Maya Matahari Luah Rasa Kecewa Dengan Penganjur Gegar Vaganza

Maya Matahari Luah Rasa Kecewa Dengan Penganjur Gegar Vaganza 



Penyanyi Maya Matahari luah rasa terkilan dan kecewa dengan layanan penganjur Gegar Vaganza (GV) yang menolak penyertaannya dalam musim ketiga program realiti itu.

Mya telah dua kali mencuba nasib menyertai uji bakat rancangan itu, namun nasib tidak menyebelahi dirinya.

Mya bukannya mahu mempersoalkan kenapa dia tidak layak, tetapi membangkitkan soal layanan yang diterima daripada kedua-dua sesi uji bakat program terbabit.

Ini Komen Maya yang kini menggunakan nama Mya:


Tak Faham Kenapa Ditolak

"Pada musim kedua GV, penyertaan saya ditolak mungkin kerana faktor kesihatan yang tidak mengizinkan ketika uji bakat diadakan. Ketika itu, suara saya tidak keluar dan tak mampu menyanyi dengan baik. 

"Musim ketiga ini, saya tidak pasti kenapa ditolak? Ada kala saya jadi kabur dengan syarat pertandingan.

"Adakah GV mahu mencari penyanyi sedia ada dari era 1980-an dan 1990-an yang pernah menyerlah suatu ketika dulu atau penyanyi yang hanya meledak dengan sebuah lagu?"


Jadi Duta Produk Lain Tak Boleh?

Mya minta penjelasan apakah artis yang dibenarkan menyertai GV tidak boleh terikat dengan mana-mana produk atau bergelar duta.

Mya memberitahu dia hanya menjadi rujukan atau testimoni sesebuah produk selain menjadi pengguna tegar tetapi tidak dianggap sebagai duta. 

"Saya faham jika pertandingan itu mempunyai pihak penaja dan tidak mahu peserta terikat dengan produk lain.

"Hakikatnya, saya tidak diikat sebagai duta oleh mana-mana produk," 


"Saya percaya, sebagai selebriti kita kena bijak untuk meneruskan kelangsungan hidup. Saya mencari makan dalam dunia hiburan. Saya tiada perniagaan sendiri untuk menampung kehidupan harian,"

Tolak Tawaran Berlakon

Menurut Mya, keputusan sama ada dirinya lulus atau tidak hasil uji bakat musim kedua dan ketiga GV juga tidak dimaklumkan pihak produksi.

Malah, pada satu tahap, dia terpaksa menghubungi pihak terbabit bagi bertanyakan perkembangan terkini.


Ini komen Mya lagi:

"Tidak saya nafikan, pertandingan ini banyak membantu penyanyi lama yang dilupakan dan kurang menyerlah untuk kembali diingati. Begitupun, kalau sudah bukan namanya rezeki, kita tidak boleh berbuat apa-apa.

"Saya sendiri bekerja secara profesional. Bayangkan, sementara menunggu keputusan GV3, saya terpaksa menolak banyak tawaran lain.

"Dua antaranya tawaran berlakon drama sebanyak 16 episod dan 80 episod selain undangan menjadi hos program bual bicara.

"Terus-terang, saya komited dalam hal kerja kali ini termasuk tawaran menantikan keputusan GV3. 


Tetapi, pihak produksi juga kenalah peka dan bertolak-ansur dalam hal ini. Saya mencari makan dengan cara menyertai dunia seni,"

Mya mendakwa hanya mendapat tahu keputusan dirinya tidak diterima menyertai GV3 daripada kawan. Bagi Mya, sepatutnya pihak produksi yang memaklumkan perkara ini.

Senario sama berulang seperti ketika GV2 apabila Mya tidak diberitahu dan terus senyap begitu saja.

0 comments:

Post a Comment