Bos Besar Beri Respon, Awie Tampil Komen Isu Perbalahan Lan Dan Kumpulan Kristal



Lan merupakan antara peserta Gegar Vaganza musim keempat. Setelah menyertai Gegar Vaganza, ahli kumpulan Kristal mengumumkan mencari penyanyi baru sekaligus menjadi tanda tanya orang ramai.

Setelah isu ini timbul, akhirnya Lan mengumumkan untuk undur diri dari kumpulan Kristal ekoran perbalahan yang melanda.

Persengketaan yang berlaku antara  Lan dengan ahli kumpulan yang lain nampaknya memberi impak juga  kepada penyanyi Wings iaitu Awie.

Untuk pengetahuan, Awie merupakan orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan kumpulan Kristal sehingga menjadi penyanyi kumpulan rock yang amat popular sehingga hari ini.

Awie tampil memberi komen tentang kejadian yang melanda ini.

Kata Awie, perkara tersebut merupakan lumrah bagi penyanyi berkumpulan seperti Kristal namun penyanyi ini menasihati Kristal, segala masalah seharusnya diselesaikan secara baik sesama mereka.

Ini komen Awie:

"Saya selalu berpegang kepada perkara ini, jika tidak diselesaikan secara baik dari peringkat awal, memang akan berlarutan macam ni. Ada masalah sesama anggota, jangan sesekali libat orang luar.

"Maklumlah orang luar ramai yang jadi ‘tukang cucuk’ yang akhirnya membawa kepada kemusnahan. Kalau berjumpa bertemu mata, itu lebih baik.

"Luahkan apa sahaja rasa ketidakpuasan hati secara terus. Setelah itu, pandai-pandailah membawa diri"

Kata Awie, semua  ahli kumpulan Kristal sepatutnya duduk berbincang sesama mereka dan tidak memendam rasa.

Jika terlalu memendam perasaan ianya hanya akan  mengeruhkan lagi keadaan.

Awi juga merasakan kesemua mereka sudah hebat dalam bidang masing-masing dan mengingatkan supaya jangan sesekali memburukkan orang lain.

Ini pesanan dari Awie lagi:

"Kalau ada masalah kena suarakan terus. Jangan pendam terlalu lama, kalau ‘meletus’ segala benda akan diceritakan.

"Kalau ini jalan terbaik, bawalah jalan masing-masing tapi jangan sesekali burukkan orang lain. Saya sendiri sudah berpengalaman berhadapan dengan isu macam ni

"Lan mampu pergi jauh sebagai penyanyi solo memandangkan dia juga sudah berpengalaman luas. Ahli Kristal yang lain pula merupakan pemuzik yang hebat, mereka perlu mencari vokalis baharu yang mampu membawa kesinambungan kepada perjalanan berkumpulan. 

"Masing-masing sudah dewasa dan tahu apa yang dilakukan. Kalau ini jalan terbaik, belajarlah erti perpisahan"

Itulah komen dari Awie tentang isu ini.

Jika diimbas kembali, nama Kristal menjadi fenomena ketika 18 tahun yang lalu.

Ayah kepada gitaris Rody dikatakan telah menghantar demo lagu kepada Awie. Vokalis Wings itu kemudian terpikat dengan bakat kumpulan Kristal setelah melihat mereka beraksi secara live.

Awie kemudian telah mendidik kumpulan Kristal.

Sumber: Utusan / MynewsHub

0 comments:

Post a Comment