Setelah bercerai dengan bekas suami, Jejai, Fasha Sandha yang kini sudah berumur 33 tahun lebih fokus dengan kerjayanya dan juga meluangkan masa dengan anak tersayang.
Namun, sebagai seorang wanita yang cantik, popular dan sedang single, Fasha Sandha akui ada yang cuba menguratnya dan ingin mendekati dirinya.
Kata Fasha Sandha lagi, sebenarnya memang ramai yang nak mendekatinya bukan seorang atau dua tetapi ramai.
Ini pendedahan Fasha Sandha:
"Memang ada, malah saya sedang berkawan dengan semua mereka. Jangan salah faham, mereka juga sudah saya jelaskan yang fasa kini hanya berkawan sahaja tidak lebih daripada itu.
"Sekarang saya tidak terfikir soal jodoh lagi, rancangan saya bila sudah berumur 35 baru saya serius untuk berkahwin"
Ada pelbagai ragam orang yang cuba menguratnya. Antara yang cuba menguratnya samapai sanggup tunggu di set penggambaran.
Fasha juga memberitahu memang ada juga golongan VIP yang mahu dekatinya.
Ini komen Fasha Sandha:
"Ada yang VIP ada yang tidak, ada yang biasa, macam- macam.
"Malah ada yang sanggup tunggu saya di set penggambaran sebab mahu jumpa saya. Jujurnya saya hargai usaha dia, tetapi saya rimas sebenarnya"
Itulah penjelasan dari pelakon jelita ini tentang dirinya yang menjadi buruan jejaka yang cuba menawan hatinya.
Orang single yang tengah hangat, sudah tentulah menjadi buruan ramai lelaki di luar sana.
Fasha Sandha membuat pendedahan itu ketika ditemui pada sidang ahkbar drama lakonannya Syurga Yang Kedua.
Drama bersiri 70 episod ini juga adalah adaptasi daripada sebuah sinetron popular dari negara Indonesia.
Drama bersiri ini akan mula ditayangkan di saluran Astro Prima dan Maya pada 12 Disember depan pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat pukul 6 petang.
Selain Fasha Sandha, pelakon lain yang terlibat dalam drama ini ialah Zarul Umbrella, Siti Elizad dan Beego.
Sumber: Utusan
0 comments:
Post a Comment