Penonton Mula Meluat, Bosan Dengan Lawak Sepahtu Reunion Live, Terutama Lawak "Chia Chia"

Penonton Mula Meluat, Bosan Dengan Lawak Sepahtu Reunion, Terutama "Chia Chia"


Sepahtu merupakan kumpulan pelawak paling popular Di Malaysia ketika ini.

Rancangan Sepahtu Reunion telah masuk musim kedua dan yang menariknya ianya dibuat secara langsung di Astro.

Memang ramai yang menantikan rancangan ini setaip Jumaat kerana ternanti-nanti dengan lawak best dari bekas juara Maharaja Lawak Mega ini.

Boleh dikatakan ramai yang akan terpacak di depan tv untuk menonton rancangan ini namun sejak akhir-akhir ini penonton mula merasa bosan.

Malah menerusi ruang komen di Astro Gempak, para penonton mula meluahkan rasa bosan mereka dengan lawak Sepahtu.

Antara lawak yang dikatakan mula menjadi bosan adalah lawak pick up line, 'chia chia chia'.

Ada juga yang mula boring melihat Jep selalu bahan rakan-rakannya ketika mereka tiada idea dan ingin keluar dari set.

Beberapa penonton juga meluahkan rasa meluat melihat Rahim yang dikatakan selalu 'menggatal' ketika berlakon.

Ini antara luahan dari penonton:










Inilah Gambar Terkini Pelakon Kanak-Kanak Iklan Popular Ini Setelah 10 Tahun

Inilah Gambar Terkini Pelakon Kanak-Kanak Iklan Popular Ini Setelah 10 Tahun


Iklan popular ini sudah pasti diketahui ramai. Iklan dari Petronas ini dibuat khas sempena hari kemerdekaan Malaysia.

Ianya menunjukkan seorang kanak-kanak berbangsa Cina yang menyukai seorang kanak-kanak perempuan bangsa Melayu.

Iklan ini menjadi viral sekelip mata dan ramai yang menyukainya.

Kini setelah 10 tahun berlalu, mereka berdua telah bertemu kembali.

Kedua-dua mereka telahpun meningkat remaja.

Memang dah kacak dan cantik kedua-dua budak ini.

Jom layan gambar terkini mereka berdua:




Perkahwinan Diuji, Amir Raja Lawak Tampil Dedah Keadaan Terkini Rumah Tangganya

Perkahwinan Diuji, Amir Raja Lawak Tampil Dedah Keadaan Terkini Rumah Tangganya



Amir Raja Lawak dan isteri  Nur Intan Syafinaz masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah hampir 2 tahun bernikah.

Pasangan ini kini  masih tabah dan bersabar dengan ujian ini. Sudah tentu ramai yang sering bertanya soalan ini kepada Amir dan isteri.

Amir tidak berasa tertekan dengan perkara ini dan sentiasa tenang kerana rezeki mereka untuk menimang cahaya mata belum tiba.

Ini komen Amir:

"Kalau diikutkan memang saya mahu timang anak tetapi Allah belum beri rezeki lagi jadi saya letakkan perkara itu kepada rezeki.

"Seronok juga kalau ada anak di rumah tetapi saya tidak berasa tertekan apabila ditanya soal itu kerana saya anggap pertanyaan itu perkara biasa,"


Kerana masih belum ada anak, Amir mengatakan ianya mempunyai hikmah tersendiri.

Pelawak ini menyifatkan hubungan mereka masih dalam peringkat 'berbulan madu'. Mereka sering berkepit bersama.

Ini jelasnya:

"Allah belum beri rezeki anak tetapi dia beri rezeki untuk saya manfaatkan masa bersama isteri dan kalau sudah ada anak nanti mungkin kami tak boleh 'berkepit' macam sekarang.

"Alhamdulillah saya dikurniakan seorang isteri yang cukup baik dan dia sentiasa ada di sisi malah sering ikut ke mana sahaja saya pergi.

"Tak terasa pun sudah dua tahun berkahwin tetapi rasa macam masih berbulan madu,"


Untuk pengetahuan, Amir dan Intan berkahwin pada 14 Mac 2015.

Dikecam Buka Tudung, Ini Respon Selamba Zila Seeron

Dikecam Buka Tudung, Ini Respon Selamba Zila Seeron


Bekas isteri Along Cham, Zila Seeron telah teruk dikecam setelah muatnaik video dan gambar yang menunjukkan dia kini tidak lagi bertudung.

Malah rambutnya diwarnakan keperangan yang membuatkan ramai marah dan menghentamnya.

Baca kecaman orang ramai terhadap Zila Seeron DI SINI.

Setelah dikecam teruk, Zila Seeron dilihat membalas komen dari orang ramai di laman IG nya.

Antara respon Zila Seeron ialah:

"Biar Saya Seorang Yang Dipandang Pendosa.."

"Yang setannya si Zila tu sahaja, arwah abah (Seeron) tak ada kena mengena.."

"Tak payah difikirkan perkara dah lepas, manusia basa bukan malaikat.."

Setelah sekian lama, Zila Seeron makin teruk dihentam dan dikecam. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk delete video dan gambar tersebut.

Semoga Zila Seeron dapat hidayah dan kembali bertudung.



Setelah Lelaki Dari USA Umum Fazura Sebagai Teman Wanitanya, Ini Respon Balas Fazura

Setelah Lelaki Dari USA Umum Fazura Sebagai Teman Wanitanya, Ini Respon Balas Fazura


Baru-baru ini, seorang deejay dari Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa pelakon popular Fazura sebagai teman wanitanya.

Lelaki bernama Randy Seidman itu menceritakan bahawa Fazura seorang yang baik dan mengecam tindakan Presiden USA, Trump yang mahu mengahalang kemasukkan beberapa negara Islam ke USA.

Sebuah video di muatnaik di laman sosial Youtube dan video itu menjadi viral. Ramai yang terkejut mendengar Randy menggelar Fazura sebagai girlfriend nya.

Setelah perkara berkenaan tersebar, ramai yang mahu mendengar apa kata Fazura.

Ini respon dari Fazura tentang hal ini:

"Saya tak salahkan siapa yang buat pertikaian sebab di sini (Malaysia) ia bukan sesuatu yang normal apabila seorang lelaki sebut 'girlfriend' bagi rakan wanita mereka.

"Tetapi di Amerika ia perkara biasa dan Randy saya sudah anggap sebagai rakan baik dan kami pun sudah berkawan sejak lima tahun lalu,"

Sementara itu, Fazura telah melahirkan rasa terharu terhadap Randy yang mempertahankan agama Islam.

Ini komen Fazura lagi:

"Walaupun kami berlainan agama dan bangsa tetapi tindakannya itu adalah bukti sifat kemanusian melebihi segala-galanya.

"Randy mempertahankan Islam kerana isu agama memang sensitif di kalangan masyarakat Amerika dan saya bangga mempunyai rakan sepertinya,"

Itulah penjelasan dari Fazura

"Uqasha Senrose Ada Ciri, Sesuai Untuk Jadi Isteri.." - Hefny Sahad

Uqasha Senrose Ada Ciri Untuk Jadi Isteri - Hefny Sahad



Pengacara Hefny Sahad kini dikaitkan dengan pelakon penuh kontroversi, Uqasha Senrose.

Buat masa sekarang mereka berdua enggan mendedahkan status sebenar hubungan.

Bagi Hefny, Uqasha merupakan wanita paling rapat dengannya sekarang.

Malah Hefny melihat personaliti Uqasha mempunyai ciri-ciri yang boleh dijadikan isteri.

Ini komennya:

“Saya melihat dirinya sebagai seorang pelindung dan perbuatannya nampak ikhlas, seperti seorang ibu menjaga anak-anaknya. Saya juga ada ‘deria keenam’ yang mampu melihat Uqasha sebagai wanita dengan ciri-ciri yang boleh dijadikan sebagai isteri”

“Kami dalam fasa saling mengenali. Sekarang ini, Uqasha ialah wanita yang paling rapat dengan saya. Bagaimanapun, saya tak nak cakap lebih kerana menghormati beliau. Saya juga tidak mahu masyarakat menganggap kami cuma mencari publisiti,”


Semoga hubungan mereka berdua dapat bertahan.

Ini Jawapan Terbaru Dari Boy Iman Setelah Ramai Tak Percaya Dia Terima PhD

Ini Jawapan Terbaru Dari Boy Iman Setelah Ramai Tak Percaya Dia Terima PhD


Selebriti, Boy Iman telah menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dari sebuah kolej swasta yang menjadi viral di laman media sosial Facebook.


Beberapa keping gambar dikongsi oleh Boy Iman dan terus menjadi bualan hangat dari orang ramai.

Majlis penganugerahan itu mengundang pertikaian ramai pihak ekoran majlis konvokesyen yang diadakan didakwa "tidak gah" seperti majlis konvo sesebuah Universiti.

Ramai juga tertanya-tanya apa kajian dan journal yang ditulis oleh Boy Iman sehingga berjaya mendapat PhD.

Dalam kenyataannya kepada Utusan Malaysia, Boy Iman akhirnya tampil menjelaskan dia menerima ijazah itu sebagai satu anugerah yang diberikan oleh kolej swasta berkenaan.

Ini komen terbaru dari Boy Iman:

“Ijazah diterima sebenarnya ijazah doktor kehormat dalam bidang sosial dan kemanusiaan yang sepatutnya diterima oleh penasihat syarikat saya.

“Namun atas alasan tertentu, saya bagi pihak penasihat syarikat diminta menerima anugerah tersebut sebagai tanda penghargaan kepada kolej berkenaan yang berbesar hati menganugerahkan ijazah doktor ‘kehormat’.

“Justeru, saya tidak mahu mempertikai kolej yang mempunyai jaringan pendidikan dengan sebuah universiti di Chennai, India itu. Tetapi saya hormat dan menghargai pengiktirafan mereka itu,”


Tambahnya lagi, dia telah memulakan pengajian secara jarak jauh (PJJ) sejak 2013 dan membuat kajian untuk ijazah tersebut.

Alif Satar Timang Anak Kedua, Ini Gambar Wajah Anaknya Yang Amat Comel

 Alif Satar Timang Anak Kedua



Ribuan tahniah diucapkan pada Alif Satar serta isteri yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua mereka yang juga perempuan.

Bayi perempuan tersebut telah dilahirkan secara normal pada jam 6.45 pagi tadi di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar selepas isterinya dimasukkan ke hospital pada Selasa lalu.

Alif Satar meluahkan rasa lega berkata:

"Alhamdulillah, keadaan anak dan isteri baik saja. Anak saya dilahirkan sihat walafiat.

"Kami sepakat menamakannya Ariana Mecca. Ariana bermaksud penuh kehidupannya. Mecca pula kerana saya dan isteri menunaikan umrah sebelum ini dan terdetik nama Mecca (Makkah) bagi melengkapinya”

“Doktor Idora yang menyambutnya. Doktor yang turut menyambut kelahiran Aleesya sebelum ini sangat baik dan memberikan layanan terbaik buat kami,”

Alif sangat  teruja dengan kelahiran anak kedua mereka yang selamat dilahirkan. Alif juga turut memuat naik gambar beliau bersama bayi keduanya dilaman sosial untuk berkongsikan berita gembira itu bersama peminat.

Rata-rata peminat begitu teruja melihat wajah bayi comel tersebut sambil mengucapkan taniah.

(Menderita) Pelakon Dedah Disantau, Kini Terpaksa Berubat Di Pahang

Pelakon Disantau, Kini Terpaksa Berubat Di Pahang


Pelakon Emma Akma kini membuat pendedahan mengejutkan ramai. Dia telah menderita kerana perbuatan sihir santau.

Menerusi perkongsian di Facebook, Emma Akma baru berubat di Jengka, Pahang.


Katanya, dia menderita sakit-sakit bermula tahun 1995 lagi sehinggalah ke hari ini.

Keluar masuk hospital dan ramai tempat telah dia berubat namun masih belum berjaya sepenuhnya.   

Jom baca pendedahan pelakon ini:

"Ini kali pertama saya berubat cara bekam.  Keluar semuanya yang zahir seperti benang, rambut dan macam-macam lagi.  Masa benda tu keluar, memang terasa sakitnya.

"Alhamdulilah, ringan sikit dah badan ni selepas berubat.  Tapi itulah, kejap hilang, kejap datang balik.  Mungkin sebab 'ibu'nya tak buang habis.  Atau pelaku tak insaf dan nak saya mati tapi tak juga mati-mati,"


"Selama ini saya banyak berdiam diri.  Tak mahu bising-bising, tak mahu balas tapi sama juga.  Saya tetap diserang.  Saya pun tak tahu kenapa dia buat saya begitu.  


Nak kata job banyak, kadang-kadang 4-5 bulan sekali baru dapat job. Itu pun tersekat-sekat. 

"Bukak bisnes pula, asyik kena tipu, kena rompak.  Jadi duta produk pun sama. Tak tahu dah nak buat apa.  Tawakal je la nampaknya,"


Emma berharap dapat bersua muka dengan orang yang membuatnya untuk menyelesaikan dan mencari punca sebenar disantau.




(DIKECAM) Penampilan Mengejutkan Zila Seeron Yang Kini Buka Tudung, Warna Rambut Blonde

(DIKECAM TERUK) Penampilan Mengejutkan Zila Seeron Yang Kini Buka Tudung, Warna Rambut Blonde


Bekas isteri kepada Along Cham sekali lagi mencuri perhatian ramai.

Beberapa hari lalu, Zila Seeron telah memuat naik gambar terbarunya di Instagram.

Yang mengejutkan, Zila kini tampil tanpa tudung menyebabkan gambar tersebut telah menjadi perbualan orang ramai.

Ini antara komen dari orang ramai:

"Alahai. Sedihnya. Dah elok bertudung, dibuka pula tudungnya. Semoga mendapat hidayah. Amin.

"Aduhaii.... kenapa buka tudung tu, kan elok pakai tudung.


Ini pula antara kecaman yang diterimanya:

"Akak buka tudung mcm minah rempit lahhhh 

"Standard la guys dunia retis nih penuh dengan FAKERS tudung tu dah macam mainan dah pakai pas tu campak hakha hipokrit

"Sayang....kesilapan dulu tak merubah awak jadi lebih baik...tapi jadi lebih pelik

Selain itu, memang ramai yang menhentam dan juga mengecam tindakan bekas isteri Along ini setelah pernah keluar TV mengatakan sdang berusaha untuk berubah setelah ditangkap dengan suami orang.

Diharapkan Zila Seeron dapat hidayah satu hari nanti.

Ini gambar terkininya:




"Suami Paling Sibuk...." - Dedah Adira

"Suami Paling Sibuk...." - Dedah Adira


Adira dijangka bakal bersalin anak pertama bersama Dato Red pada Mac depan.

Dia mengatakan suaminya amat sibuk melakukan persiapan menyambut kelahiran bayi sulungnya itu.

Dato Red amat teruja bakal menerima kehadiran cahaya mata dalam keluarga mereka sehingga persiapan yang dilakukan juga berlebih-lebihan.

Ini komen dari Adira:

"Jujurnya pada usia kandungan saya yang masuk lapan bulan ni memang tak larat hendak bergerak atau buat apa-apa pun.

"Mujur suami saya paling teruja untuk siapkan semua kelengkapan dan sebab itu saya serahkan semua kepadanya.

"Tambahan pula suami sudah ada pengalaman sebelum ini jadi lebih mudah dan Alhamdulillah semua keperluan telah pun lengkap dan hanya menanti waktu bersalin sahaja,"


Adira kini masih menerima beberapa undangan persembahan kerana tidak mahu memanjakan diri selain mengelak berasa bosan.

Ini jelasnya:

"Suami tak halang saya teruskan kerja cuma dia tak bagi sekiranya persembahan itu diadakan di luar Kuala Lumpur.

"Tetapi sudah sampai tahap sekarang ini tidaklah selalu saya terima undangan cuma sekali-sekala bagi mengelak daripada berasa bosan,"

Tentang berpantang, Adira akan berehat di Kuala Lumpur dan ibunya dari Sabah akan datang untuk menjaganya.

Ini komennya lagi:

"Insya-Allah bersalin dan berpantang di sini sahaja dan ibu saya akan datang dari Sabah untuk menjaga saya sepanjang tempoh itu.

"Jika tak pun suami boleh jaga saya kerana dia sudah ada pengalaman sebelum ini,"



Semoga Adira dan Dato red selamat menerima cahaya mata pertama mereka.

Bekas Suami Tiada Respon, Tak Hadir Majlis Aqiqah Anak - Elly Mazlein

Bekas Suami Tiada Respon, Tak Hadir Majlis Aqiqah Anak - Elly Mazlein


Elly Mazlein telah mengadakan majlis aqiqah untuk anak perempuannya, Putri Sara Sefhia dan ianya berlangsung dengan meriah sekali.

Namun yang mencuri perhatian adalah apabila bekas suaminya yang juga ayah kepada anak perempuan tersebut iaitu Azmi Hatta alngsung tidak kelihatan.

Elly tampil menjelaskan hasrat untuk mengadakan majlis tersebut dirancang oleh bekas suaminya namun sehingga anaknya yang kini sudah berusia 11 bulan, tiada perkembangan atau respon mengenai rancangan itu.

Dikatakan, Elly menguruskan majlis tersebut bersendirian denagn bantuan dari ramai pihak.

Penyanyi dan pelakon ini ada maklumkan kepada bekas suaminya melalui laman sosial Instagram namun tiada respon yang diterima.

Ini komennya:

“Dia sendiri tidak menghadirkan diri di majlis ini. Saya sudah memaklumkan menerusi laman sosial Instagram. Sepatutnya dia tahu mengenai perkara ini tetapi tiada sebarang respon dari bekas suami,”

Menerusi perkongsian di laman Instagram, majlis aqiqah tersebut diraikan dalam keadaan meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan beberapa rakan artis.

Inilah 5 Gambar Fesyen "Terlajak Sendat" Fathia Latiff Yang Dikecam Ramai

Inilah 5 Gambar Fesyen Terlajak Ketat Fathia Latiff Yang Dikecam Ramai


Pelakon jelita Fathia Latiff kini telah berhijrah memakai tudung.

Memang ramai memuji Fathia setelah berhijrah dan peminat memberi sokongan padu kepadanya.

Namun baru-baru ini, dilihat ramai yang mengecamnya kerana pakaiannya yang terlalu sendat.

Baju yang dikenakan di satu majlis oleh Fathia amat ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badannya.

Ramai yang mengkritik cara pemakaian pelakon jelita ini.

Turut bersama Fathia di majlis itu ialah rakannya, Uqasha Senrose.

Jom layan gambarnya tu: