Sejak bila cakap benar jadi satu kesalahan? saya sanggup didenda dan dipenjara! - Chef Wan



Datuk Chef Wan akhirnya telah meluahkan rasa hatinya di laman Instagram miliknya.

Melalui laman Instagram, Chef Wan berkata dia sering membawa isu penting di laman IG miliknya.

Datuk Chef Wan berani untuk membincangkan isu yang dikatakan sensitif oleh Masyarakat namun hairan kerana dia dipersalahkan hanya kerana dia berani berkata benar.

Bagi Datuk Chef Wan dia akan berkata benar tak kira apa.

Jom baca komen Chef Wan

LUAHAN PERTAMA

''The last few years i have been bringing up some very important issues on my IG.
Jika sesuatu issue itu saya rasa tidak penting maka saya tidak bangkit kan nya for all of us to debate in a healthy and positive way.

''Dari kisah makanan Warisan kita di perlekeh kan on MAS, kisah wang Nafkah isteri, Kisah keluarga membantu keluarga di Adilfitri atau pun menghormati rumah Tetamu yg kita lawati mendapat kecaman dan cacian yg tidak terhingga dari sebahagian manusia di luar sana.

''Saya hairan jugak bagaimana mereka2 ini tidak boleh melihat apa yg saya kata kan itu ada lah benar dan perlu kita mengambil mengambil langkah2 yg baik untuk memperbaiki sikap kita supaya di hormati juga oleh keluarga sendiri atau pun masyarakat.

''Instead saya juga di persalahkan simply because i am brave enough to bring up all this issues despite what i had to face out there.

''Indeed we are living today in a strange world where all the negative things in life suddenly become a normal thing to be accepted by all of us.

''My question is simple.
Are we trying to improve our society and save our world or di sebaliknya?

''Off course saya juga sedar why today our world is also divided between the good and the evil too.
Baik apa pun situasinya i will always stand on the truth nothing but the truth!
Sejak bila berkata benar menjadi satu kesalahan pulak?

LUAHAN KEDUA

''Apa bila saya menyatakan sesuatu issue openly in public saya di tegur kononya tak sesuai membawa berita2 ini to be debated in public.

''Jika suatu hari i have my very own talkshow atau esok saya di jemput ke all this morning or afternoon talk show mahu pun minggu depan saya di jemput pulak oleh Sinar FM to debate on all this current issues my questions is apa bezanya cakap di sini on my IG atau di mana sekali pun.
Think! People are going to still talk and debate about this?

''Why malu nak sorok issue begini sedang kan kita ada masa untuk memperbaiki diri kita atau pun masyarakat?

''Jika saya ada my own column to write in the newspapers or magazine and mind u i have been offered many times pun but i turned them down as i am not ready and confidence enough with my spelling and bahasa saya yg kurang baik despite editor2 kata they can edit for me.

''Tak sama ke issue2 ini will be brought to the public? Think!
Di Sekolah guru2 nasihat kita, di rumah makbapak mau pun Tok kita will do the same, dengar ceramah agama dimana pun sama jugak nasihatnya?

''What is wrong with all this human beings yg masih bertegang leher tetap mahu menegak benang yg basah?

''Allah beri kita segala akal yg baik and we cannot reason all this and balance it between what is bad and good for society today?

''Shame on all this people who stood up for what is wrong out there!

''Sia-sia kita pergi sekolah dan belajar agama sampai tak tahu membeza kan apa yg baik dan disebaliknya.

''Sampai sanggup lebih mementing kan hiburan serta gelak ketawa tetapi tidak sedar yg maruah diri serta princip hidup masyarakat yg jatuh menjunam pun kita tak ambil kisah?

''Yg lebih penting ada la hiburan kita se isi keluarga tak usah fikir benda2 yg lagi dah.
Sad! Sad to see what has become to our societies today.

''Kita bangsa Melayu hari ini mengalami banyak masalah social one after another and yet we turn a deaf year!

''If tomorrow i have to stand infront of the judge to tell the truth and be sentence to jail for what i stood for Demi Allah saya sanggup di denda dan di penjara kan!

''Ambil la segala anugerah dan segala darjat dan pangkat saya and trip me naked sekali pun saya rela and will march into the prison with my pride and dignity!

Itulah komen dari Datuk Chef Wan tentang isu ini.

Sumber: IG Chef Wan

"Masuk GV pun tak bincang, jangan buat kami macam tunggul.." - Luahan Rody Kristal kepada Lan



Nampaknya penyertaan Lan Kristal di dalam rancangan Gegar Vaganza membuatkan kumpulan rock ini membuat keputusan untuk mencari penyanyi baru.

Semalam, Rody dari kumpulan Kristal yang merupakan pemain gitar kumpulan Kristal telah membuat pengumuman di Instagramnya untuk mencari penyanyi baru bagi merehatkan penyanyi asal kumpulan tersebut iaitu Lan yang kini sedang berjuang dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke empat.

Menurut Rody lagi, memang benar status tersebut ditulis olehnya setelah mendapat khidmat nasihat daripada orang-orang lama.

Tambah Rody lagi, lokasi dan tarikh audition tersebut akan diberitahu kemudian.

Ini pengumuman di Instagram tentang pencarian vokalis baru kumpulan Kristal:

"Kristal akan rehatkan Lan dan akan buat audition untuk mencari penyanyi baru.. Insyaallah pengumuman akan di buat..

Ibni pula tulis Rody di laman IG miliknya:

"Di atas nasihat orang-orang lama, kami Kumpulan Kristal akan merehatkan Lan dan akan buat audition mencari penyanyi baru.. insyaallah pengumuman akan di buat.. 

"Moga Lan berjaya dengan hajatnya nak jadi penyanyi solo.. tak kan nak biarkan Kristal diam tanpa penyanyi dan kami nanti tak ada show pulak .. insyaallah.. 

"Aku akan memperjuangkan @kristalband bersama @kechiqrangers dan @acapkristal moga terus berjaya dan harap korang terus menyokong perjuangan kristal!

Kemudian melalui portal Sinar Harian, Rody ada meluahkan rasa hatinya dengan keputusan Lan untuk menyertai Gegar Vaganza.

Yang membuatnya terguris hati, Lan tidak berbincang untuk menyertai Gegar Vaganza misum 4 dengan rakan-rakan band yang lain.

Ini penjelasan dari Rody:

"Kami akan bersidang dulu dengan pengasas/pengurus Kristal Pak Din. Mungkin juga akan jumpa Awie,"

Rody memberitahu bahawa kumpulan Kristal perlu mencari penyanyi baru kerana ada peminat yang menganggap kumpulan Kristal sudah tiada setelah melihat Lan muncul solo di Gegar Vaganza.

Ini luahan hati Rody:

"Sebenarnya senang je, satu band perlu berbincang. Masuk GV pun tak bincang.  Tahu-tahu nak buat solo. Janganlah buat kami macam tunggul.

"Ada kawan-kawan beritahu sebelum ni Lan record solo tapi malas percaya, sekali betul.  Dia nak try benda baru, kita kena try benda baru juga la.

"Kalau rezeki die dalam solo, kita tak ada masalah.  Cuma kena cari penyanyi barulah.  Faham-faham je la nanti show nak kena ada penyanyi.  Kalau tak maka terkontang-kanting kami,"

 Ditanya bagaimana pendirian Kristal jika Lan masih terus menggunakan nama Lan Kristal, boleh atau tidak?

"Kalau dia dah kuat rasanya pakai Lan GV pun orang kenal," itulah komen dari  Rody.

Apapun diharapkan Lan dan ahli kumpulan Kristal dapat berbincang dengan baik-baik. Harapnya kumpulan Kristal terus berdiri teguh!

Kumpulan Kristal merupakan satu nama band yang amat popular dan terkenal dengan lagu seperti Seragam Hitam, Resam Pak Belalang, dan Delaila.

Pada tahun 1999, kumpulan Kristal ini ditubuhkan hasil usaha bapa kepada Rody yang mula mengetengahkan bakat ahli kumpulan Kristal dengan menghantar demo kepada Awie.

Awie kemudian tertarik dengan kehebatan kumpulan ini setelah melihat sendiri Kristal membuat persembahan.

Satu tahun selepas itu, Kristal mula muncul dengan album pertama bertajuk 'Semut & Lebah' dan popular menerusi lagu 'Seragam Hitam' & 'Ku Membisu'.

Tahun 2002, kumpulan Kristal terus cemerlang dan semakin popular apabila sekali lagi berjaya menarik perhatian pendengar dengan lagu 'Delaila' & 'Resam Pak Belalang' menerusi album 'Pak Belalang'.

Sumber: Sinar Harian

"Peguam Saya Beritahu Kenyataan Beliau Berunsur Hasutan.." - Nabil Beri Amaran, Sudah Hilang Hormat Kepada Chef Wan

 
Pengacara Gegar Vaganza musim ke empat iaitu Nabil Ahmad kini sudah tidak tahan lagi dengan teguran dari Chef Wan dan juga pelbagai tomahan dari netizen setelah isu cara nya menajdi pengacara dibangkitkan dan dipertikaikan.

Akhirnya, Nabil telah memberi amaran kepada Prof Datuk Chef Wan agar tidak berterusan memuat naik status berbaur hasutan di laman Instagram miliknya.

Nabil berkata, tindakan Chef Wan itu agak keterlaluan terutama menuduh dia sebagai punca remaja menjadi kurang ajar boleh menjejaskan reputasinya sebagai seorang selebriti yang juga duta pelbagai produk.

Ini komen dari Nabil Ahmad tentang hal ini:

"Kata-kata yang dimuat naik di laman Instgaram itu sudah melampau kerana menuduh saya sebagai punca anak-anak kurang ajar. Itu satu isu besar dan serius terutama bila dia hanya menyerang saya seorang, bukannya team Gegar Vaganza.

"Semalam peguam menghubungi saya berkaitan hal itu dan menganggap kenyataan beliau berunsur hasutan dan menyediakan ruang untuk orang membenci saya,"

Nabil ada memberi respon kepad Chef Wan dan memuat naik video sebagai respon kepada tuduhan Chef Wan.

Namun, tidak lama selepas itu, Nabil memadam video berkenaan selepas mendapat pelbagai reaksi netizen.

Kata Nabil, sebenarnya dia memuat naik video itu adalah atas nasihat peguam yang sedang mengumpul beberapa bukti terhadap isu tersebut.

Ini penjelasan dari Nabil:

"Kalau ikut saya memang saya tidak mahu layan tapi peguam yang menjaga kerjaya saya menganggap ia sebagai sesuatu yang serius dan merosakkan reputasi.

"Dia minta saya respons bukan untuk bergaduh sebaliknya sebagai bukti kepada klien. Saya perlu menjaga nama baik saya kerana beberapa produk besar yang saya tandatangan meminta penjelasan tentang itu,"

Kata Nabil, Datuk Chef Wan seharusnya melakukan perkara itu secara profesional dan bertemu dengan pihak produksi Astro jika ada sebarang ketidak puashatian tentang cara dia menjadi pengacara.

Tambahnya, semua perkara yang dilakukannya sebagai pengacara sekadar menjalankan tanggungjawab seperti yang diminta pihak Astro untuk berbuat demikian bukannya secara suka suki.

Ini kata dari Nabil lagi:

"Gegar Vaganza ini sudah masuk musim keempat dan jika dia tidak suka dengan cara saya dia boleh jumpa pihak Astro dan beritahu tentang itu.

"Jika dia lakukan dengan cara yang betul saya sendiri akan akur. Dia tidak berada dalam produksi dan tidak tahu perjalanan program realiti televisyen,"

Dalam pada itu, Nabil berkata kenyataan negatif itu secara tidak langsung membuatkan dia hilang rasa respect kepada Datuk Chef Wan.

Nabil tidak tahu niat Datuk Chef Wan yang seakan-akan cuba untuk menutup periuk nasinya dalam bidang ini.


Ini pengakuan Nabil:

"Saya sudah hilang hormat padanya, saya hanya hormat dia sebagai orang tua dari saya sahaja. Dulu saya anggap dia seorang ikon contoh untuk berjaya ke peringkat antarabangsa.

"Apa juga restoran yang dia kata sedap pasti saya akan datang cuba (makan). Tapi sekarang maaflah, mungkin tidak lagi,"

Chef Wan ada memuat naik beberapa status menegur tindakan pengacara itu yang dianggap biadap dan kurang ajar serta menajdi teladan yang tidak elok kepada anak-anak.

Kata Chef Wan, Nabil sering menyampuk ketika juri memberi komen dan juga ada mempersenda para juri termasuk mempermainkan kata dari Hetty Koes Endang.

Sumber: mStar

Isteri Nabil, Zira Ayub Pula Tampil Beri Komen


Sekarang ini sedang kecoh ada yang mempertikai cara pelawak popular, Nabil Ahmad mengacarakan program nyanyian Gegar Vaganza di Astro.

Memang ramai penonton dan netizen yang menghentam Nabil, kerana tidak suka cara Nabil yang suka menyampuk ketika juri Gegar Vaganza memberi komen.

Ada juga yang tidak bersetuju dengan Nabil yang sering mempersendakan ayat dan perkataan yang digunakan oleh juri dari Indonesia, Hetty Koes Endang.

Oleh kerana Nabil sering dikritik, isteri Nabil Ahmad, Zira Ayub mendedahkan perkara yang terpalit kepada dirinya.

Zira Ayub mengaku dia turut terkena tempiasnya apabila netizen melemparkan komen berbaur negatif terhadap gaya pengacaraan suaminya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ini.

Isteri Nabil , bagaimanapun memilih untuk tidak masuk campur dalam urusan kerjaya suaminya walaupun IG miliknya turut menjadi mendan netizen menulis komen negatif.

Ini komen Zira:

"Semestinya sebagai isteri, saya turut terkena tempias apabila orang di luar sana mempertikaikan kerja Nabil. Namun, saya memandangnya dari segi positif dan menetapkan minda, ia hanyalah sebuah program televisyen.

"Begitupun, ada di kalangan netizen yang sengaja ingin menjatuhkan dengan melemparkan sesuatu kata-kata tanpa asas. Jadi, saya memilih untuk mengetepikan komen sebegitu. Namun, kritikan membina yang dapat membantu perkembangan kerjaya, saya jadikannya sebagai panduan atau rujukan.

"Sebagai pengacara, penting untuk seseorang menjadi dirinya sendiri, namun tetap memastikan sesebuah majlis atau acara lebih meriah dengan kreativiti tersendiri,"

Zira telah hadir ke konsert keempat Gegar Vaganza minggu keempat  Ahad lalu, di Bukit Jalil, sebagai tanda sokongan kepada suaminya yang mengendalikan rancangan itu bersama Jihan.

Ada beberapa lawak spontan Nabil ketika mengacarakan program nyanyian itu sebelum ini turut mengundang kritikan para penonton.

Selain itu, sikapnya yang sering mencelah ketika juri memberi komen dikatakan tidak bagus dipertontonkan.

Sebagai pengacara rancangan terbabit, Nabil dikatakan ada menyinggung sensitiviti sesetengah pihak menerusi jenakanya.

Antara yang lantang menegur Nabil Ahmad adalah Datuk Chef Wan.

Untuk pengetahuan ramai, setiap musim Gegar Vaganza, Nabil dan Jihan telah mengukuhkan namanya sebagai pengacara Gegar Vaganza.

Mereka berdua memang serasi di atas pentas dan berjaya menceriakan rancangan terbabit.

Namun, mereka berdua juga ada beberapa kali terpalit kontroversi menerusi lawak mereka ketika di atas pentas terutama Nabil Ahmad.

Nabil Ahmad dan Zira Ayub telah berkahwin pada 30 September 2011. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan yang amat comel-comel belaka.

Sumber: BeritaHarian

"Dia persenda juri boleh, kena batang hidung sendiri sentap pula?'- Chef Wan kepada Nabil


Nampaknya isu panas Gegar Vaganza belum berakhir. Datuk Chef Wan kembali memberi pendapat kepada pengcara Gegar Vaganza iaitu Nabil setelah pelawak itu membalas tegurannya.

Datuk Chef Wan telah menulis beberapa komen di ruangan komen menjelaskan kenapa dia menulis di laman IG untuk menegur Nabil.

Chef Wan memberitahu, dia sudah berjumpa dengan Nabil dan menegurnya secara personal. Namun perkara ini tetap berulang.

Malah Chef Wan juga menulis bukan dia punca Nabil dikecam sebaliknya ianya datang dari Nabil sendiri.

Ini antara perbualan Chef Wan dengan salah seorang followernya.

kak_epal: Memang nak tegur kena guna sosial media ke. Tak boleh call mesej personal Nabil. Ke Nabil tak layan or block. Sorry. Saja nak tahu. Secara tak langsung Datuk dah mengajak semua orang mengecam menghina Nabil. Tak kata Nabil tak salah.

chefwan58: @kak_epal Tak baca ke my update on the 2nd GV tu yang saya dah jumpa dia dan nasihat dia baik-baik didalam bilik solek. He appologised to me and said he will try to improved his behaviour! U want to attack this issue on me? Please do your home work ok!!

chefwan58: @kak_epal nak tuduh saya caused people to hina dia...come on dah 4 tahun issue ini di ketengah kan sampai ramai Jury dah tegur sifat-sifat dia dengan lantang ok! U think about it la. Tiap-tiap minggu Tok Ram belasah dia dengan perkataan "Kurang ajor" dan tak belajar civics lagi. Jika saya maruah tu dah jatuh ke lantai pun.. So u stopped menyalah kan saya on this issues as perangai begini is not acceptable especially to the kids watching TV that is ok to behave kurang ajar dengan orang tua...faham?

Ini komen Chef Wan lagi:


Itulah kata-kata dari Chef Wan di laman Ig miliknya. Kata Chef Wan, mungkin Nabil tak faham apa yang cuba diperkatakannya.

Apapun, diharap kedua mereka dapat berdamai semula. Sebenarnya niat Chef Wan itu baik.

Harap Nabil terima sahajalah teguran Chef Wan itu dengan hati terbuka.

Sumber: Ig Chef Wan

3 Gambar: Zizan Razak Cedera Ketika Penggambaran Filem Polis Evo 2


Ketika ini, filem sekuel Polis Evo sedang rancak menjalani penggambaran.

Pelakon utama filem Polis Evo 2 iaitu pelawak dan pengacara, Zizan Razak telah mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran.

Perkara ini dikongsikan oleh Zizan Razak sendiri melalui laman media sosial Instagram miliknya.

Zizan Razak memuatnaik 3 keping foto yang menunjukkan beliau terbaring dan sedang menerima rawatan selepas tercedera.

Melihat gambar berkenaan, Zizan terbaring di atas sebuah tilam dengan raut wajah muka menahan sakit.

Terdapat beberapa krew sedang memberi rawatan kepada pelakon berkenaan.

Ini tulis Zizan Razak di Instagram:

"Jadi nasihat Zizan kepada semua tolonglah jangan ada cetak rompak lagi atau curi curi rakam kerana bukan senang nak hasilkan sesebuah filem. Harini Zizan cedera dalam satu babak aksi. Dan doakan Zizan cepat sembuh. Amin."

Ini fotonya:



Keadaan Zizan Razak dikatakan stabil dan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. Zizan dalam keadaan baik dan okey.

Zizan meminta para peminatnya supaya mendoakannya cepat sembuh agar dia dapat kembali bekerja dan meneruskan penggambarab filem berkenaan.

Diimbas kembali, filem pertama Polis EVO merupakan sebuah filem aksi yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar.

Filem Polis Evo dibintangi oleh pelakon popular Shaheizy Sam, pelawak popular Zizan Razak, Nora Danish, Hushairi Husain, Mimi Ernida, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Azliyuszaini, Amerul Affendy dan Harun Salim Bachik.

Filem ini mengisahkan dua anggota polis, Inspektor Khai lakonan Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani lakonan Zizan Razak yang mempunyai perwatakan yang sangat berlainan dan tidak suka antara satu sama lain namun mereka terpaksa bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi penjenayah yang amat dikehendaki.

Filem aksi ini telah ditayangkan kepada umum pada 17 September 2015 dan mendapat sambutan luar biasa dengan dengan kutipan BOX OFFICE sebanyak RM 17.47 Juta.

Filem ini telah memenangi tiga daripada sepuluh pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28.

Kejayaan filem ini membuatkan idea untuk meneruskan legasi filem ini dengan membuat sekuel kedua Polis Evo2.

Pelakon utama Zizan Razak dan Shaheizy Sam telah dikekalkan. Beberapa pelakon dan watak baru telah ditambah.

Antara pelakon yang terlibat dalam Polis Evo 2 ialah Raline Shah, Erra Fazira dan Hairul Azreen.

"Cara Datuk Chef Wan Tegur Buka Peluang Orang Hina Saya.." - Nabil Upload Video Khas, Balas Teguran Chef Wan


Baru-baru ini, chef paling popukar di Malaysia, Datuk Chef Wan telah tampil menegur sikap pelawak Nabil Ahmad di atas pentas ketika mengacarakan Gegar Vaganza musim ke empat.

Sekali lagi Datuk Chef Wan menegaskan perbuatan Nabil suka mencelah ketika juri memberi komen adalah tidak bagus.

Chef Wan juga kurang gemar dengan sikap kedua-dua pengacara yang kadangkala mempermainkan kata-kata yang dilontarkan oleh juri Indonesia, Hetty Koes Endang.

Bagi Chef Wan, tindakan suka menyampuk ini adalah amat tidak baik, dan merupakan contoh tidak elok kepada anak-anak yang turut menonton rancangan ini.

Apabila ditegur secara terbuka, teguran Chef Wan itu menjadi viral dan tersebar meluas di laman media sosial.

Terkesan dengan teguran Chef Wan itu, Nabil Ahmad tampil memberi respon balas.

Nabil telah membuat satu video yang ditujukan khas buat Chef Wan.

Pelawak dan pengacara popular ini ternyata tidak gemar dengan cara Chef Wan yang menegur melalui Instagram.

Kata Nabil, perbuatan Chef Wan itu telah membuka peluang orang ramai untuk menghinanya secara terbuka.

Ini komen dan respon balas dari Nabil kepada Chef Wan:

'Video ini ditujukan khas buat Datuk Chef Wan. Whats wrong Datuk, you need some attention, okey i'll give you some.

'First of all, thank you so much  Datuk for your advice, amat berguna dan amat bermanfaat, insyallah saya akan praktik kan, saya cuba.

'Kedua, saya nak share dengan Datuk pepatah Inggeris berbunyi, "It's Not What You Say, But How You Say It, Its not about what you do, but how you do it"

'Cara Datuk nasihat saya melalui laman Instagram, membuka ruang orang ramai untuk caci, hina, maki saya.

'Datuk, Gegar Vaganza dah empat musim, cara sama, konsep sama, pengacara sama, ada tempat yang betul dan cara yang betul untuk beri pendapat.

'Saya mohon ampun dan maaf sekiranya saya terkasar bahasa.

'Kepada semua yang menonton Gegar Vaganza, terima kasih atas sokongan anda, saya akan cuba untuk perbaiki mutu pengacaraan saya.

'Terima kasih Datuk Professor Chef Wan.

Ini video penuh:


Itulah respon balas dari Nabil AHmad kepada Datuk Chef Wan.

Nabil Ahmad mengatakan ada cara yang lebih baik dan cara yang betul untuk menegurnya daripada menggunakan medium sosial media Instagram.

Pengacara ini turut memohon maaf sekiranya dia ada terkasar bahasa ketika membuat video itu.

Sumber: Oh Bulan



(VIDEO) Neelofa Sound Wartawan, Berang Dikaitkan Dengan Isu Nikah Fattah Amin, Fazura



Pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa akui bengang dan berasa terkilan dengan sikap wartawan sebuah akhbar terkemuka negara dan meluahkan perasaannya.

Luahan hati Neelofa itu adalah kerana dia terguris hati dengan tindakan wartawan sebuah akhbar yang mengeluarkan satu artikel bertajuk, ‘Neelofa Malas Mau Layan’.

Artikel itu tentang pandangan Neelofa berhubung isu ‘pernikahan’ pasangan Fattah Amin dan Fazura.

Dari laporan portal  MYNEWSHUB, isu berkenaan mula timbul apabila Neelofa memilih untuk berdiam diri daripada memberikan sebarang komen atau 'no komen' tentang apa yang berlaku terhadap Fattah Amin dan Fazura.

Neelofa membuat isyarat meletakkan jari di bibir sebagai tanda ‘kunci mulut’ apabila disoal tentang isu Fattah Amin dan Fazura.

Apa bila artikel itu diterbitkan, Neelofa terus berang dan tidak berdiam diri. Noor Neelofa Mohd Noor dilihat telah ‘sound’ wartawan berkenaan menerusi Insta Story miliknya.

Menerusi posting berkenaan, Neelofa meminta agar wartawan berkenaan untuk lebih menghormati privasi orang lain jika seseorang selebriti itu enggan memberi sebarang komen berhubung sesuatu isu.

Ini komen Neelofa:



"Tolong lah hormat sikit bila orang kata tak nak komen, bukan tulis 'neelofa tak mau layan' and masih tulis/mentioned nama mereka tentang isu yang i tak nak komen tu.

"Di mana etika kewartawanan anda? Penatlah dengan kes macam ni, Im sure ramai rakan artis yang lain juga selalu terkena perkara yang sama"

Dalam pada itu, pengacara ini juga menganggap tindakan wartawan itu seperti tiada etika dan mengakui dirinya sudah penat melayan berhubung kes-kes sebegini.

Ini video nya:


Jadi janganlah diusik sarang tebuan. Marahlah jadinya kan. 

Sebelum ini, berbeza dengan Neelofa, Sherry Ibrahim bekas kekasih Fattah Amin tiada masalah memberi komen dan mengatakan bagus sekiranya pasangan Fattah dan Fazura berkahwin.

Lain orang lain reaksinya, harap tiada yang bertanya kepada Neelofa lagi. 

Sumber: MyNewsHub

"Stop That! Be responsible think before u speak!" - Perlekeh Hetty Koes Endang, Chef Wan Sekolahkan Nabil



Ahad lalu, Gegar Vaganza musim keempat telah berlangsung untuk konsert minggu keempat. Tema pada minggu ini ialah duet.

Pada malam tadi, nampaknya sekali lagi, Datuk Chef Wan menegur pengacara Gegar Vaganza iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Semalam, ada beberapa kali pengacara Nabil Ahmad mencelah dan mengganggu para juri memberi komen.

Nabil Ahmad juga dilihat seperti kadangkala mempermainkan kata kata yang dilontarkan oleh juri Indonesia iaitu Hetty Koes Endang.

Melihat keadaan ini, Datuk Chef Wan sekali lagi tampil dan menegur perbuatan pengacar Gegar Vaganza itu.

Menerusi satu posting di laman IG miliknya,Datuk  Chef Wan telah menulis dua teguran keapda pengacar GV4 dan berharap Nabil dan Jihan berhenti melakukan perkara berkenaan.

Bagi Datuk Chef Wan perkara itu semakin lama menjadi satu perkara yang amat mengjengkelkan.

Ini komen panas Datuk Chef Wan tentang hal ini:

TEGURAN PERTAMA

"Ala Nabil Ahmad ni should learned to shut up when the Jury is commenting instead of teasing All the words that Ibu Hetty is using and it become annoying!

"Each week all this usik mengusik D.Ramli and respond balik with all this word "kurang ajar" dah macam jadi basi.

"Balik-balik itu aja. They both should stop that..

Kemudiannya, Datuk Chef Wan menulis satu teguran khas buat Nabil Ahmad. Chef Wan akui Nabil memang bagus tetapi perangainya mengganggu juri ketika memberi komen, amat tidak disukai Chef Wan.

Bagi Datuk Chef Wan, dia mahu Nabil Ahmad lebih menjadi bertanggung jawab kerana perbuatan dan aksinya di atas pentas akan menjadi ikutan para remaja dan anak-anak terutama mereka yang masih bersekolah.

Ini teguran panas dari Datuk Chef Wan.


TEGURAN KEDUA

"Nabil2..bila ramai org tua2 yg jauh lebih matang dan akal yg panjang serta lebih pengalaman hidup kami menegur u seumpama juga ibu dan bapa u menegur u dgn baik. Remember i met u for the 1st time on Meletop and i said u are a good host?

"I have nothing against u personally except mewakili ramai juga peminat u yang kurang setuju cara2 u host GV.

"As a celebrity be an inspirational figure menjadi ikutan orang ramai serta generasi akan datang.

"We already have a big issues in school with kanak-kanak sekolah yg biadap dan kurang ajar.

"Kita baca comment Guru-guru at my past updates on your behavior on stage pun sudah cukup.
Dah terang nak di suluh lagi ke Nabil?


"Everyone has explained the reasons why such a behaviour cannot be accepted and a common practice for u on stage as there are millions of others watching u might be influenced by such a behaviour.

"U pun dah besar panjang dan ada anak2 juga just like i have all my cucu2 also to be worried off with sikap mereka di masa akan datang.

"Please read all this carefully and chew on it Nabil.

"Get as many opinion on this esp dari org tua2 dan org2 yg berpelajaran tinggi serta budi bahasa yg timggi if u can be also a role model to society by being just u are right now minus all that crap!

"Yes people might laugh at your spontaneous Jokes at times but we dont have to agreed on all of this. Hari ini negara mengalami masalah yang besar dari discipline kanak-kanak di sekolah.

"Saya tahu la as i go to many school to talk to this kids the last 5 yrs pun. I see and i hear from all the guru2 atau pun sungutan ibu dan bapa mereka.

"We as a celebrity can be a role model to this children supaya bersopan satun dan beradap yg tinggi. There many ways to entertain viewers at home but in a more responsible way la Nabil.

"Clowning around at times making a fool of yourself or your guests and Juri is not the correct way. Show them some respect Nabil and u earned balik that respect!

"Sometime kita tak boleh mendengar fans2 kita yg suka kan kita buat perkara2 yg gila dan salah. How could we laugh and be irresponsible to our society at the same time? What we do have such implication to kanak2 di bangku sekolah juga tau.

"Be responsible think before u speak!@nabilzira

Itulah teguran dari Chef Wan kepada Nabil. Memang betul juga kata dari Chef Wan ini. Kadangkala memang annoying melihat pengacara menyampuk ketika juri memberi komen kepada para peserta, sehingga mengganggu komen itu sendiri.

Sepatutnya Nabil dan Jihan diam sahaja ketika juri berkata-kata. Bira mereka habis dulu dan kemudian baru buat lawak semula.

Ramai juga kurang bersetuju dengan cara Nabil sering memperlekeh ayat yang digunakan Hetty Koes Endang, tak perlulah membuat lawak dengan ayat yang Hetty Koes Endang gunakan. 

Semoga Nabil dan Jihan ambil peringatan dan teguran ini sebagai satu langkah untuk berubah kepada yang lebih baik.

Kalau di lihat di ruang komen Chef Wan, memang teruk Nabil dikritik, rata-rata mahu mendengar komen dan juri professional dan tak suka melihat pengacara mengganggu juri ketika itu.

Berbalik kepada minggu keempat Gegar Vaganza, Hazami muncul peserta paling menyerlah dengan persembahan mantap, berduet dengan bekas juara Gegar Vaganza iaitu Azharina.

Liza Hanim dan Aishah turut memukau juri dengan persembahan bertenaga pada malam itu.

Elyana sekali lagi diundi peserta pilihan di laman IG dengan mendapat like paling banyak dan menerima Pamoga sebagai hadiah.

Peserta yang tidak bernasib baik dan tersingkir ialah Haida yang gagal mencuri hati juri. Haida berduet dengan penyanyi Ezad Lazim.

Minggu depan Gegar Vaganza musim keempat akan membawa tema baru iaitu tema 'Kerabat'.

Sumber: Ig Chef Wan

Ibu Fazura Pula Terlepas Cakap..



Antara isu hangat dan paling banyak menjadi bahan bualan pada minggu ini ialah kisah hubungan Fazura dan juga Fattah Amin.

Pelakon dan juga pemenang Bintang Paling Popular 2016 iaitu Fattah Amin dikatakan sudah bernikah dengan rakan artis, Fazura.

Majlis pernikahan pasangan ini dikatakan dibuat di rumah nenek Fazura yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Baru-baru ini ada sumber tampil menceritakan perkahwinan Fattah Amin dan Fazura telah dibuat pada awal pagi 14 November.

Sumber memberitahu abang Fazura turut hadir menjadi wali perkahwinan tersebut.

Sebenarnya, mereka merancang untuk bernikah di Mekah namun perancangan tersebut tidak berjaya dan mengambil keputusan untuk bernikah sebelum bertolak ke Mekah.

Pada tengah hari 15 November, Fattah Amin, Fazura dan ahli keluarganya telah bertolak ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan Umrah.

Semalam, ada satu video telah menjadi viral yang dimuatnaik oleh pembantu kepada Fattah AMin yang telah menguatkan lagi spekulasi bahawa Fattah Amin dan Fazura telah bernikah.

Ketika berada di tanah suci, PA kepada Fattah Amin ada bertanya kepada ibu Fazura, apa doa yang dimintanya.

Kemudian ibu Fazura secara spontan telah menjawab mahu jodoh anaknya berkekalan.

Ini komennya:

Soalan: Mama, mama nak doa apa?
Jawapan ibu Fazura: doa anak anak jodohnya berkekalan

Ini videonya:


Apabila ibu Fazura berdoa memohon 'jodoh anak berkekalan', ramai yang berpendapat anak itu adalah Fazura dan juga Fattah Amin.

"Jodoh berkekalan" bermakna mereka berdua telah dijodohkan dan mahu perkahwinan mereka berdua berkekalan.

Memang semakin sensasi isu ini. Rata-rata tidak sabar menunggu kepulangan Fazura dan juga Fattah Amin hari Khamis nanti untuk membuat sidang media.

Kita tunggu jawapan dari kedua-dua pihak.

Sumber: beautifulnara

"Benar, Fattah Dan Fazura Nikah 14 November Lalu, Abang Fazura Jadi Wali" - Sumber Bocor Rahsia


Pasangan pelakon popular Fattah Amin dan Fazura semakin menjadi tumpuan orang ramai terutama para peminatnya.

Pelbagai spekulasi telah muncul setelah ada ura-ura mengatakan bahawa mereka berdua telah berkahwin sebelum berangkat ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah pada minggu lepas.

Ada juga mengatakan bahawa Fattah Amin dan juga Fazura telah bertunang dan kemudiannya mereka akan bernikah ketika berada di tanah suci Mekah.

Kali ini ada satu sumber yang mendedahkan perkara yang berlaku kepada portal hiburan Mingguan Malaysia atau Utusan.

Menurut kata-kata dari sumber ini, Fattah Amin dan Fazura bukan berkahwin secara rahsia, sebalik­nya majlis tersebut diadakan secara tertutup.

Mereka berdua telahpun bergelar suami isteri dan disatukan dalam satu majlis yang dihadiri ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja demi memastikan privasi kedua-dua belah pihak.

Menurut sumber kepada Mingguan Malaysia, Fattah Amin dan Fazura telah pun selamat bernikah sekitar pukul 12.30 tengah malam, 14 November lalu di banglo kediaman nenek pelakon wanita jelita itu di Petaling Jaya, Selangor.

Dengan hanya sekali lafaz dan berwalikan salah seorang abang kandung Fazura sendiri, pernikahan pasangan itu berjalan dengan penuh sederhana tetapi sempurna.

Ini pendedahan sumber berkenaan:

"Benar, mereka telah dinikahkan dalam suasana sederhana sekitar pukul 12.30 tengah malam pada tarikh itu (14 November) dengan abang sulung Fazura sendiri menjadi wali pernikahan adiknya itu.

"Mereka bukan berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa sebagaimana yang dianggap setengah pihak, sebaliknya memi­lih untuk mempercepatkan majlis tersebut beberapa hari lebih awal"


Menurut sumber itu lagi, pada awalnya majlis pernikahan dirancang untuk diadakan di Tanah Suci Mekah tetapi pada saat-saat akhir, rancangan telah diubah pada hari pertunangan mereka.

Pasangan itu bertunang sehari sebelumnya, iaitu pada 13 November di lokasi yang sama dan kemudian meneruskan pernikahan mereka pada 14 November.


Ini penjelasan dari sumber berkenaan:

"Perancangan untuk bernikah sudah dibuat sekitar tiga minggu lalu. Ikut perancangan mereka akan bernikah di Tanah Suci tetapi ia tidak boleh dijalankan di sana.
 

"Oleh itu, pada hari pertunang­an mereka pada 13 November lalu, keluarga telah membuat keputusan untuk pernikahan dipercepatkan beberapa hari sebelum Fattah dan Fazura bersama keluarga berlepas untuk mengerjakan umrah,"

Itulah pendedahan dari seorang saksi kepada wartawan Mingguan Malaysia / Utusan.

Pendedahan ini menguatkan lagi ura-ura bahawa Fazura dan Fattah Amin telah bernikah.

Sehingga kini, pihak Fattah dan Fazura belum membuat sebarang pengesahan  rasmi mengenai status terkini mereka.

Pasangan ini telah pun mengumumkan bahawa mereka akan membuat sidang media setelah pulang dari tanah suci Mekah nanti.

Fattah dan Fazura bersama kedua-dua keluarga mereka telah berlepas untuk mengerjakan umrah pada 15 November dan kesemua mereka dijangka pulang pada 23 November, hari Khamis ini.

Di laman media sosial, rata-rata orang ramai terutama peminat Fattah dan Fazura, suka dan gembira sekiranya benar-benar pasangan Fazura dan juga Fattah Amin telah bernikah. Bagi mereka, pasangan ini amat secocok sekali.

Diimbas kembali, Fattah Amin dan pelakon Nur Fazura mula bertemu di set penggambaran drama bersiri berjudul Hero Seorang Cinderella arahan pengarah popular michael Ang pada awal tahun lalu.

Apabila disatukan sebagai pelakon utama, chemistry yang baik membuatkan pasangan ini rapat dan ada spekulasi mengataakn mereka mula bercinta.

Namun begitu kedua dua mereka sering menafikan sedang bercinta dan mengatakan mereka berdua hanyalah teman rapat sahaja.

Pasangan ini turut membuat kejutan ketika sambutan hari lahir dengan memberi jambangan bunga.

Kemudian mereka berdua diraikan dalam satu majlis sambutan hari lahir.

Pelakon popular Fazura kini berumur  34 tahun lahir pada 23 September 1983 di Pekan Pahang.


Bintang popular, Fattah Amin pula kini berumur 27 tahun lahir pada 14 September di Kuala Lumpur.


Sumber: Mingguan Malaysia / Utusan

23 FOTO: Sekitar Kemeriahan Majlis Resepsi Izara Aishah Dan Adib Khalid

 
Jumaat lalu, pasangan Izara Aishah dan Adib Khalid telah selamat diijabkabulkan. Dengan sekali lafaz, pasangan ini selamat disatukan dengan mas kahwin RM700.

Memang amat meriah majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan ini.

Pada hari ini, hari Ahad 19 November, Izara Aishah dan Adib Khalid telah mengadakan satu majlis resepsi.

Majlis resepsi pasangan ini telah diadakan di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Izara Aishah cantik memakai busana glamor berwarna kelabu hasil rekaan Rizman Ruzaini, memang cantik habis!

Adib Khalid segak memakai baju kemeja dan kot berwarna putih dengan seluar hitam. Kacak betul anak Datuk Khalid ini.

Izara Aishah diapit oleh pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Farah Nabila, yang juga merupakan rakan baik.

Selebriti serba boleh, Aliff Satar dilihat menjadi emcee dan pengacara majlis resepsi ini.

Jom layan beberapa keping gambar majls resepsi Izara Aishah dan Adib



















(Pendedahan Panas) Fathia Latiff Buat Hal Lagi, Lewat 5 Jam Di Sepahtu Reunion

 
Fathia Latiff kini menjadi perhatian sekali lagi. Ini ekoran satu lagi insiden tidak manis yang dilakukannya.

Di set penggambaran Sepahtu Reunion, pelakon jelita ini dikatakan sekali lagi telah buat hal.

Fathia dikhabarkan telah lewat hadir ke lokasi penggambaran rancangan popular itu sehingga tidak hadir ke beberapa sesi yang sepatutnya Fathia turut serta.

Sepatutnya Fathia kena hadir pada jam 3 petang namun hanya hadir pada pukul 8 malan sahaja.

Malah ketika hadir, Fathia Latiff dilihat tidak bermaya seterusnya membuatkan dia tidak dibenarkan beraksi bersama Sepahtu.

Kemudian, Fathia dilihat berang dan kecewa kerana tidak dibenarkan beraksi di atas pentas.

Fathia memuatnaik status kecewa di laman media sosial miliknya.

Ini komen Fathia:



Akhirnya tembelang pecah apabila ada produksi yang tampil menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

Ini pendedahan mengejutkan krew Sepahtu Reunion kepada wartawan sensasi dari Astro Gempak iaitu Miss K.

Dikatakan Fathia Latiff tidak menjawab telefon setelah lewat datang ke lokasi penggambaran Sepahtu Reunion.

Setelah angkat telefon, dikatakan pelakon ini memberitahu dia sedang dalam perjalanan, on the way.

Dikhabarkan pihak produksi mengambil keputusan untuk memanggil Siti Elizad.

Kemudian pada jam 8 malam baru Fathia muncul dan langsung tidak rehearsal dengan kumpulan SepahTu.

Laporan panas dari MISS K:

Sedang Miss K mahu mencedok lauk makan malam, tiba-tiba telefon Miss K berdering.

Rakan Miss K yang merupakan salah seorang krew terlibat dalam program Sepahtu Reunion Live menghubungi Miss K.

Rakan Miss K membawa berita mengenai pelakon cantik, Fathia Latiff dan nada suara rakan Miss K itu kedengaran marah bercampur kecewa.

"Miss K, aku sangat geram dengan kelakuan Fathia. Sepatutnya, dia muncul dalam Sepahtu Reunion Live malam tadi. Kau bayangkan, calltime yang diberikan pukul 3 petang. Tunggu punya tunggu, tak muncul.

"Kawan-kawan aku telefon banyak kali, bagai nak rak, macam nak pecah telefon tu. Hadoo dia angkat! Akhirnya dia dapat dihubungi tetapi jawapan standard yang kami dapat, on the way, on the way, on the way.

"Semua orang dah menggelupur, kalau dia tak datang, nak ganti dengan siapa? Lepas tu datang lambat ni pun satu hal jugak, macam mana nak buat rehearsal dengan ahli Sepahtu yang lain?

"Sepatutnya, Fathia muncul awal, sekurang-kurangnya sebelum pukul 6 petang sebab dia ada sesi FB Live. Dah siap hebahkan kot di Instagram Zon Lawak, tapi batang hidung pun tak nampak! Sesi FB Live batal, rehearsal pun tak ada!

"Memanglah program ini program lawak tapi semua benda pun ada latihan kan. Nanti kalau tak faham cerita, nampak janggal pula atas pentas tu nanti.

"Rupa-rupanya on the way tu berlangsung lama sangat. Selepas jam 8.00 malam baru dia muncul. Padahal pukul 10 malam nak live dah ni! Macam mana nak rehearsal? Make up? Tukar baju?

"Dari pukul 3 menuju pukul 8, kalau memandu dari Kuala Lumpur, dah sampai Kuala Perlis gamaknya tu! Apa yang kami kesalkan, dia muncul dalam keadaan kurang terurus dan tidak bermaya. Macam mana nak live tu?

"Tenaga produksi terpaksa muncul dengan Plan B. Nasib baik ada Siti Elizad yang mahu bekerjasama sebagai bidan terjun! Walaupun diberitahu last minute, kami puji kesungguhan Elizad yang bersedia untuk membantu dan menyelamatkan keadaan," kata kawan Miss K panjang lebar.

Kalau nak ikutkan, panjang lagi aduan kawan Miss K tu tapi biarlah Miss K simpan sendiri. Dah macam novel pun ada. Dalam satu malam tu macam-macam jadi.

Nasihat Miss K buat Fathia, ubahlah perangai tu ye. Nak cakap awak tu artis baru, tak juga.

Fathia dah bertahun-tahun bergelumang dalam bidang hiburan dan rasanya awak dan semua orang pun tahu bahawa disiplin merupakan perkara yang paling utama.

Tak baik buat orang tertunggu-tunggu dan anda harus menghormati masa orang lain!


Itulah pendedahan dari Miss K dari Astro Gempak.

Sumber: Astro Gempak