(VIDEO) Nabil Ahmad Bahan Ude, Suami Izreen Azminda Di Gegar Vaganza
Gegar Vaganza musim ke empat telah pun berakhir. Penyanyi Aishah telah dinobatkan sebagai juara setelah menewaskan peserta lain.
Tempat kedua dimenangi oleh Liza Hanim manakala tempat ketiga diduduki oleh Lan Kristal yang kini mahu dikenali sebagai Lan Solo.
Sementara itu, Hazami, Firman dan Tia Jinbara masing-masing menduduki tempat ke empat, kelima dan juga ke enam.
Pengacara Nabil Ahmad dan juga Jihan Muse sememangnya telah berjaya memeriahkan final Gegar Vaganza dengan celotehnya yang amat kelakar.
Di final Gegar Vaganza itu juga, di awal rancangan, sebaik sahaja memperkenalkan para juri, Nabil dilihat telah membahan Ude Wahid, iaitu suami kepada Izreen Azminda.
Nabil berkata Gegar Vaganza kini sudah masuk musim ke empat dan 'keluarga' rancangan ini semakin besar.
Kemudiannya Nabil memperkenalkan Ude sebagai pemuzik Gegar Vaganza dan berkata Ude sudah tentu setuju dengan kenyataan "keluarga semakin besar" ini.
Ini komen Nabil:
"Tuan-tuan dan puan-puan, kita sudah masuk musim ke empat, maka keluarga Gegar Vaganza bertambah ramai, bertambah besar, sama macam hos kita, makin hari makin besar, dalam kes kau (Jihan) bertambah melebar."
"Sebelum itu kita beri tepukan dulu kepada band yang akan iringi persembahan peserta kita, yang diketuai oleh Ude dan the dara... ya tepukan untuk Band Leman.
"Sebut pasal keluarga bertambah tadi, Ude pasti setuju dengan apa yang saya cakap tadi kan Ude.. makin besar keluarga Gegar Vaganza.."
Ini videonya:
Lawak secara sepontan Nabil itu, mendapat sorakan gemuruh dari para penonton di dalam studio yang berlangsung secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor.
Reaksi Ude ialah hanya mampu tersenyum sahaja mendengar celoteh dari Nabil Ahmad tentang perkara berkenaan.
Untuk pengetahuan, Ude telah berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda sebagai isteri kedua.
Kisah perkahwinan mereka berdua menjadi viral beberapa minggu yang lalu dan hangat diperkatakan ramai.
Sumber: Gegar Vaganza / Berita Memey
0 comments:
Post a Comment