"Kau jual je la bini kau tu, kau suami dayus tiada maruah" - Netizen Hentam Suami Sharifah Sakinah
Sejak kebelakangan ini ramai pihak yang memperkatakan tentang pelakon cantik Sharifah Sakinah dan juga pelakon kacak Aiman Hakim Redza.
Ketika berlakon, Aiman Hakim Redza ada membuat adegan mesra dengan Sharifah Sakinah seperti berpegangan dan juga berpelukkan.
Nama pun pelakon, pastinya semua adegan pastilah menurut apa yang yang diarahkan oleh pengarah tak gitu?
Gandingan Sharifah Sakinah dan Aiman Redza Hakim memang nampak begitu serasi.
Namun kerana terlalu mesra, ianya mula menimbulkan kontroversi dan menjadi bualan para peminat.
Melalui laman media Instagram, Aiman ada menjelaskan mereka serasi dan mempunyai chemistry yang baik kerana dia mendapat kebenaran dari suami Sharifah Sakinah.
Ini tulis Aiman Hakim Redza:
"Ape itu chemistry ? Chemistry itu apabila husband @sharifah_sakinah approve sape hero dia ? @alpjml .ada dua org je.Dan aku salah sorang yg bertuah.cuba teka sape lagi sorang tu ? sape tau dia hebat #rumahno10 #skripsharifahsakinah directed by @jureyrosli"
Pelakon kacak ini ada memuat naik video, dan kemudian memegang pinggang Sharifah Sakinah.
Suami Sharifah Sakinah iaitu Aliff siap ada komen lagi dengan menulis, "Chemistry ke chemical ni?" Memang sporting habis!
Namun ianya tidak terhenti begitu sahaja apabila netizen mula mengecam ketiga-tiga mereka.
Katanya, Sharifah Sakinah tidak menjaga adab sebagai seorang Islam dan seorang isteri. Kata orang ramai adalah sesuatu yang haram untuk berpelukan dengan lelaki lain.
Sharifah Sakinah juga ada memberi penjelasan semua itu dilakukan atas dasar kerja. Semuanya adalah profesional dan langsung tidak melibatkan perasaan cinta.
Kemudian, ada pihak yang menyalahkan suami Sakinah, Aliff Adha, yang seperti tidak kisah isterinya itu dipeluk oleh lelaki lain.
Lebih teruk, Instagram suaminya diserang netizen dan menggelar suaminya dayus kerana tidak tahu menjaga maruah isteri.
Ini antara komen panas kepada suami Sharifah Sakinah itu:
"Juallah bini kau, lagipun cara kau bagi jalan lain pegang bini kau serupa kau jual je sebab kau kategori dayus tak ada maruah! Duit dan professionalism besar bagi kau. Bukan tuntutan agama pun! Melayu akhir zaman ayat tepat bagi insan macam kau."
Ini foto komen berkenaan:
Aliff, suami Sharifah Sakinah kemudian membalas komen tersebut dan meminta maaf jika dia tidak menjalankan tugas sebagai seorang suami yang baik.
Sharifah Sakinah juga ada membalas komen itu dan meminta individu berkenaan tidak mengaitkan suami nya dalam isu ini.
Kata Sharifah Sakinah, jika mahu hentam atau kritik, sila hanya menghentam dirinya sahaja kerana ini di bawah skop kerjanya, bukan suaminya.
Apapun, ada juga komen yang diberikan dari peminat yang berdoa agar mereka baik-baik sahaja. -BeritaMemey
Sumber: Oh Bulan / Cari Forum
0 comments:
Post a Comment