Syura Alami Penyakit Pelik, Datuk Fadzilah Kamsah Pun Perasan, Kena Buatan Orang Ke?


Minggu lepas, penyanyi cantik Syura telah tersingkir di konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim.

Sayang betul, satu langkah sahaja lagi untuk melayakkan diri ke peringkat akhir Gegar Vaganza, tapi tidak mengapa, itulah yang dikatakan tiada rezeki namanya.

Setelah tersingkir, melalui satu temubual, Syura Badron mendedahkan dia juga menghidap penyakit yang pelik.

Katanya, dia alami penyakit misteri yang mulanya disangkakan penat biasa sejak beberapa bulan lalu.

Namun kata Syura, dia menjadi semakin risau apabila ramai orang terdekat menegur bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.

Meskipun tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara bukan-bukan, penyanyi terbabit mengakui ada perkara pelik berlaku padanya.

Lagi membuatnya risau, Datu Fadzilah Kamsah turut menegurnya tentang hal itu.

Ini pendedahan Syura:

"Saya perasaan dalam beberapa minggu ini suara saya pandai hilang pada waktu pagi. Kepala migrain secara tiba-tiba selain badan kebas sebelah.

"Saya sebenarnya tidak mahu fikir bukan-bukan. Namun saya tiba-tiba naik risau selepas terserempak dengan Datuk Fadzilah Kamsah beberapa minggu lalu.

"Dia serta merta bertanyakan keadaan saya sama ada saya ada mimpi buruk, sengugut, ataupun sakit lain. Dia juga katakan seram apabila melihat saya"

Syura memberitahu dia mula alami penyakit pelik itu ketika  merakam lagu di negara jiran, Indonesia sekitar September yang lalu.

Walaupun dinasihatkan berjumpa pakar untuk merawat penyakit itu, kesibukannya ketika bertanding dalam Gegar Vaganza 4 (GV4) menyebabkan Syura tiada masa untuk mendapatkan rawatan.

Ini jelasnya lagi:

"Disebabkan penyakit itu, berat badan saya susut sebanyak 12 kilogram sebaik menyertai GV4. Apabila membuat persembahan pun saya tidak pernah berpeluh habis seperti mana kamu lihat saya di pentas.

"Saya ada perancangan untuk pergi bertemu pakar dan berubat. Bagaimanapun belum ada masa sesuai"

Syura tersingkir daripada GV4 di peringkat separuh akhir selepas mendapat markah terendah.

Nyanyian Syura dikatakan ada flat oleh Ramli MS dan juga Hetty Koes Endang.

Datuk Tarmimi pula mengatakan Syura nyanyi terlalu berhati-hati sehingga kurang 'feel' lagu tersebut.

Mungkinkah penyakit ini punca Syura gagal menyanyikan lagu dengan baik?

Apapun, enam peserta telah layak ke final program realiti, mereka ialah Hazami, Liza Hanim, Aishah, Firman, Tia Jinbara dan Lan Solo.

Semoga Syura sihat-sihat sahaja selepas ini. Cepat cepatlah dapatkan pandangan dari mereka yang pakar tentang bab penyakit misteri ini.

Sumber: Harian Metro

0 comments:

Post a Comment