Respon Mengejutkan Caliph Busker Setelah Nabil Diberi Warning Oleh Astro
Vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat akhirnya tampil memberi kenyataan tentang kes yang menimpa kumpulannya dan juga Nabil.
Azmi memohon orang ramai agar tidak mengambil serius gurauan pengacara Nabil Ahmad yang mempersendakan kumpulannya pada episod pertama program Gegar Vaganza 2 yang bersiaran pada 18 Oktober lalu.
Azmi akui sebenarnya Nabil seorang yang kelakar serta menghiburkan. Caliph Busker juga langsung tidak pernah terasa dengan kata-kata dan juga gurauan kasar Nabil itu.
Ini komennya:
"Jujurnya, sedikit pun kami tak terasa dengan gurauan Nabil itu. Kami mengikuti program itu dan lawak dia memang menghiburkan.
"Apatah lagi setiap minggu kami berjumpa dengan Nabil di program Meletop dan kami sangat mengenali dia yang suka bergurau secara kasar.
"Ahli-ahli Caliph Buskers lain pun seronok dengan gurauan dia kerana kebanyakan orang melayan kami terlalu baik disebabkan kekurangan kami,"
Vokalis itu menambah bahawa dia faham apabila masyarakat marah dengan tindakan Nabil itu, namun orang ramai juga perlu tahu bahawa golongan orang kurang upaya (OKU) juga manusia biasa yang suka bergurau senda.
"Memang dari dulu lagi masyarakat begitu prihatin terhadap sensitiviti golongan OKU. Kami bersyukur dengan perkara itu.
"Tetapi kalau anda semua nak tahu, kami lebih suka jika kami dilayan seperti orang biasa. Kami suka bergurau, malah lebih kasar daripada Nabil lagi. Hahaha.."
Sebelum ini, Astro memberi amaran dan pesanan kepada Nabil agar lebih berhati-hati ketika membuat lawak di dalam rancangan secara langsung.
Ini ekoran kemarahan orang ramai apabila Nabil dikatakan mempersendakan kumpulan Caliph Busker dalam rancangan Gegar Vaganza apabila mengatakan ahli Caliiph Busker buta.
0 comments:
Post a Comment