Gambar Terkini, Berat Zizie Izette Kini Naik Hampir 90kg

 
Isteri kepada ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Muktar Radin iaitu pelakon Zizie Izette kini sedang hamil anak kembar.

Ketika ini, Zizie Ezette sedang sarat hamil dan kandungan sudah hampir masuk dalam bulan sembilan.

Bakal melahirkan bayi kembarnya pada bila-bila masa, pelakon Zizie Izette mendedahkan beratnya kini hampir mencecah 90 kilogram (kg).

Pelakon ini ada berkongsi gambar terkininya yang sedang sarat hamil.

Zizie Izette menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya berkata dia tidak bimbang memikirkan berat badannya yang naik dengan banyak asalkan bayinya sihat.

Pun begitu, Zizie menyatakan dia perlu menegmbalikan berat badan asalnya selepas bersalin nanti.

Kata kakak kepada Shaheizy Sam ini, dia akan menjalani proses berpantang dengan betul.

Mengenai perkembangan terbaharu, Zizie mengesahkan dia sudah dimasukan ke hospital untuk menanti kelahiran bayinya yang dijangka keluar tidak lama lagi.

Ini tulis Zizie Izette di laman Instagram miliknya:

Kuuusssssssssssssss semangat!!!!
Mak siapa la ni....besarnya oooii.

Waistline: 50”
Weight: Almost 90kg!!!!
I know I have put on a tonne of weight but I’m not worried at all as long as the babies are healthy.
Dlm pantang nanti kena jaga balik kaw2.

I’m mentally ready for that. In shaa allah.

Time to check in to the hospital.
Babies are arriving real soon.
Tick tock tick tock.

Thank u for all the dua’s and wishes my darlingsss. .
#almost9monthspregnant #thirdtrimester #readytopop

Bung berkahwin dengan Zizie Izette pada tahun 2009. Kandungan Zizie Izette ini merupakan anak kandung pertama Zizie Izette yang mana sebelum ini ada mengambil anak angkat.

Untuk pengetahuan, hasil perkongsian hidup bersama isteri pertama selama 19 tahun, Bung Moktar dikurniakan empat orang anak iaitu Mohd Khairulnizam, Mohd Kurniawan Naim, Nor Khairunisah dan Nur Safurah.

Sumber: Instagram Zizie Izette

0 comments:

Post a Comment