Syarat Ketat Nora Untuk Sertai Gegar Vaganza

Syarat Ketat Nora Untuk Sertai Gegar Vaganza


Penyanyi Nora telah meletakkan syarat kepada pihak Astro untuknya menyertai Gegar Vaganza musim baru ini.

Nora meminta agar  dia membuat persembahan yang tidak keterlaluan bersesuaian dengan imejnya sebagai wanita muslimah.


Selain itu, Nora juga mahu komen yang membina dan tidak keterlaluan dan tidak mahu komen negatif yang menjatuhkan imejnya.

Ini komen Nora:

Bawa Lagu Cara Sendiri

"Saya sudah beritahu awal-awal kepada pihak Astro tentang perkara ini dan syarat serta batas yang perlu saya jaga ketika membawakan sesebuah lagu.

"Saya percaya lagu-lagu seperti genre dangdut atau rock boleh dipersembahkan dengan cara yang lebih kreatif dan versartil tanpa dilihat keterlaluan,"


Komen Dari Juri

"Saya bersedia dikomen oleh orang yang lebih profesional dalam bidang ini, saya juga banyak melakukan kesalahan dan ingin memperbaikinya.

"Tapi saya mohon kritikan tersebut biarlah yang membina dan bukan yang menjatuhkan maruah seseorang," 


Jawapan Balas Nora Apabila Ramai Pertikai Penyertaannya


"Ramai orang bertanya kenapa saya perlu masuk program ini sedangkan saya tidak hilang dari industri, ya, nama saya mungkin gah 10 tahun lalu.

"Generasi sekarang hanya kenal nama sahaja tapi dia tidak tahu kebolehan saya sebagai penyanyi. Lagi pula saya jarang aktif di televisyen,"


Rakan Beri Reaksi Negatif terhadap GV

Tambah Nora,rakan-rakan sekelilingnya tidak membenarkan dia terlibat dengan program realiti tersebut berikutan tidak mahu dia dikritik.

Katanya, kebanyakan rakannya memberi reaksi negatif ketika diminta pendapat tentang program berkenaan.

"Saya ada bertanya dengan orang sekeliling tentang program ini dan kebanyakkan mereka tidak mahu saya masuk kerana takut saya kalah.

"Bagi saya kalah dan menang itu adat pertandingan dan naluri saya kuat ingin memasuki pertandingan ini,"


Penyanyi lain yang turut bertanding ialah Ameng (Spring), Gmie (Screen), Razis Ismail, Rem, Shidee (Data) dan Zarul Husin (Umbrella), Intan Sarafina, Azharina, Elly Mazlein, Siti Sarah dan Zur Eda.

0 comments:

Post a Comment