(TERKINI) Ibu Zul Ariffin Disahkan Meninggal Dunia Pagi Tadi, Ini Kenyataan Rasmi Zul Ariffin



Kehilangan ibu dan bapa tersayang sememang perkara yang amat menyedihkan.

Pelakon Zul Ariffin merupakan seorang individu yang amat mengutamakan ibunya dalam segala perkara.

Ibu Zul Ariffin bernama Robiah Nasir, seorang ibu yang amat disayangi oleh Zul Ariffin.

Sejak pagi tadi, beberapa gambar telah dimuatnaik di laman media sosial Instagram yang menyatakan bahawa ibu Zul Ariffin telah meninggal dunia.

Ramai yang bimbang perkara ini merupakan berita palsu. Jadi ramai mula mendapatkan kenyataan dari Zul Ariffin sendiri

Bagaimanapun, berita berkenaan perkara tersebut disahkan benar oleh Zul sendiri ketika dihubungi.

Ini penjelasan dari Zul Ariffin:

"Betullah apa yang dikongsikan di laman sosial itu"

"Ibu saya memang sakit jantung namun saya tidak sangka dia pergi seawal ini kerana dia tidak menunjukkan apa-apa tanda langsung.  

"Apapun, saya reda dengan pemergian ini. Semoga urusannya disana dipermudahkan. Amin,"

Kata Zul Ariffin lagi, ibunya telah pergi buat selama-lamanya dan meninggal dunia sekitar jam 4 pagi tadi.

Ramai peminat dan orang industri yang mengucapkan ucapan takziah kepada Zul Ariffin di atas kehilangan orang yang tersayang.

Dari pihak Berita Memey, salam takziah buat Zul Ariffin dan semoga pelakon lelaki ini tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan ibu tersayang yang pastinya tiada pengganti.

Mari sama-sama kita doakan dan sedekah Al Fatihah kepada arwah ibu Zul Ariffin.

Untuk pengetahuan anda, Zul sudah memadam akaun Instagram setelah terjadinya beberapa isu melandanya sejak beberapa minggu lepas.

Zul Ariffin merupakan pelakon popular di Malaysia. Nama Zul mula menjadi tumpuan menerusi drama Rindu Awak 200% lakonan bersama Ayda Jebat.

Pada tahun ini, sekali lagi nama Zul Ariffin menjadi tumpuan menerusi drama Titian Cinta lakonan bersama pelakon baru Farah Nabila.

Zul Ariffin juga popular menerusi watak Tombiruo yang menjadi box office.

Pelakon kacak ini merupakan seorang yang amat berahsia tentang hal peribadi dan lebih gemar jika berbicara tentang kerjayanya.

Sumber: Rotikaya

0 comments:

Post a Comment