Lawak Selamba Zizan Tentang "Kamal Adli" Memang Menjadi

Lawak Selamba Zizan Tentang Kamal Adli Memang Menjadi


Semalam, di pentas final Super Spontan All Star, Zizan Razak berjaya mencuit hati penonton di pentas dan juga di rumah dengan lawak selambanya dengan memetik nama "Kamal Adli".

Ketika permainan "beku", Zizan masuk dan memeluk Yus Jambu, sambil berkata "Saya tak salah Kamal, saya tak salah".

Lawak spontan Zizan itu ternyata menjadi dan membuatkan penonton tergelak begitu juga dengan para peserta yang lain yang tidak dapat menahan lawak.

Yang bestnya, Yus Jambu menjawab, "saya bukan Kamal tapi Emma" sambil mencium pipi Zizan menjadi suasana bertambah havoc dengan gelak orang ramai.

Apapun Zizan hanya bergurau sahaja tu. memang sporting betul Zizan ni.

Untuk pengetahuan, kini sedang kecoh dengan isu Kamal Adli yang dikatakan berang dengan Zizan kerana dikatakan menjadi punca dirinya disingkir dari filem Abang Long Fadil 2.


0 comments:

Post a Comment