi, saya tahu anda siapa dan tidak lama lagi saya akan ambil tindakan.

"Sekarang saya sudah ada banyak bukti kukuh untuk mendakwa individu tersebut. Dia tidak akan terlepas,"


Sumber: AstroGempak

0 comments:

Post a Comment