"Dia tak rampas suami orang" - Respon Rita Rudaini Tentang Kawan Baiknya, Izreen Azminda

 
Pelakon jelita Rita Rudaini dan Izreen Azminda merupakan kawan baik.

Apabila Izreen Azminda berkahwin sebagai isteri kedua,  ramai yang turut menyerang Rita Rudaini di laman media sosial.

Setelah diserang bertubi-tubi, akhirnya Rita Rudaini tampil memohon agar dia tidak terus dipersalahkan setelah rakannya itu memilih jalan untuk berpoligami.

Menurut Rita Rudaini, walaupun sebagai kawan baik, bukanlah hak dia  untuk campur tangan dalam urusan peribadi Izreen yang telahpun menjadi isteri kedua kepada seorang pemuzik bernama Ude.


Rita Rudaini juga berharap orang ramai menghirmati hak peribadi Izreen Azminda


Ini komen Rita Rudaini: (Sumber: Utusan)

"Tolong jangan terus menyerang saya di laman sosial kerana perkahwinan dia.

"Saya tidak masuk campur dalam keputusan Izreen yang memilih jalan untuk berkahwin dengan suami orang.

"Cuma sebagai kawan, kami hormati hak peribadi Izreen dan mendoakan dia bahagia dan dapat membantu suaminya berlaku adil dalam kehidupan berpoligami,"

Selepas berita Izreen Azminda berkahwin dengan suami orang menjadi buah mulut orang ramai, Rita Rudaini turut terkena tempiasnya dan menjadi mangsa kemarahan di laman sosial.

Ini kerana Rita Rudaini amat rapat dengan Izreen Azminda.

Namun begitu, kata Rita Rudaini, dia sudahpun memberikan nasihat kepada Izreen sebelum ini.


Dan kata Rita Rudaini dalam hal Izreen ini, dia bukan perampas malah dia bermadu. Rita menasihatkan orang ramai supaya jangan mengentam Izreen.

Ini komen Rita Rudaini lagi: (Sumber: Utusan)

"Saya pun ada beri nasihat, jangan merampas hak orang lain. Tetapi dalam keadaan sekarang Izreen bermadu, dia tidak merampas suami orang.

"Jika dia dapat menjalani tanggungjawab sebagai isteri dengan baik, kita sendiri tidak perlulah mengutuk atau menghamun beliau kerana itu adalah jodoh yang telah tersurat buat dirinya.

"Sebagai kawan saya harap Izreen dapat melalui episod bermadu dengan tabah dan dapat menjaga hati isteri pertama dengan sebaik mungkin dan sentiasa mementingkan perasaan orang lain.

"Saya percaya kehidupan bermadu banyak masalah, tetapi ia akan jadi manis kalau kita pandai kendalikan dengan baik,"

Itulah kenyataan dari rakan baik Izreen Azminda iaitu Rita Rudaini tentang perkahwinannya dengan pemuzik bernama Ude.

© BeritaMemey

0 comments:

Post a Comment