Ini Komen Pelakon Kazar Tentang Kes Aidil Aziz Yang Membuat Ramai Terkedu
Kes pelakon drama Aidil Aziz yang ditahan pihak polis kerana kes 'bahan terlarang' menjadi bualan ramai.
Di laman sosial miliknya, Aidil dihentam teruk oleh orang ramai. Sehingga ada yang mendoakan agar Aidil dikenakan hukuman gantung.
Jika di baca di laman sosial Instagram miliknya, hanya segelintir saja yang mendoakan agar Aidil sentiasa selamat.
Pelakon Kazar kecewa dengan perkara ini dan memberi komennya yang amat padu.
Jom baca komen Kazar:
Beratus dan mungkin akan jadi beribu komen untuk kes yang belumpun masuk mahkamah untuk dibicara.
Hanya puluh dan ratusan kecil sahaja komen yang hamba Allah ini dapat pada setiap post kebajikan selama dia berkhidmat sebagai penghibur.
Rata-rata yang komen pedas adalah mereka yang tidak pernah mengenali dia sebelum ini.
Adakah kamu hidup didunia ini hanya untuk menunggu orang lain melakukan kesilapan?
Kenapa tidak kamu cungkil kebaikan mereka itu?
Kepada kamu-kamu ini, tolong update kepada dunia laluan kehidupan kamu selepas ini, saya sendiri amat teringin nak tau apa kesudahan episod dalam hidup kamu.
Kerana dalam drama atau movie setiap watak jahat akan kecundang akhirnya.
Apa mungkin dalam realiti kamu akan menjadi manusia paling mulia.
Yang saya tahu Allah tidak mempunyai sifat pembenci seperti kamu.
Adakah kita rasa kita lebih hebat dariNya sehingga kita sanggup memperaktikkan sifat keji itu.
Mudah mudahan kita semua terselamat dari kemurkaan
Itulah nukilan dari Kazar kepada mereka yang menghentam orang lain termasuk Aidil.
0 comments:
Post a Comment