"Maria Farida Tergedik Minta Suami Kaya" - Karen Rahman


"Maria Farida Tergedik Minta Suami Kaya" - Karen Rahman


Sebelum ini, telah berlaku perbalahan antara rakan baik dan juga pelakon jelita Maria Farida. Rakannya itu bernama Karen Rahman dan dia menuduh Maria merampas suaminya dan kini mereka telahpun bercerai.

Boleh baca kisah pergaduhan mereka berdua  ( DI SINI ). Kisahnya menjadi lebih rumit apabila anak Karen Rahman pula memburukkan ibu kandungnya sendiri dan menyebelahi Maria Farida (BACA SINI).

Ini pula kenyataan balas dari Karen Rahman:

Saya perhatikan saja sikapnya (Maria Farida) yang suka menggedik dengan bekas suami sejak kami mula berkawan lagi. Tetapi bekas suami saya tidak pernah melayan. Beliau bukan lelaki mata keranjang. 

Kadang saya terdengar mereka berbual, manja saja suaranya meminta bekas suami saya mencari lelaki kaya buat dirinya.

Saya pula jenis tidak pernah ambil peduli. Bagi saya, dia memang terdesak nak bersuami orang kaya. Bagaimanapun saya tidak sangka pula suami saya digoda dan dirampasnya.

Saya sedih mempunyai anak yang tidak mengenang budi. Biarlah Tuhan membalas perbuatannya kerana sanggup memburukkan saya sebagai ibu kandung yang melahir dan membesarkannya.

Bagaimanapun kuasa Tuhan, kekasih Shazleen sendiri menghubungi dan memberitahu saya, kenyataan memburukkan saya itu adalah pakatan bekas suami dan Maria. Shazleen hanya mengikut sahaja. Semua itu cerita rekaan mereka untuk menutup skanda mereka menuduh saya jahat pula.

Mungkin juga (Maria Farida cemburu). Saya tahu Maria selalu memburukkan saya pada teman-teman. Cerita itu sampai pada pengetahuan saya. Dia memfitnah kononnya saya penagih dadah, isteri y ang tidak pandai menjaga suami, keluar rumah tanpa suami dan macam-macam lagi.

Tapi hakikatnya kawan-kawan saya tahu siapa saya. Bagaimana sempurnanya saya menjaga suami dan rumah tangga.

Sumber: BeautifullNara

0 comments:

Post a Comment