Setelah Pengakuan Elyana Tak Minum Pamoga, Ini Respon Balas DS Vida


Penaja utama Gegar Vaganza iaitu Datuk Seri Vida dikatakan telah memerli Elyana di atas pentas semalam.

Semalam, secara live, Dato Seri Vida telah bertanya kepada Lan Kristal yang mengalami penyakit buasir, adakah benar dia minum Pamoga dan jangan berbohong di atas pentas.

Lan kemudian menjawab, dia tidak mengambil minuman Pamoga. DS Vida kemudian berkata, kalau tak minum jangan menipu dan dia tidak pernah memaksa mana mana pihak untuk minum Pamoga.

Ini seperti mengaitkan dengan Elyana yang sebelum ini mengaku berbohong ketika di depan TV mengatakan dia minum Pamoga walhal  Elyana kemudiannya mengaku tidak mengambil Pamoga dan mengatakan minuman kesihatan itu tidak sesuai dengan kanser.

DS Vida telah menafikan kenyataan dibuat pada siaran langsung musim keempat, Gegar Vaganza (GV4) yang dikatakan ditujukan kepada bekas peserta program realiti itu, Elyana.

Vida memberitahu, dia tidak terasa hati dengan perkongsian 'live' Instagram dibuat Elyana yang menafikan dirinya mengamalkan produk Pamoga yang diasaskannya.

Ini penjelasan DS Vida:

"Apa yang berlaku adalah secara spontan dan bukanlah dengan niat untuk perli mana-mana pihak. Saya tidak mahu dianggap memaksa sesiapa menggunakan produk saya pula.

"Bagaimanapun, saya tidak terasa hati dengan kejujuran yang dibuat Elyana baru-baru ini, jauh sekali untuk menyimpan dendam. Saya memohon maaf andainya ada kata-kata saya mengguris perasaan Elyana.

"Saya memahami keadaannya... Dia hanya cuba menjelaskan supaya tidak timbul kekeliruan. Insya-Allah, saya ada perancangan bersama Elyana,"

Itulah penjelasan dari DS Vida tentang isu ini. Mungkin ada salah faham sahaja yang berlaku.

Sebelum ini agak kecoh apabila Elyana melalui aplikasi 'Facebook Live' meminta mana-mana pihak tidak mengaut keuntungan mudah selepas dia mengumumkan menghidap kanser limfoma tahap empat.

Kemudian melalui aplikasi live di Instagram pula, penyanyi Kalis Rindu ini menyatakan dia tidak mengambil mana mana minuman kesihatan termasuk Pamoga yang diterimanya.

Dalam video itu, Elyana akui terpaksa menipu dan mengaku minum Pamoga kerana ingin membantu penaja tersebut.

Sumber: Berita Harian

0 comments:

Post a Comment