(VIDEO) Persembahan Tarian Neelofa Di Malam Gala Naelofar Hijab
Siapa yang tak kenal dengan nama Nor Neelofa yang merupakan nama besar di industri seni tanah air. Selain hebat berlakon dan pengacara, Nor Neelofa juga hebat berniaga.
Nor Neelofa merupakan pengasas tudung popular di Malaysia iaitu Naelofar Hijab. Jenama tudung ini sememangnya terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia.
Ada laporan mengatakan laporan ini amat popular dan mendapat sambutan hangat di seluruh pelosok dunia termasuk Amerika Syarikat dan juga Singapura.
Kejayaan jenama tudung milik Neelofa ini sehinggakan penjualannya mencecah RM200 juta, wow satu angka yang amat besar!
Malah kerana kehebatan Neelofa berniaga tudung Naelofar Hijab ini, pihak Air Asia telah melantiknya menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, satu kejayaan yang amat hebat buat Neelofa.
Oleh kerana kejayaan hebat tudung Naelofar Hijab, satu majlis sambutan meraikan para peniaga tudung ini telah dibuat
Malam tadi (semalam) telah berlangsung nya Malam Gala Naelofar Hijab yang buat kali pertama diadakan oleh pihak Naelofar Hijab.
Majlis penuh meriah ini di adakan di sebuah hotel bertaraf 5 bintang iaitu JW Marriot Hotel Kuala Lumpur.
Majlis itu dikatakan mengambil tema "Arabian Night" dan khabarnya hanya dihadiri kenalan rapat dan ahli keluarga pelakon jelita Neelofa termasuk para peniaga.
Paling menarik perhatian ramai pada malam itu adalah persembahan tarian oleh Neelofa.
Ini video nya, jom layan:
Neelofa menari tarian Arab dan mendapat sorakan gemuruh dari para hadirin.
Wow! Memang amat meriah sekali! Memang comel betul Neelofa menari. Tak sangka Neelofa ada bakat terpendam, pandai menari.
Dari pihak Berita Memey, kami ucapkan jutaan tahniah buat Neelofa kerana berjaya dalam kerjayanya, sebagai selebriti dan juga sebagai ahli perniagaan.
Sumber: Oh Bulan
0 comments:
Post a Comment