Pakai Baju Seksi, Tasha Shila Kata Masih Ada Maruah Tapi Kena Ikhlas Baru Boleh Berubah

 
Semua orang mahukan perubahan yang baik pada diri sendiri. Namun begitu, perubahan yang berlaku haruslah kena ikhlas dan bukan disebabkan faktor lain.

Itulah yang terjadi kepada pelakon kontroversi, Tasha Shilla yang turut menyimpan impian untuk berubah, namun enggan melakukannya hanya kerana desakan dari orang luar.

Tasha Shila baru-baru ini sekali lagi kembali menjadi bualan apabila memuat naik gambar berseluar pendek dan berbaju hitam yang agak terdedah di laman Instagram.

Pelakon ini berkata, dia akan melakukan perubahan dengan hati yang ikhlas dan bukan atas permintaan orang lain.

Ini komen dari Tasha Shila:

"Saya tidak mahu melakukannya hanya kerana takut dengan umpat keji manusia sedangkan hati tidak ikhlas. Berikan saya masa kerana saya juga ingin berubah.

"Jangan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman hanya kerana saya suka tampil seksi. Mungkin dulu saya suka mencetuskan kontroversi, tetapi saya juga ada maruah dan harga diri. Saya bukan budak-budak lagi,"

Tasha Shila juga berkata, tindakannya memuat naik gambar yang mencetus kekecohan itu bukan untuk menaikkan semula namanya yang semakin sendu.

Kata Tasha, dia muat naik gambar itu kerana itu adalah dirinya yang sebenar.

Ini komennya lagi:

"Saya bukan manusia hipokrit dan hanya mahu menjadi diri sendiri. Saya tidak rasa pakaian yang digayakan itu keterlaluan seolah-olah sengaja mencari perhatian umum. Bagi yang mengenali, mereka tahu cara pemakaian yang saya selesa.

"Gambar itu diambil ketika saya bersama ibu dan adik bercuti di Pulau Langkawi dan Koh Lipe, Thailand. Saya tidak boleh elak dikecam netizen. Saya sudah lali kerana mulut tempayan boleh ditutup, tetapi tidak mulut manusia,"

Ini gambar percutian Tasha Shila itu:


Tasha Shila sebelum ini memang terkenal dengan gaya yang agak terdedah namun mengatakan dia hanya menjadi diri sendiri.

Apapun ramai rindu untuk melihat pelakon ini kembali beraksi di kaca televisyen.

Sumber: BeritaHarian

Sufian Suhaimi, Elfiora Loy Dah Tak Follow Instagram Masing-Masing, Ini Pendedahannya


Pelakon dan penyanyi popular Elfira Loya dan Sufian Suhaimi telahpun bertunang pada bulan Oktober yang lalu.

Sejak bertunang, banyak juga berita tentang pasangan ini. Ada sahaja pihak yang bertanyakan kisah mereka sehingga menimbulkan spekulasi.

Sebelum ini, mereka dikatakan sudah tidak bertemu selama sebulan. Namun Sufian nafi mereka bermasalah sebaliknya masing-masing sibuk.

Walaupun tak berjumpa, mereka masih berhubung melalui telefon, kata Sufian Suhaimi.

Yang terbaru, kedua-dua mereka ini kini sudah tidak follow laman Instagram masing-masing. Sufian Suhaimi tampil menjelaskan perkara sebenar.

Kata Sufian, dia dan tunangnya, Elfira Loy tidak follow laman Instagram masing-masing adalah disebabkan masalah teknikal.

Sufian,menyatakan dia dan Elfira Loy sudah beberapa kali cuba untuk follow semula akaun Instagram masing-masing namun tidak berjaya dan tidak tahu bagaimana perkara tersebut boleh terjadi.

Ini penjelasan dari Sufian Suhaimi:

"Saya sendiri tidak tahu macam mana saya dan Elfira tidak mengikuti laman Instagram masing-masing. Secara tiba-tiba saya tengok dah tak follow.

"Dah banyak kali kami cuba untuk ikuti semula namun tidak berjaya. Saya tak tahu macam mana mereka atau Instagram boleh buat macam itu,"

Sufian diminta mengulas mengenai dia dan pelakon wanita itu dilihat saling tidak lagi mengikuti laman Instagram masing-masing.

Menurut Sufian, mereka tidak mempunyai sebarang masalah dan hubungan selain masih lagi baik biarpun hanya berhubung menerusi telifon.

Bagaimanapun, Sufian tidak menafikan mereka ada melalui ujian pertunangan yang berpunca daripada orang sekeliling.

Ini penjelasan Sufian Suhaimi:

"Saya dan Elfira masih lagi baik dan tidak ada apa-apa masalah. Walaupun kami dah lama tidak jumpa tapi setiap hari berhubung menerusi telefon.

"Memang saya akui kami ada lalui ujian pertunangan seperti orang lain. Tapi ia bukan berpunca daripada saya atau Elfira.

"Tapi daripada orang di sekeliling kami sendiri. Saya harap semua doa yang baik-baik buat kami berdua,"

Sehingga kini, Sufian dan Elfira tidak menetapkan tarikh perkahwinan lagi.

Perancangan awal untuk berkahwin mereka pada bulan Mac 2018 namun Sufian memberitahu dia dan Elfira belum lagi mempunyai tarikh sebenar pernikahan.

Kata Sufian, mereka juga belum melakukan persiapan disebabkan sibuk dengan urusan masing-masing namun akan berkongsi perkara itu tidak lama lagi.

"Tarikh yang diberitahu masa majlis pertunangan itu hanya perancangan sahaja. Kami belum menetapkan lagi tarikh sebenar untuk bernikah.

"Persiapan pun belum buat lagi sebab masing-masing sibuk. Saya sekarang tengah sibuk nak habiskan Ijazah Sarjana dan Elfira pun sibuk dengan kerjanya.

"Insya-Allah bila dah ada semuanya, kami akan berkongsi dengan semua orang,"

Itulah penjelasan dari Sufian Suhaimi tentang isu ini.

Untuk pengetahuan, penyanyi ini menghantar rombongan merisik Elfira Loy selepas empat bulan berkawan rapat dan mereka mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu di Cheras, Kuala Lumpur.

Sufian Suhaimi mula popular menerusi lagu Terakhir yang menjadi siulan para remaja pada tahun 2016.

Penyanyi ni tidak menoleh kebelakang menerusi beberapa lagu yang hit seperti Harus Aku dan yang terbaru lagu Terasa Ada.

Elfira Loy pula seorang pelakon yang amat popular dan mula berjinak dalam dunia hiburan sejak awal remaja.

Kini pada usia 23 tahun, Elfira Loytelah berlakon berpuluh-puluh drama dan beberapa iklan.

Elfira Loy juga pernah berlakon beberapa filem seperti filem Danping Malam, Rentap dan Ribbit. -BeritaMemey

Sumber: mStar

(4 FOTO) Zizie Izette Selamat Lahirkan Anak Kembar Melalui Pembedahan.. TAHNIAH!

 
Ini satu berita yang baru pihak Berita Memey terima mengenai isteri kepada Datuk Bung Muktar Radin iaitu Zizie Izette.
 
Pelakon Zizie Izette selamat melahirkan bayi kembar lelaki semalam setelah dimasukkan ke hospital.

Kakak kepada Shaheizy Sam ini menjalani pembedahan Caeserean Section untuk melahirkan kedua dua anaknya itu kira-kira 5.48 pagi dan 5.50 pagi di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Zizie Izette yang kini berumur 39 tahun, melahirkan bayi kembar berkenaan pada hari Jumaat secara pembedahan dengan berat masing-masing 2.74 dan 2.78 kilogram.

Berita gembira ini diumumkan oleh Zizie Izette sendiri menerusi pengkongsian di laman Instagram miliknya sebentar tadi.

Zizie Izette meluahkan rasa teruja apabila kedua-dua bayi itu lahir sehari sebelum hari lahirnya pada Sabtu.

Ini tulis Zizie Izette di laman IG miliknya sambil memuatnaik gambar kedua-dua anak lelakinya itu.



"Ibu hari jadi dengan dua hadiah hari lahir berharga. Hadiah hari lahir awal!

"Mommy jangka mereka akan lahir pada hari ini tapi mereka hadir dengan kejutan secara pembedahan semalam, 29 Disember pukul 5.48 pagi dan 5.50 pagi, berat 2.74 (baby boy 1) dan 2.78 (baby boy 2).

"Alhamdulillah, mereka berdua adalah bayi yang sihat. Terima Kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah mendoakan saya,"

Ramai peminatnya menulis komen dengan ucapan tahniah di atas kelahiran bayi kembar itu.

Pengikut Zizie Izette meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah buat dia dan suami.

Sementara itu, Shaheizy Sam dan isteri Syatilla Melvin turut datang melawat kakaknya itu di hospital dan ada memuatnaik beberapa foto.

Ibu Zizie Izette turut hadir melawat cucu kembarnya itu.

Ini gambar nya:




Untuk pengetahuan, Zizie Izette dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, berkahwin pada 2009.

Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat bernama Nayla Nurjenna yang berusia dua tahun 11 bulan.

Pihak Berita Memey ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan tahniah kepada Zizie Izette dan Datuk Bung di atas kelahiran cahaya mata mereka.

Sumber: IG Zizie Izette/ IG Shaheizy Sam

Gambar Terkini, Berat Zizie Izette Kini Naik Hampir 90kg

 
Isteri kepada ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Muktar Radin iaitu pelakon Zizie Izette kini sedang hamil anak kembar.

Ketika ini, Zizie Ezette sedang sarat hamil dan kandungan sudah hampir masuk dalam bulan sembilan.

Bakal melahirkan bayi kembarnya pada bila-bila masa, pelakon Zizie Izette mendedahkan beratnya kini hampir mencecah 90 kilogram (kg).

Pelakon ini ada berkongsi gambar terkininya yang sedang sarat hamil.

Zizie Izette menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya berkata dia tidak bimbang memikirkan berat badannya yang naik dengan banyak asalkan bayinya sihat.

Pun begitu, Zizie menyatakan dia perlu menegmbalikan berat badan asalnya selepas bersalin nanti.

Kata kakak kepada Shaheizy Sam ini, dia akan menjalani proses berpantang dengan betul.

Mengenai perkembangan terbaharu, Zizie mengesahkan dia sudah dimasukan ke hospital untuk menanti kelahiran bayinya yang dijangka keluar tidak lama lagi.

Ini tulis Zizie Izette di laman Instagram miliknya:

Kuuusssssssssssssss semangat!!!!
Mak siapa la ni....besarnya oooii.

Waistline: 50”
Weight: Almost 90kg!!!!
I know I have put on a tonne of weight but I’m not worried at all as long as the babies are healthy.
Dlm pantang nanti kena jaga balik kaw2.

I’m mentally ready for that. In shaa allah.

Time to check in to the hospital.
Babies are arriving real soon.
Tick tock tick tock.

Thank u for all the dua’s and wishes my darlingsss. .
#almost9monthspregnant #thirdtrimester #readytopop

Bung berkahwin dengan Zizie Izette pada tahun 2009. Kandungan Zizie Izette ini merupakan anak kandung pertama Zizie Izette yang mana sebelum ini ada mengambil anak angkat.

Untuk pengetahuan, hasil perkongsian hidup bersama isteri pertama selama 19 tahun, Bung Moktar dikurniakan empat orang anak iaitu Mohd Khairulnizam, Mohd Kurniawan Naim, Nor Khairunisah dan Nur Safurah.

Sumber: Instagram Zizie Izette

Isteri Fizo Omar, Mawar Fareeda Selamat Lahirkan Anak Perempuan.. Tahniah!

 
Syukur akhirnya Fizo Omar dan isterinya Mawar selamat menimang cahaya mata pertama mereka semalam.

Setelah sekian lama menunggu saat penuh sejarah buat pasangan ini,  akhirnya mereka kini bergelar ibu dan bapa.

Mawar telahpun selamat melahirkan anak perempuan sekitar jam 4 petang semalam di Pantai Hospital Kuala Lumpur. Kesemua mereka dalam keadaan stabil dan sihat belaka.

Pengumuman ini dibuat oleh Fizo Omar sendiri melalui laman media sosial Instagram miliknya.

Ini pengumuman dari Fizo Omar:

"Alhamdulillah syukur.. Mawar selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.78 kilogram pada jam 4.01 petang tadi. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami.

Ini 2 keping foto yang dimuatniak oleh Fizo Omar di laamn IG miliknya.



Di ruangan komen, para follower mengucapkan jutaan tahniah kepada pasangan ini di atas kurniaan anak sulung tersebut.

Sememangnya ini satu berita yang amat menggembirakan. Tahniah buat Fizo Omar dan Mawar dari pihak Berita Memey.

Untuk pengetahuan,  pelakon Fizo Omar telah diijab kabul dengan Mawar Abdul Karim, orang kuat tudung popular Fareeda pada tahun 2013.

Majlis pernikahan Fizo Omar & Mawar Abd Karim yang dihadiri kira-kira 300 tetamu telah dijalankan di rumah pengantin perempuan di Country Height Kajang.

4 Tahun berkahwin, mereka tidak dikurniakan anak. Pasangan ini kemudian mengambil rawatan dengan seorang doktor pakar dan akhirnya berjaya hamil. -BeritaMemey


Sumber: IG Fizo

"Hilang Arah, Jiwa Kosong Sejak Kematian Ibu.." - Zul Ariffin Terkilan Tak Sempat Berada Di Sisi Arwah Ibu



Umum mengetahui pelakon berbadan sasa Zul Ariffin baru sahaja kehilangan ibu tercinta.

Ibu kepada Zul Ariffin iaitu Allahyarhamah Robiah Nasir telah pun meninggal dunia akibat serangan jantung pada 5 Disember yang lalu.

Pelakon Zul Ariffin yang amat rapat dengan ibunya itu mengakui beliau seakan hilang arah serta tiada semangat untuk meneruskan kehidupan.

Jiwa Zul Ariffin dikatakan telah kosong dan beliau juga terpaksa menolak beberapa tawaran kerja.

Ini komennya:

"Sejak arwah tiada, saya langsung tidak boleh lelapkan mata. Pejam sahaja mata, pasti terbayang wajah arwah. Jiwa saya kosong selepas kematian arwah ibu. Selama ini, arwah adalah penguat semangat perjuangan saya, tetapi hari ini, segala-galanya sudah melayang.

"Saya benar-benar rasa kehilangan. Di hadapan orang, saya mungkin masih boleh tersenyum dan tenang, sebaliknya jauh di sudut hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Jiwa saya memang tidak tentu arah ketika ini.

Zul Ariffin juga mendedahkan rasa terkilan kerana tidak dapat membawa ibunya menunaikan umrah.

Malah pelakon ini juga tidak sempat berada di sisi arwah ibunya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.

Ini pendedahan Zul Ariffin:

"Mungkin saya menyimpan rasa terkilan kerana tidak sempat bersama arwah pada saat beliau menghembuskan nafas terakhir. Ketika saya tiba, arwah sudah tutup mata. Ia sangat memberi kesan pada jiwa saya.

"Hasrat saya mahu membawa ibu ke Dubai dan menunaikan umrah tidak kesampaian. Saya terbang juga ke Dubai untuk membawa hati dengan ditemani abang angkat dan keluarganya. Insya-Allah, bulan depan saya menunaikan umrah.

Berita Memey amat faham bukan mudah untuk menerima kehilangan seorang bernama ibu yang sudah banyak mencurahkan kasih sayang dan berkorban demi anak-anak tercinta.

Apapun, semoga Zul Ariffin terus kuat dan tabah dengan takdir yang tertulis ini.

Hidup mesti diteruskan, semoga Zul terus sukses dalam kerjayanya.

Sumber: BeautifulNara

Sebulan Kahwin, Suami Bocor Rahsia Izara Aishah

 
Pasangan sama cantik sama padan, Adib Khalid dan Izara Aishah baru melangsungkan perkahwinan pada 17 November lalu.

Pada majlis pernikahan yang diadakan di Damansara itu, Izara Aishah menerima mas kahwin sebanyak RM700 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh. Wang hantaran pula dirahsiakan.

Majlis pernikahan yang meriah itu dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak, rakan artis dan sahabat handai.

Setelah kira-kira sebulan berkahwin, pasangan ini ditanya apakah perkembangan terkini dan apakah perbezaan setelah bergelar pasangan suami isteri.

Adib memberitahu, kini Izara buat kerja rumah sendiri dan sedang belajar memasak. Adib bocor rahsia mengatakan Izara baru belajar memasak.

Ini komen Adib:

"Kita duduk sendiri sekarang, tengah biasa kan diri untuk build our own family."

"Izara pun baru belajar memasak. Learning to become a wife. Kita pun sebelum ni dah keluar 4 tahun, so dah kenal each other."

"Tentang zuriat belum lagi, belum ada plan. Kalau ada rezeki, ada la."

Sementara itu, Izara Aishah mengakui merindui keluarganya selain belajar menerima suasana baru dalam kehidupan berumah tangga.

Izara memberitahu banyak perkara baru dipelajari terutama tanggungjawab sebagai isteri yang membuatkan dirinya lebih dewasa dan matang.

Ini komen Izara:

"Sebelum ini saya tinggal bersama keluarga, jadi banyak masa bersama mereka. Selepas berkahwin, saya perlu ikut suami pula. Memang suasananya berbeza apabila tinggal berdua dengan suami.

"Boleh dikatakan setiap masa rindukan keluarga terutama jika teringat adik. Jadi, setiap hujung minggu saya dan suami melawat keluarga. Sekurang-kurangnya dapat melepaskan rasa rindu.

"Sejak berkahwin, diakui saya mula rasa tanggungjawab sebagai seorang wanita dewasa. Kalau dulu saya menganggap diri seperti ‘baby’ lagi. Cuma pada peringkat awal ini saya kena ‘struggle’ untuk buat semua perkara. Apatah lagi saya tidak menggunakan khidmat pembantu rumah"

Izara Aishah memberitahu ini merupakan satu pengalaman baru yang melengkapi lagi kehidupan rumah tangga yang dibina.

Ini komennya:

"Saya okey dan tak ada masalah buat semua kerja rumah sendiri. Malah, saya lebih suka. Alhamdulillah, suami pula senang dijaga dan urus. Dia jenis tak banyak cakap. Kalau ada permintaan pun dari segi makanan, saya memasak untuknya.

"Setiap hari memang wajib menyediakan sarapan untuknya. Makan tengah hari tak masak dan makan malam pula tengok pada keadaan. Namun, kalau boleh suami nak saya belajar memasak masakan Melayu kegemarannya dengan mak mentua,"

Ditanya tentang zuriat, Izara Aishah menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah.

Ini komen Izara:

"Kami tidak mahu merancang. Lambat atau cepat, ia ketentuan Allah. Lagipun, siapa yang tidak mahukan anak. Kalau dikurniakan awal, ia rezeki. Jika sebaliknya, saya dan suami boleh terus berbulan madu.

"Apa yang penting, jangan putus berdoa dan berusaha. Saya percaya Allah mempunyai perancangan terbaik untuk setiap hamba-Nya. Jadi, doakan saja yang baik-baik untuk kami"

Itulah komen dari Adib dan Izara Aishah.

Sumber: Metro / mStar

Fathia Latiff Langsung Tiada Job, Tak Faham Kenapa Selalu Kena Kecam

 
Pelakon Fathia Latiff kini akui langsung tidak ada tawaran berlakon selepas kontroversi yang menlandanya.

Ini bermula dengan kisah video Bigo yang tersebar bersama rakan-rakannya, kemudian diikuti kontrversi dibuang oleh pihak produksi kerana mempunyai masalah disiplin.

Malah Fathia Latiff juga digugurkan dari Sepahtu Reunion kerana dikatakan lambat sampai dan tidak menjawab telafon. Tempatnya ketika itu diganti oleh Siti Elizad.

Dengan pelbagai kontroversi yang melanda, akhirnya Fathia kini langusng tiada job lagi.

Ini pendedahan pelakon jelita ini:

"Sejujurnya saya sangat rindu untuk berlakon. Cuma, selepas digugurkan dalam drama La Luna saya tiada sebarang tawaran. Mungkin disebabkan kontroversi mengenai diri saya, penerbit tidak mahu menawarkan drama"

"Cuma saya pinta kepada semua penerbit, jangan kerana keburukan yang ada pada diri saya, kebaikan lain tidak dipandang. Alhamdulillah, sumber pendapatan saya sentiasa ada walaupun tidak berlakon. Produk Avon masih menyambung kontrak, begitu juga dengan produk Her Fit dan Pizza Hut"

Selain itu, Fathia juga sering meluahkan pendapat yang agak panas di laman media sosial.

Walaupun kelakuannya sering dipandang negatif, ia bukanlah dibuat-buat untuk mencari publisiti murahan tetapi Fathia hanya ingin mahu menjadi diri sendiri.

Tambahnya lagi, generasi sekarang sepatutnya lebih bersikap terbuka.

Ini katanya:

"Kadangkala saya tidak faham, apa sahaja yang saya buat walaupun pada pandangan saya ia baik, orang tetap kecam. Generasi sekarang seharusnya lebih bersikap terbuka. Bukan lagi suka mencari salah orang"

"Saya selalu berfikiran positif dan segala kontroversi yang berlaku tidak pernah melemahkan semangat saya. Benar ada perkara timbul disebabkan diri sendiri tetapi saya belajar daripada kesilapan berlaku"

Sementara itu, oleh kerana mempunyai banyak masa terluang dan tiada job, pelakon ini kini akan pergi ke Amerika Syarikat.

Menurut Fathia, beliau sentiasa berfikiran positif tentang segala kontroversi yang tercetus sepanjang tahun ini, malah pemergiannya bukanlah kerana merajuk tetapi ingin lakukan apa yang diingininya selama ini.

Ini pendedahannya:

"Saya membuat keputusan menetap beberapa bulan di Los Angeles kerana ingin mendapatkan perspektif baru dalam hidup. Saya juga tidak menetapkan duduk berapa lama di sana. Saya mungkin mengubah fikiran dan hanya tinggal sebentar dan pulang kembali ke tanah air"

"Sekarang ini saya mahu melakukan apa yang saya mahu lakukan. Kebetulan saya tidak mempunyai apa-apa komitmen buat masa terdekat ini yang menyebabkan saya boleh saja pergi bercuti selama mana saya mahu,"

Apapun semoga Fathia ambil pengajaran dari apa yang berlaku. Ubah segala yang negatif dan fokus bekerja kerana anda masih muda dan berbakat besar.

Sumber: RotiKaya

Akhirnya Buat Pertama Kali, Ini Kenyataan Dari Ibu Iqram Dinzly

 
Ini satu lagi artikel dari Berita Memey berkenaan pelakon yang sedang viral iaitu Iqram Dinzly.

Berita Memey difahamkan, ibu kepada pelakon Iqram Dinzly iaitu Lalitol Akmar Mohamed Shaffie akhirnya tampil membuat kenyataan kepada pihak media.

Melalui portal mStar, ibu Iqram Dinzly ini menjelaskan bahawa dia sedar akan pelbagai cemuhan yang dilemparkan pengikut laman sosial termasuk mendakawa anaknya itu gila dan sesat.

Lalitol Akmar yang kini berumur 67 tahun, berkata, dia langsung tidak menghiraukan tuduhan itu kerana anak nya itu bersikap seperti orang biasa, seperti yang dia kenal, ketika di rumah.

Ini penjelasan ibu Iqram Dinzly:

"Saya sedar akan cemuhan yang dilemparkan terhadap Iqram, namun saya idak hirau dengan apa yang mereka katakan kerana dia berkeadaan biasa sahaja di rumah.

"Biarlah apa orang nak cakap, kita tidak mampu menutup mulut mereka".

Lalitol Akmar memang sedar keadaan yang berlaku sehingga menajdi viral tetapi percaya dengan anaknya itu sihat dan dalam keadaan biasa. Wanita itu ditemui di rumahnya di Ipoh, Perak.

Iqram Diznly kini tinggal bersama ibunya di rumah berkenaan.

Sebelum ini aksi Iqram Dinzly di laman Instagram mendapat reaksi bercampu baur dari netizen selepas dia berkongsi video dengan aksi yang pelik seperti sedang menari, menyanyi termasuk bermain dengan senjata tajam.

Perbuatan Iqram Dinzly itu turut menarik perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang berhasrat bertemu dengannya.

Dalam pada itu, Lalitol Akmar berkata, Iqram Diznly terlalu bersabar terhadap orang ramai yang banyak menghinanya sejak dia menjaga arwah ayahnya, Khalib Abd Majid di hospital.

Untuk pengetahuan, ayah Iqram Dinzly meninggal dunia pada 10 Oktober lalu.

Ini pendedahan ibu Iqram lagi:

"Selama ini semasa menjaga arwah ayah di hospital, Iqram menerima pelbagai jenis penghina namun dia tetap bersabar.

"Namun Iqram terus dikutuk semasa membuat ‘live video’ di laman sosial Instagram dan dia sudah tidak boleh menahan sabar lagi"

Sementara itu, Lalitol Akmar berkata dia ada menegur anaknya itu jika Iqram Diznly berkelakuan di luar batasan.


Ini komen Lalitol:

"Sebagai ibu, auntie ada tegur mana yang perlu namun Iqram menjelaskan dia tahu apa yang dilakukannya.

Itulah komen dari Lalitol Akmar ibu kepada Iqram Dinzly. Berita Memey harap isu ini akan berakhir juga. Semoga Iqram dan keluarga bahagia selalu dan sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.

Sumber: mStar

Respon Aeril Zafrel Tentang Iqram Dinly Ini Memang Kelakar

 
Nama Iqram Dinzly memang sedang menjadi fenomena di negara kita sejak kebelakangan ini.

Semuanya gara-gara beberapa video pelakon ini telah tersebar yang menunjukkan kelakuan 'pelik' pelakon berkenaan.

Kisah Iqram Dinzly ini memang sedang hangat diperkatakan dan telah mendapat banyak reaksi dari pelbagai pihak.

Ada pakar dari segi kaunseling dan pakar dari persatuan tertentu yang menzahirkan rasa risau terhadap kelakuan Iqram Dinzly itu.

Malah, isu ini turut mendapat perhatian dari Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang memberi nasihat kepada Iqram Dinzly.

Rakan-rakan artis juga ada yang memberi pandangan masing-masing tentang Iqram Dinzly ini.

Namun ada satu kisah yang agak kelakar berlaku ekoran kisah Iqram Diznly yang sedang viral ini.

Melalui satu komen dari netizen, ada memberi pendapat mengatakan Iqram Dinzly berbuat demikian semata-mata untuk publisiti.

Namun yang lawaknya, netizen berkenaan mengatakan Iqram Dinzly berbuat demikian untuk mempromosikan drama terbaru lakonannya berjudul "Mandatori".

Sebenarnya, Iqram Dinzly langsung tidak terlibat dengan drama Mandatori ini. Pelakon utamanya ialah Aeril Zafrel.

Melihat komen dari netizen itu, Aeril Zafrel terus memberi respon balas.

Ini komennya:

"Hmm itu Iqram Princhyqy. yang berlakon Mandatori tu aku"


Adui, macam-macam lah netizen ini. Aeril Zafrel dan jadi Iqram Dinzly pula. Kelakar juga warga twitter ni.

Untuk pengetahuan, drama Mandatori ini ditayangkan di Astro secara berbayar.

Selain Aeril Zafrel, pelakon lain daram ini ialah , Siti Saleha, Iedil Putra, Alvin Chong, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Vanidah Imran, Susan Lankaster, Jo Kukathas, Meor Hashim Manap, dan Amerul Affendi.

Kalau korang minat cerita penyiasatan, Berita Memey sarankan korang tonton drama Mandatori ni, memang best habis!

Sumber: Twitter Aeril Zafrel

Ini Pula Respon Iqram Dinzly Kepada Mufti Wilayah Persekutuan


Beberapa hari yang lalu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri ada meminta Iqram Dinzly hadir bertemu dengannya kerana ingin membantunya.

Kontroversi yang melanda pelakon Iqram Dinzly ini yang berkelakuan pelik sejak akhir-akhir ini sehingga mencetuskan banyak pesoalan.

Mufti Wilayah Persekutuan yang ingin menawarkan bantuan buat Iqram menerusi satu surat terbuka yang dikongsikan di akaun Facebooknya.

Pelakon ini yang kini duduk bersama ibunya di Perak, dinasihatkan untuk banyak membaca Al-Quran selain mendekatkan diri dengan Tuhan.

Datuk Dr Zul juga berharap Iqram tidak terlalu memikirkan komen netizen yang memberikan tekanan kepada beliau.

Membaca surat dari Mufti Wilayah Persekutuan itu, akhirnya Iqram Dinzly memebri respon balas.

Ini respon dari Iqram:

"Kenapa ? Mengapa ? Bagaimana ?

"Kenapa orang #Malaysia sukar faham dengan #BahasaMalaysia ? Mengapa #rakyatMalaysia hilang #budibahasa ? Pernahkah terfikir Syurga Neraka milik mutlak Hak Nya Yang Maha Esa.

"Ketika hamba diuji mahupun diduga , hanya segelintir jiwa yang sudi bersama . Ada yang lari ada yang pergi , ada langsung tidak nampak muka malah terus mencaci lagu menghina . Namun hamba redha!

"Hamba bersyukor dengan segelintir yang menerima hamba baik burok seadanya dikala hamba derita dalam bahagia, tenang tanpa adanya makhluk berpura - pura.

"#papakukembali & tinggallah daku dengan #mamakuiddah4bulan10hari . Salahkah aku berjuang dan berkorban demi manusia yang melahirkan aku ? Salahkah aku memegang amanah manusia raja dalam keluargaku ?

"#terimakasih Sahabat - sahabat serta kekanda - kekanda hamba terutamanya keluarga hamba yang FAHAM dengan diriku . #janganbikinkerjatuhan @bawaabata.merebucks tetap hamba perjuangkan.

"Buat Mufti Wilayah @drzulkifli.albakri Yang hamba hormati, hamba mengucapkan bebanyak terima kaseh kerna sudi prihatin dengan apa yang terjadi.

"Maaf sekiranya hamba menolak untok berjumpa dengan tuan hamba di #kualalumpur untok berkomunikasi.

"Lebih afdalnya, hamba jemput tuan hamba sudi ke Talaqqi Dinzly Studio untik mengupas lebih mendalam segala yang terjadi bersama bonda disisi dan fahami lebih situasi yang terjadi.

"Kerna hamba hormat keputusan bonda yang tidak mahu kemana-mana selagi maseh iddah dan beliau sedang usaha untok bersemangat kerana terlalu rindu terhadap ayahanda hamba, #papakuterlantarlagi .

"Harap memahami dan insyaAllah atas izin Illahi ini semua terjadi . #pergilahmatinegativiti

"Harap penulisan hamba yang tiada apa-apa lagi marhain hinanya ini disambut baik tanpa rasa diri hamba hebat mahupun bongkak rasa.

"Besar hati menerima kehadiran Tuan Hamba untok ber #kongsirasadanrahsia bersama bonda hamba dan #dinzlyfamily pun jua.

"Sekiranya sudi hamba jemput selepas #newyear nanti, hamba akan personally hubungi Tuan Mufti.  #prinxchiqydinzly | #iqramdinzly

"Fidyahkan #Alfatihah buat ayahanda beta mahupun kami #dinzly sekelurga.

Respon balas ini ditulsi di laman Instagram milik Iqram semalam.

Sumber: IG Iqram Dinzly

"Saya Baru Buat Police Report.." - Chef Wan Akhirnya Buat Laporan Polis Terhadap..

 
Petang tadi, chef selebriti, Datuk Chef Wan berkongsi berita bahawa dia baru sahaja membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.

Laporan polis ini dibuat ekoran satu artikel yang dikatakan telah silap menggunakan quote yang dibuat oleh Datuk Chef Wan.

Ini berkenaan gambar baju yang dimuatnaik oleh Datuk Chef Wan.

Ini komen Chef Wan:

"Just made my police report with regard to the article which falsely quoted me and compromised my reputation in their article written in the Malaysia - Chronicle. Its in the hands of the Law now Let justice prevail!

 Ini gambar terkini dari Chef Wan setelah membuat laporan polis.



Sebelum ini, Chef Wan memuatnaik satu posting yang mana dia terkejut apabila mengetahui ada pihak yang tersalah menggunakan gambar yang dimuatnaik olehnya.

Ini bukti yang dimuatnaik oleh Chef Wan tentang satu artikel.


Ini caption penuh dari Chef Wan:

"Finally i found out its Malaysia Chronicle slandering me.

"Tu sebab hari ini we should not swallow everything u see on social media, internet etc.
All this is what Allah want to exposed alot of our human behaviour that is irresponsible.
They do anything to get attention for what ever reason knowing the public are lusting for all this craps.

"From bloggers to medias u name it.
This is exactly what i wanted to show all of u how manipulative we human beings can be or will do including some of our TV stations.

"We lived in the world of power, wealth, being popular dan mcm2 lagi sampai ramai manusia sanggup mengadai kan negara kita mau pun maruah diri masing2 and let our human values jatuh menjunam.

"When i went to Penang to filmed for free " Confuscious was a foodie" to help promote Penang for Canada food Network no body care even to write about it...but the minute i say something positive about penang saya di kecam oleh Pemuda Umno Penang and was given a warning.

"Why do we always loved to dwell on the negative things instead of trying to highlight something that is good being done in this country?

"U cant credit others for that ke or we are too ashamed to accept the truth?

"Anak saya bercerai berkemah la media depan rumah esp those Malay media mau pun kisah GV.
Dapat 4 anugerah dlm 2 bulan satu media pun tak mai nak interview pun!
I wondered why?

"Patut la masyarakat pun ramai yg sikap mcm sampah di social media yg menegak kan benang yg basah serta mengata dan menghina manusia lain kerana kita tidak berlaku adil dan sogok kan segala sampah kepada mereka!

"Yang cerdik dan bertanggung jawab akan nampak segala tipu helah manusia ini atau pun di sebaliknya. Since when to try and educate society and telling the truth is wrong?

"Solat 5 waktu, baca Al quran, pi ceramah agama, ke Umrah dan menunai kan Haji i thought we would have learned what honesty, kindness, being truthful is all about?

"Instead we behaved totally the apposite of everything dan menjadi manusia yg talam dua muka.
Shame on some of u all out there to not even understand what is going on with our societies today.
Kita yg berkata benar dan menasihat kan yg baik2 pulak di salah serti kan mau pun di fitnah kan!

Ini gambar yang dimuatnaik oleh Chef Wan:



Ini caption penuhnya:

Isnt this so funny la....siapa la punya kerja ni.
Dah nak election ni esok entah apa lagi yg pelik2 akan keluar pun.
Ohhh yes i was approached both by Orang2 Umno mau pun opposition to go on their various campaign konon satu Kampong nanti dtg nak tengok CW.
I said " La siapa la saya ni hanya tukang masak bukan artist pun.
Jika nak bertanding jadi PM tak pe la.
Ini setakat nak perguna kan saya masa election ni tak payah la.
Gajah dgn gajah nak berperang kita nak tersepit untuk apa?
Politics can be such a filthy game.
Hari ini org suka kita depa sanjung!
Esok just look at Tun M tu apa yg mereka tak luta kan dia?
Esok meninggal org tua tu tengok la they all will come back to mohon maaf dan pay their respect dan segalanya.
Its too late.
Off course masing2 dgn political diff mereka buy why so vicious with hatred dan vengence.
I find such behaviour so disgusting.
The hippocrisy in manusia ini.
Some tak ada princip dah mcm lalang pun ya.
So i rejected all offer as i am not into Politics either.
I believed as Malaysian we all have the right to vote.
Exercise that right wisely enough said!
Hak itu no one can take from us.
Tak kuasa nak main drama minggu ini pun atau melayan segala filthy game manusia ini.
Be honest and do the right thing sudah lah for me.
Allah will eventually help us to see everything.
Saya percaya kuasa Allah.
Sometime dia berdiam...nak tengok sejauh mana tupai2 itu boleh melompat!
Tiba masanya akan jatuh ke bumi pun.
Politician2 baik Menteri come and go these days.
Nasib baik di pilih rakyat u up there la.
Esok dah jatuh kebawah tiada siapa yg peduli kita di tepi jalan pun kemungkinan jadi.
I used to see alot this particular x Minister of Tourism at many social events.
Masa berjawatan punya la berlagak dan sombong.
Tapi bila habis election masing2 kena gulung tikar bantal.
Pi function terkebil kebil duduk2 one corner siapa pun tak layan.
Some of the people i met siap kata lagi..
Tu besar Cilaka yr x Minister of Tourism tu!
Saya terkejut who is he talking about ni?
Sekali pusing baru nampak si mangkuk berhayun ini!
People just snub and ignore him?
Hati saya kata la...kesian and i went over to talked to him lagi!
Kesian..Allah bayar cash! 

Itulah kisahnya yang berlaku kepada Chef Wan.

Sumber: IG Chef Wan

Isteri Johan, Ozlynn Kini Sah Mengandung Anak Kelima.. TAHNIAH!!



Ini satu berita baik yang baru sahaja diterima mengenai isteri kepada pelawak popular, iaitu Johan Raja Lawak.

Pelakon Ozlynn Watie yang juga isteri kepada pelawak popular dan penyampai radio Era, Johan, akhirnya telah membuka mulut, mengesahkan dirinya kini sedang hamil.

Kehamilan ini merupakan yang kelima buat Ozlynn yang kini berumur 36 tahun.

Ozlynn mendedahkan perkara ini ketika dihubungi oleh portal Astro Gempak.

Dia memberitahu mula menyedari perubahan berlaku pada dirinya sejak menyertai pertandingan realiti Super Spontan Superstar (SSS) 2017.

Ini pendedahan Ozlynn tentang hal ini:

"Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dikurniakan rezeki yang tidak ternilai ini.

"Kandungan saya kini sudah hampir lima bulan pun dan dijangka bersalin pada penghujung bulan Mei atau Jun 2018"

Ketika ditanya adakah dia tahu mengenai berita kehamilannya yang di keluarkan di sebuah portal gossip sebelum ini, Ozlyn memberitahu, maklum mengenai perkara tersebut.

"Ya, saya tahu mengenai video ‘baby bump’ saya diviralkan, tapi kawan-kawan yang bagi.

"Namun saya tidak memberi sebarang reaksi atau kenyataan kerana tidak mahu menghebohkan tentang perkara tersebut sehinggalah kandungan saya betul-betul stabil"

Ketika dihubungi Astro Gempak, Ozlyn sedang dalam persiapan untuk bercuti bersama keluarganya di Jepun.

Tetapi yang sebetulnya, dia bukan pergi ke Jepun bukan semata-mata untuk bercuti sahaja, tetapi ada kerja juga.

Ini komen Ozlynn Watie lagi:

"Yang sebetulnya saya pergi bekerja di sana, tetapi alang-alang saya bawa anak-anak sekali.

"Nak cari hari bercuti agak sukar kerana sibuk dengan penggambaran, jadi saya ‘curi masa’ sikit,"

Tahniah diucapkan kepada Ozlynn dan juga Johan. BeitaMemey harapkan agar, semoga segala urusan berjalan dengan baik dan lancar.

Sumber: Astro Gempak