"Apa Guna Bertudung Tapi Hati Hitam" - Kenyataan Kontroversi Raf Yaacob


Pelakon baru, Mawar Rashid dan adik kepada Datuk Fazley, Raf Yaacob selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Majlis pernikahan telah diadakan pada bulan November manakala majlis resepsi berlangsung pada 1 Disember yang lalu.

Ketika majlis resepsi Mawar Rashid dan Raf Yaacob, satu isu telah menjadi viral, dan menjadi bahan bualan ramai apabila Mawar Rashid telah menari di khalayak ramai.

Video persembahan tarian itu dimuatnaik oleh rakan artis, Uqasha Senrose di laman media sosial Instagram dan mendapat tontonan sehingga 2 juta views.

Rata-rata mengkritik perbuatan Mawar Rashid itu kerana menari depan orang ramai di hari perkahwinan.

Hari ini, Raf Yaacob telah memuatnaik foto isterinya sedang menari dengan satu caption yang  agak panas dan kontroversi

Raf Yaacob menyarankan agar menilai seseorang itu berdasarkan dalaman mereka dan bukannya dari apa yang dilihat secara luaran.

Yang kontroversinya apabila Raf Yaacob menulis buat apa bertudung sedangkan hati seseorang itu hitam.

Ini tulisan Raf Yaacob:

Nilai lah seseorang itu menerusi dalaman beliau dan bukan nya luaran. Apa guna bertudung kalau hati hitam asyik nak condemn and cari salah orang. Playing god much? Who are we to judge seriously? Think about it. I rather be friends with someone yang hatinya bersih. If you have nothing nice to say, might as well you keep quiet. Doakan yang baik2 saja kan lebih afdal. Terpulanglah. Tepuk dada tanya selera. #MawaRaf is not here to please everyone. Salam Jumaat. #JanganTerasa #SayaIkhlasDalamBerkatakata

Sebenarnya maksud Raf di sini adalah untuk menyatakan tidak baik jika seseorang yang bertudung itu sering membuat perkara yang mungkar.

Namun ada follower yang tidak berpuas hati dengan ayat Raf itu kerana dilihat seperti memperlekehkan seseorang bertudung walhal ianya merupakn satu kewajiban.

Ini antara respon balas para followernya:

@anysnab Salah tetap salah . menutup aurat tu adalah kewajipan . didiklah isteri mu sebaik mungkin. Jalankan tanggungjawabmu sebagai seorang suami. Apa-apa pun tahniah untuk perkahwinan abang dengan Mawar. Moga diberi hidayah.

@schaalqadry Jangan isukan kenapa pakai tudung hati hitam tu, tudung tu wajib, hati hitam tu takde kena mengena dengan aurat dia, at least ada juga kebaikan dia dengan jaga aurat, jangan sesekali buat ayat isukan bertudung tapi hati hitam buat apa? Please betulkan ayat.

@maisarah_asmara Pasal hati ni takde sape boleh nilai, tapi tak ikut taat perintah Tuhan tu bukan ke sebab hati degil? Nauzubillah

@n.anysa Abes tu nak salahkan tudung? nampk macam pndai

@wanii_rahmann Mind your wordsss

@kimizura7501 Raf Bertudung tu wajib ..fikirkanlah

@aadamaaziz Lelaki dayus ni bila pandai berkata. Dah sah menutup aurat tu wajib..tak payah lah nak main-main kan agama...apa punya ayat lah.

Itulah antara komen balas yang ditulis di ruang komen Instagram Raf Yaacob.

Sumber: IG Raf

0 comments:

Post a Comment