(4 Foto) Sebulan Menghilang, Zul Arifin Akhirnya Kembali.. Tampil Dengan Imej Baru

 
Pelbagai isu melanda pelakon kacak sejak beberapa bulan ini. Antaranya isu yang melanda dirinya dengan kekasih hati Zahirah McWilson, perbalahan dengan ayah Zahirah dan isu dengan bekas kekasih Gayatri Sulin Pilai.

Kemudiannya Zul Ariffin mengambil keputusan untuk menutup dan mendeaktifkan akaun Instagrammnya.

Tidak lama kemudian, satu berita sedih diterima oleh Zul Ariffin apabila ibu tersayang telah pergi buat selamanya, ibunya meninggal dunia.

Selepas itu, Zul Ariffin terus menghilangkan dari dari dunia media sosial. Instagramnya terus di deaktifkan.

Hari ini, setelah hampir sebulan menyahaktifkan laman sosial Instagramnya, pelakon Zul Ariffin akhirnya kembali aktif di laman Instagramnya.

Zul Ariffin dilihat membuka laman tersebut pada Selasa dan tampil dengan imej baru.

Pelakon berbadan sasa ini memuatnaik foto dengan memakai jubah dan penutup kepala iaitu ghutra.

Menerusi posting terbaharu yang dimuat naik itu, Zul Ariffin menulis ucapan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesejahteraan dia dan arwah ibunya, Robiah Nasir.

Ini komen Zul Ariifn:

"Assalamualaikum... Mewakili keluarga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi ucapan dan tanda ingatan.

"Saya minta maaf tidak dapat membalas semua mesej, anggaplah ini sebagai tanda terima kasih diatas ingatan kalian kepada ibu kami, Hajah Robiah Nasir. Terima kasih kerana mengambil berat,"

Ibunya disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 5 Disember lalu.

Instagram kelab peminat Zul Ariffin FC memaklumkan mengenai berita ibu pelakon tersebut meninggal dunia pada 5 Disember lalu.

Foto terbaharu di Instagram itu yang memperlihatkan Zul lengkap berpakaian jubah dipercayai berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sehingga kini, gambar tersebut menerima lebih 60,000 tanda suka dan lebih 2,000 komen daripada pengikut.

Ramai peminatnya menyatakan rasa rindu kepada pelakon ini. Para peminat meminta Zul Ariffin jangan menghilangkan diri lagi.

Instagram kelab peminat Zul Ariffin juga berasa gembira apabila pelakon ini akhirnya kembali mengaktifkan laman Instagram miliknya.

Ini 4 foto terkini Zul Ariffin:



Ini antara komen para peminat:

"Harap awak baik-baik sahaja!! Kami rindukan awak, Zul Ariffin. Tolong jangan hilangkan diri lagi daripada laman sosial lagi dan salam takziah atas pemergian ibu tercinta," -noraisyah_bahar

"Waalaikumsalam... Selamat kembali bos Zul Ariffin dengan semangat baru yang lebih baik. InsyaAllah, selamat bercuti," -rara_y.

"Alhamdullillah... semoga dipermudahkan segala urusanmu. Semoga ibumu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman," -seri_ifa.

"Welcome back Zul Ariffin" -edrieyana

"Welcome back bro! May Allah Ease Everything in Your Life and May Allah Protect You Now and Forever." -diyanaafiqahrazak

"Salam. Semoga awak kuat meniti hari. Tabah dan sentiasa lah berdoa agar allahyarhamah bonda di tempatkn bersama orang beriman." -ling.aris

"Rindu bro." -farhana_hureen96

"Alhamdulillah. Dapat juga tengok abang Zul Ariffin kita. Sekian lama menghilang." -tiesyapeng

Itulah antara komen dari peminat setia Zul Ariffin. Semoga Zul Arffinkini lebih bahagia dan kuat. -BeritaMemey

Sumber: Instagram Zul Ariffin

0 comments:

Post a Comment