Komen Balas Mawar Rashid Tentang Tindakan Menari Sakan Di Majlis Perkahwinan
Baru-baru ini pelakon Mawar Rashid dan suaminya telah mengadakan satu majlis resepsi perkahwinan.
Ramai yang hadir di majlis yang berlangsung dengan amat meriah itu.
Antara yang menarik perhatian ramai adalah kek perkahwinan tergantung yang direka khas oleh abang kepada Raf Yaacob iaitu Datuk Fazley Yaacob.
Selain kek perkahwinan, satu lagi isu yang menjadi viral ialah tarian Mawar Rashid ketika majlis respsi mereka itu.
Mawar Rashid diringi oleh dua orang penari telah membuat persembahan di majlis tersebut yang mana videonya menjadi viral.
Ada pihak yang telah mengkritik Mawar Rashid kerana membuat persembahan tarian secara terbuka di majlis perkahwinannya.
Oleh kerana ramai yang mengkritik, akhirnya Mawar tampil memberi kenyataan balas.
Mawar berkata tindakannya menari pada majlis resepsi perkahwinannya sebagai bukannya perbuatan yang salah.
Namun begitu, Mawar sedar tidak semua pihak boleh menerima sesuatu perkara dilakukannya namun dia tetap dengan pendiriannya kerana niatnya hanya ingin meraikan hari bahagia bersama suami.
Ini respon balas Mawar:
"Bukan semua yang kita lakukan orang dapat terima, itu perkara biasa. Saya percaya apa saya lakukan dan tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk menyokongnya.
"Tambahan pula tidak salah saya nak menari pada majlis perkahwinan saya dan suami, lagipun malam itu kami ingin meraikan hari bahagia dan mahu semua orang gembira.
"Takkan hendak bersedih pula. Betul atau salah, saya tetap dengan pendirian saya,"
"Dah lama saya bayangkan hendak menari di majlis persandingan sendiri dan setiap langkah tarian itu juga saya reka sendiri mengikut kesesuaian.
"Kalau sesiapa mengikuti perkembangan karier saya, mereka tahu memang saya gemar menari,"
Sementara itu, suami Mawar iaitu Raf Yaakob berkata, perkara itu tidak sepatutnya diperbesarkan kerana tarian yang dilakukan itu tidak melampaui batas.
"Ia hanya tarian biasa sahaja dan tidak sepatutnya menjadi isu pun. Tapi segala komen negatif netizen tidak memberi kesan kepada kehidupan kami"
Raf dan Mawar berkahwin bernikah pada 9 November lalu selepas empat bulan mengikat tali pertunangan.
Majlis resepsi pula dibuat pada 1 Disember yang lalu di Sime Derby Convention.
Video tarian Mawar itu telah dimuat naik pelakon Uqasha Senrose mendapat perhatian ramai dan ditonton lebih sejuta kali.
Ramai merasakan Mawar sebagai wanita tidak patut menari di hadapan khalayak ramai.
Sumber: mStar
0 comments:
Post a Comment