"Fattah Jantan Dayus, Tak Reti Ajar Isteri" - Haters Kecam Pakaian Singkat Fazura


Sekarang ini rata-rata bercerita tentang pasangan bari berkahwin iaitu Fattah Amin dan Fazura.

Pasangan sensasi ini sering menjadi tumpuan lensa media dan orang ramai. Setiap perbuatan, gambar dan juga videonya sering menjadi topik hangat.

Semalam, satu lagi isu panas telah timbul. kali ini berkaitan dengan pemakaian isteri Fattah Amin itu yang dikatakan agak terdedah dan singkat.

Baru-baru ini Fazura telah terbang ke Indonesia untuk mempromosikan filem terbaru lakonannya iaitu Ayat-Ayat Cinta 2.

Filem romantis ini bakal ditayangkan di Indonesia pada 21 December manakala di Malaysia, Brunei dan Singapura pada Januari tahun depan.

Memang ramai tertunggu-tunggu filem ini yang menggandingan pelakon hebat dari dua negara iaitu Indonesia dan Malaysia.

Fattah Amin nampaknya turut hadir memeriahkan majlis promosi filem lakonan isterinya itu.

Ketika majlis berkenaan pakaian Fazura dikatakan kurang sesuai dan terdedah berbanding dengan pakaiannya ketika baru balik Umrah, bertunang dan bernikah tempoh hari.

Pada malam tayangan perdana filem Ayat-Ayat Cinta 2, Fazura memakai pakaian berwarna hitam paras lutut.

Mungkin kerana bahagian kaki yang terdedah sehingga menampakkan lutut, orang  ramai memberi respon negatif dan mengecam Fazura.

Fattah Amin turut menjadi mangsa apabila netizen terutama para haters pasangani ni yang mendakwa Fattah Amin seorang suami yang dayus kerana tidak menegur cara pemakaian isterinya itu.

Di ruangan komen pasangan ini dihujani dengan teguran-teguran, pelbagai kritikan dan komen negatif.

Ini antara komennya:

@noorfatie Terdedah sangat, baju atas lutut bayangkan. Pakaian menjolok mata sangat at least pakai la jeans ke, kalau duduk nmpk kepala lutut

@cheino21 Nampak kepala lutut fazzz... sian fatah n fmly... baru ke balik umrah

@ana_surihan Lihat tu so sweet tapi ....x menutup Aurat lar

@hunny_rose Fattah tak jelous ke kongsi aurat isteri dengan khalayak

@pussin.m Fattah tak tegur isteri ke

@makeup.murah93 Fattah memang suami dayus. Beza sungguh cara pemakaian adik beradik dan ibu dia. Apa punya bini pakai macam tu lepas balik Umrah.

Ini komen paling mencuri perhatian:

"Tudung mana tudung, jantan dayus tak reti ajar isteri. Pergi umrah bagai tapi perangai macam ni, kesian."

Itulah komen orang ramai dan haters yang menyerang Instagram Fattah Amin dan Fazura.

Janganlah begitu, pasangan ini baru berkahwin, doakan sahaja yang baik-baik buat mereka. Moga nanti pasangan ini akan berhijrah dan menajdi lebih baik pada masa akan datang.

Sumber: OhBulan / IG Fattah Amin

0 comments:

Post a Comment