Ini Respon Elly Mazlein Apabila Faye Akhirnya Mengaku Bercinta Dengan Bekas Suaminya
Penyanyi Elly Mazlein telah memeberi respon di laman IG miliknya selepas Faye Kusairi mengaku bahawa bekas suaminya merupakan kekasihnya.
Faye membuat kenyataan menyatakan bercinta dengan bekas suami Elly iaitu Hatta Azmi pada Disember yang lalu selepas pasangan tersebut sah bercerai.
Ini komen Faye:
“Saya mengakui berkawan rapat dengan Azmi tetapi ia berlaku sejak Disember tahun lalu, kira-kira dua bulan selepas mereka bercerai.
Saya menafikan menjadi punca perceraian mereka. Ketika perceraian mereka saya sedang bercinta dengan orang lain selepas saya putus cinta barulah saya kenal Azmi.
Itu pun selepas saya meminta Azmi menunjukkan bukti perceraiannya”
“Saya tidak akan rapat dengan dia jika saya tahu dia masih suami orang. Saya malas hendak komen apa tujuan Elly yang kerap kali menyerang saya.
Saya juga tidak ambil tahu atau terasa hati dengan tindakan dia. Tuduhan yang dilemparkan kepada kami itu biarlah kami dan orang sekeliling saja yang mengetahuinya,”
Selepas Faye membuat kenyataan berikut, Elly Mazlein telah memberi reaksinya
Ini komen Elly:
Ermmmm bagaikan pinang dibelah kapak .. sama2 cantik & padan.. kakak lina Doakan semoga bahagia tau .. terima Kasih kakak Faye.. kakak lina terhutang budi.. sebagai balasan kakak lina hadiahkn Doa buat kakak faye & abg ajemi hatta.. meh cayang cikit kakak Faye
Terhutang budi .. terima Kasih ya .. kakak lina syg kakak faye ketat2.. jaga Amzi hatta baik2 tau .. kakak lina Doakan kakak Faye bahagia tau .. meh cium cikit kakak Faye
Sebelum itu, Elly ada juga menyindir Faye seperti jelous dan tidak membenarkan bekas suaminya itu berjumpa anaknya.
Ini beberapa gambar di Ig Elly Mazlein.
0 comments:
Post a Comment