(TERKINI) "Semua Itu Hanya Gimik Untuk Bisnes" - Kenyataan Rasmi Iqram Dinzly



Ketika ini nama Iqram Dinzly menjadi sebutan ramai ekoran tindakan dan kelakuan peliknya di laman media sosial.

Melalui beberapa video, Iqram Dinzly dilihat ada membuat tariandan menari sakan sambil mendengar lagu di laman Instagram Story dan juga Insta Live miliknya

Berita Memey lihat, ramai betul para follower yang mengatakan tindakan Iqram Dinzly itu amat pelik.

Ramai yang tertanya-tanya apa yang berlaku kepada Iqram Dinzly sehingga berkelakuan demikian.

Akhirnya tuan punya badan iaitu Iqram Dinzly telah tampil memberi kenyataan tentang isu ini.

Iqram Dinzly telah menyatakan bahawa semua itu dilakukan sebagai gimik awal untuk mempromosikan perniagaannya.

Pelakon berumur 36 tahun itu berkata, dia terpaksa ‘menggadai diri’ dan sanggup berdepan kecaman ramai untuk memperkenalkan perniagaan yang baru diusahakannya.

Perniagaannya di bawah jenama Bawaabata Merebucks.

Ini penjelasan dari Iqram Diznly:

"Lebih sedekad dalam industri hiburan, saya akur jika kita berbuat baik tiada siapa yang akan ambil peduli. Tetapi apabila sesekali berkelakuan aneh, mereka akan berterusan memperkatakannya hingga mencetuskan kontroversi.

"Mungkin ada yang melihat cara saya ini sebagai pemberontakan, tetapi saya ada sebab tersendiri mengapa berbuat demikian. Saya perlu melakukan anjakan dengan niat untuk memperkenalkan perniagaan merangkumi fesyen dan seni dengan lebih jauh"

Iqram Dinzly yang merupakan anak kelahiran Perak, telah mencuri perhatian orang ramai dengan pelbagai perlakuan pelik dan ada diantaranya yang menyinggung sensitiviti masyarakat.

Kelakuan itu menyebabkan Iqran teruk dikecam orang ramai sehingga ada melabelnya sebagai "tidak lagi waras".

Ini respon balas Iqram Dinzly tentang perkara ini:

"Cara netizen mengadili saya seolah-olah mereka terlalu suci dan sempurna. Alang-alang menyakitkan hati, lebih baik saya teruskan. Lagipun, apa yang saya buat ini hanya sementara nanti saya akan berhenti"

Setelah dikecam teruk, pelakon ini ada mengamuk dengan kembali membalas komen-komen dari para netizen.

BeritaMemey juga ada menonton video berkenaan yang mana Iqram Dinzly berang dan ada menggunakan kata kesat kepada mereka yang menghinanya di laman media sosial.

Menjawab persoalan tentang isu dia mengamuk ini, Iqram berkata, tindakannya itu mencerminkan mentaliti masyarakat hari ini yang terbawa-bawa dengan media sosial.

Ini komen Iqram Dinzly:

"Jika mereka dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan kesat, mengapa saya tidak boleh? Saya mahu sedarkan masyarakat perbuatan itu tidak elok. Jika mereka sakit hati dengan kata-kata yang dilemparkan, saya juga begitu"

Dari pengetahuan BeritaMemey, Iqram Dinzly kini tinggal bersama ibunya di Ipoh, Perak.

Tentang dunia lakonan, Iqram berkata dia masih berminat untuk meneruskan kerjaya lakonannya, tetapi akan melihat tawaran yang diberikan.

Sekiranya ada tawaran yang baik, dia akan kembali berlakon.

Ini penjelasannya:

"Tawaran berlakon masih ada, tetapi saya menolak kerana menghormati pemergian arwah bapa pada 10 Oktober lalu. Saya masih bersedih dan kehilangannya membuatkan saya tidak lagi kuat mengharungi dugaan hidup.

"Jika ada naskhah filem atau drama yang baik dan bayaran diberikan pula setimpal, saya akan pertimbangkan"

Itulah penjelasan dari Iqram Dinzly tentang perkara pelik yang dia lakukan. Rupanya semuanya hanya publisiti untuk perniagaannya. Satu marketing yang baik.

BeritaMemey harap penjelasan dari Iqram ini menjawab semua persoalan dari para peminatnya di luar sana yang risau dengan keadaan Iqram.

Sumber: BHOnline

0 comments:

Post a Comment