Astro Bagi Warning Kepada Nabil Ahmad


Astro Bagi Warning Kepada Nabil Ahmad


Pihak Astro telah memberi warning kepada pengacara Gegar Vaganza, Nabil Ahmad setelah pelawak ini membuat lawak menghina kumpulan OKU Caliph Buskers.

Astro telah memanggil Nabil dan membincangkan isu berhubung tindakan pelawak ini mempersendakan kumpulan tersebut ketika minggu pertama program Gegar Vaganza.

Raqim, Pengurus Saluran Astro Ria, berkata, pada pertemuan itu pihaknya menegur Nabil agar lebih sensitif dan berhati-hati ketika membuat lawak terutamanya menerusi program yang disiarkan secara langsung.

Nabil diarahkan supaya perlu lebih sensitif terhadap keadaan sekeliling biarpun dia tidak berniat untuk mengguris perasaan mana-mana pihak.

Walaubagaimanapun, secara peribadi, Nabil Ahmad telah melahirkan kekesalan dan telah meminta maaf secara live di rancangan Meletop kepada kumpulan Caliph Busker.

Ini komen pengurus Astro Ria:

"Kami telah panggil Nabil dalam satu sesi baru-baru ini dan memintanya lebih berhati-hati dalam membuat lawak ketika mengendalikan program siaran langsung.

"Sebagai pengacara Nabil perlu lebih sensitif terhadap keadaan sekeliling biarpun dia tidak berniat untuk mengguris perasaan mana-mana pihak,"

"Lawak itu subjektif dan bukan semua pihak boleh faham atau terima sesuatu jenaka disampaikan. Bagaimanapun sebagai pelawak Nabil harus lebih peka terhadap keadaan sekelilingnya.

"Penapis yang dibawa Nabil ke pentas ketika mengacarakan Gegar Vaganza tadi (Ahad lalu) sebagai peringatan dan simbolik supaya tapis apa yang ingin diperkatakan,"


Dalam rancangan itu, semasa giliran Zul (Handy Black) membuat persembahan, Nabil telah bertanya mengenai lukisan di atas pentas dan dia telah menyamakan karya itu dengan kumpulan Caliph Buskers yang mana ahli-ahlinya adalah cacat penglihatan.


0 comments:

Post a Comment