Anak Harun Salim Bachik Amat Terkilan
Anak sulung lelaki Allahyarham Harun Salim Bachik telah meluahkan rasa terkilan dengan luahan isteri kedua Harun dengan kemelut salah faham dialami keluarga besar itu.
Syafiq Al-Rashid (anak sulung Harun dengan isteri pertama) melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu keluarga balu bapanya mengalami kesukaran hidup.
Baginya, dia berpendapat sebarang masalah dalaman sepatutnya boleh diselesaikan secara kekeluargaan tanpa melibatkan pihak luar.
Syafiq menyatakan ayahnya sentiasa mementingkan nilai kekeluargaan mendidik anak-anak dan selalu berpesan bahawa wang dan kebendaan sentiasa boleh dicari namun hubungan kekeluargaan tiada galang gantinya.
Ini komen Syafiq:
"Saya pun serba salah nak komen, tetapi memanglah rasa terkilan apabila beliau berkata tiada sesiapa membantu keluarga isteri arwah ayah di sana kecuali Afdlin (Shauki),"
Syafiq ada cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesukaran dihadapi isteri Harun melalui panggilan telefon atau mesej namun semuanya tidak berjawab.
"Saya tertanya-tanya, mengapa jadi begitu?" tambah Syafiq.
Walaupun begitu, Syafiq berkata dia akan cuba mencari penyelesaian terbaik untuk merapatkan semula hubungan keluarganya dan juga balu bapanya.
Untuk makluman, Harun Salim Bachik berkahwin dengan Martinah Ahmad dan memperoleh empat anak, termasuk Syafiq.
Selepas bercerai, Harun kemudian berkahwin pula dengan Suriati Mohd Noor dan pasangan itu mendapat dua anak.
Media melalui Melodi ada melaporkan Suriati mengalami hidup yang sukar sejak Harun meninggal dunia dan keluarga itu kini banyak dibantu oleh Afdlin.
Kata Syafiq, walaupun dua anak Harun bersama Suriati adalah adik tirinya, dia tetap menganggap mereka sebagai darah daging sendiri.
"Insya-Allah kami akan cuba selesaikan apa saja salah faham itu nanti," katanya.
Seboleh mungkin, kata Syafiq, dia mahu bapanya dikenang sebagai pelakon atau seniman yang dikagumi ramai, bukannya dibayangi sebarang masalah peribadi.
"Biar orang ingat arwah yang sedang berada di puncak kerjaya," katanya.
Syafiq berkata demikian ketika menghadiri tayangan amal filem Polis Evo yang merupakan lakonan terakhir ayahnya.
0 comments:
Post a Comment