"Iqram Dizly Perlukan Rawatan, Bantuan Segera" - Pakar Dedahkan Iqram Sudah Tunjuk Tanda..
Akhir-akhir ini ramai yang mula risau dengan sikap pelik yang ditunjukkan oleh Iqram Dinzly.
Dari pengetahuan BeritaMemey, banyak sebab yang membolehkan seseorang itu berubah sikap secara tiba-tiba dan menunjukan perkara yang pelik seperti Iqram Diznly.
Tekanan perasaan, kemurungan dan masalah kerjaya mungkin menjadi faktor pelakon Iqram Dinzly bersikap pelik sejak kebelakangan ini.
Dalam satu kenyataan, Dr Fauziah Mohd Saad iaitu Ketua Unit Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menjelaskan bahawa pelakon berkenaan perlu mendapatkan bantuan dengan segera.
Kata Dr Fauziah pelakon itu perlu mendapatkan rawatan psikiatri bagi menyelesaikan masalah mental yang dihadapinya.
Ini komennya:
"Kita patut bersimpati kepada dia kerana baru kehilangan bapanya. Kematian orang tersayang boleh menyebabkan kemurungan dan tekanan apatah lagi Iqram kehilangan bapanya baru-baru ini.
"Jalan terbaik ialah dia perlu jumpa pakar sakit jiwa bagi memastikan di mana stage yang dilaluinya itu dan mendapatkan rawatan yang sesuai,"
Selain itu, kata Dr Fauziah, masalah kewangan juga menjadi faktor menyumbang kepada hal psikologi seseorang.
Dari pandangannya, menerusi cara pelakon itu berkomunikasi di laman sosial boleh dianggap pada peringkat awal.
Ini komen Dr Fauziah lagi:
"Selain itu kurang job dan kedai di Langkawi dia ditutup juga sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada psikologinya.
"Saya kira dia boleh bercakap dengan baik mungkin kerana dia pelakon dan kita sukar untuk menjangkakan stage dia sekarang. Dulu ada juga seorang penyanyi yang mengalami masalah yang sama, malah pulih dan kembali sihat selepas mendapatkan rawatan,"
Dr Fauziah berkata demikian apabila ditanya oleh wartawan dari mStar untuk mengulas isu kelakuan pelakon Iqram Dinzly yang kini menjadi viral kerana dia sering melakukan aksi-aksi pelik di laman sosial.
Sementara itu, Presiden Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (MIASA). Anita Abu Bakar berkata, pihaknya cuba menghubungi pelakon berkenaan bagi menghulurkan bantuan.
Katanya, Iqram Dinzly memerlukan bantuan dan sokongan daripada semua pihak terutama dari rakan-rakan terdekatnya.
Ini komen Anita:
"Pihak kami cuba menghubungi dia sejak pagi tadi selepas ramai yang memberitahu tentang video pelakon itu yang kini menjadi viral.
"Pendapat saya dia sangat memerlukan bantuan pada masa ini. Orang sekeliling perlu bertindak segera membantu dia sebelum perkara buruk berlaku,"
Anita berkata pelakon itu sudah memberi petunjuk "cry for help" tentang masalah yang dihadapi itu.
Tambahnya, masyarakat sekeliling perlu berhenti menghina yang mana perkara itu hanya akan memberi tekanan kepada pelakon itu dan akan membuatkan dia lebih parah.
Diharapkan Iqram Dinzly dalam keadaan baik-baik sahaja. -BeritaMemey
Sumber: mStar
0 comments:
Post a Comment