Alamak..Ini Pengakuan Mengejutkan Ruhainies Yang Ternyata Telah 'Friend Zone' Azrel Ismail

"Saya Anggap Kawan" - Alamak..Ini Pengakuan Mengejutkan Ruhainies 'Friend Zone' Azrel Ismail



Banyak kisah telah mengaitkan pelakon jelita Ruhainies dengan seorang lagi pelakon iaitu Azrel Ismail.

Memang banyak gambar mereka bersama dan gosip semakin hangat diperkatakan.

Namun menerusi satu temu bual, Ruhainies telah membuat satu kenyataan yang mana dia akui bahawa Azre dalam kelompok 'friend zone' sahaja.

Pelakon yang juga adik kepada Risteena ini sukar untuk menerima Azrel sebagai kekasih atau pasangan hidup.

Ini komen dari Ruhainies:

"Sejujurnya kalau saya bercinta (dengan Azrel) saya akan beritahu... tapi sebenarnya tidak.


"Dia dalam friend zone saya sebab dah anggap kawan. Dia juga sudah tahu (perasaan saya). Saya dah cakap pada dia,"


"Azrel mempunyai perilaku yang baik, dia juga seorang yang gentleman.


"Dia sangat baik, jadi dia layak dapat wanita yang lebih baik,"


"Saya risau gosip sekarang, entah nanti saya kahwin dengan orang lain macam mana?


"Tapi sejujurnya saya tak sedia lagi untuk berkahwin sebab nak fokus kepada kerjaya.  Bulan Julai nanti baru genap dua tahun saya berada dalam industri... baru sangat,"


Ruhainies mengenali Azrel sejak 2015 apabila digandingkan menerusi drama Si Montel.

"Air Mata Berderai, Saya Akur Muka Tak Boleh Masuk TV..." - Luahan DS Vida Kepada Program Mentor

"Air Mata Berderai, Saya Akur Muka Tak Boleh Masuk TV..." - Luahan Dato Seri Vida


Jutawan kosmetik iaitu Dato Seri Vida telah meluahkan rasa kecewanya kepada satu program di TV3.

DS Vida ternyata kecewa dengan program realiti tv, Mentro Milennia TV3 kerana tidak mempromosikan produknya dengan baik walhal DS Vida menaja rancangan tersebut.

Ini komen DS Vida:

"Air mata berderai-derai, saya pening beria-ia

"Amik darah tadi, Darah tinggi naik 184 setelah satu jam.

"Saya buat kerja dengan jiwa.

"Saya taja Mentor Milenia sebab nak promote produk saya, tapi sebut hanya mula dan akhir.

"Itu pun paksa

"Tiada muka saya pun tak apa. Saya tak cakap pun tak apa.

"Saya faham, saya akur. Muka saya tak boleh masuk tv. Products tak boleh masuk tv. 

"Tak boleh cakap apa pun, saya takpe. Tapi kalau nak sebut products pun berkira, apa nama menaja?

DS Vida dilihat sebak dengan perkara berkenaan dan teresak ketika berbicara tentang perkara berkenaan.

Usahawan ini juga akui pening dan tekanan darahnya dikatakan agak tinggi.

Semoga DS Vida sentiasa menjaga kesihatannya dan menjaga tekanan darahnya agar tidak menghidapi Hypertension.

...................................................

WHAT IS HYPERTENSION?

Hypertension (High Blood Presure) is persistent elevation of systolic BP of 140mmHg or greater and/or diastolic BP of 90 mmHg or greater.

For your information, Hypertension is regard as a silent disease; the majority of cases (61%) in the country remain undiagnosed. 

Therefore, blood pressure should be measured at every chance encounter, especially you are going to general clinic, or medical check up.

Untreated or uncontrolled hypertension may leads to increased cardiovascular, cerebrovascular and renal morbidity and mortality.

Healthy lifestyle changes should be recommended for all individuals with hypertension or high risk of hypertension.

Ini Komen Sentap Shila Amzah Apabila Tak Tercalon Dan Dijemput Ke AME2017

Ini Komen Sentap Shila Amzah Apabila Tak Tercalon Dan Dijemput Ke AME2017


Anugerah Meletop 2017 (AME 2017) masih lagi menajdi bualan hangat.

Kali ini ada kaitan dengan penyanyi Shila Amzah yang berada di negara China.

Shila Amzah telah meluahkan rasa terkilannya kerana tidak dijemput ke AME2017.

Namun ketika majlis berlangsung, lagunya, Selamanya Cinta dinyanyikan oleh, Hafiz Suip dan Siti Nordiana pada malam itu.

Ini komen Shila Amzah:

“Tidak tercalon, tidak dijemput, tak mengapa. Saya gembira lagu saya ada dimainkan di anugerah tersebut. Saya penyanyi kelahiran Malaysia, mungkin rezeki saya di negara luar, pengiktirafan orang luar kasi. Takde hal la,”

Ini tweetnya:



Hafiz dan Siti Nordiana menyanyikan lagu medley termasuk lagu Shila Amzah, Selamanya Cinta, nyanyian asal Alif Satar dan Shila Amzah bagi drama Suri Hati Mr Pilot

Selain Shila Amzah banyak lagi artis popular yang tak tercalon.

Namun ini adalah anugerah hasil undian penonton maka segalanya bergantung kepada undian.

Ini Pengumuman Anak Tiri Siti Nurhaliza, Adib Sahkan Bakal Nikahi Izara Aishah

Ini Pengumuman Anak Tiri Siti Nurhaliza, Adib Sahkan Bakal Nikahi Izara Aishah 



Adib Khalid dan pelakon jelita Izara Aishah sememangnya terkenal sebagai apasngan kekasih.

Menerusi satu temubual, Adib telah memberitahu bahawa mereka berdua bakal bernikah dan menjadi pasangan suami isteri pada tahun ini.

Untuk pengetahuan, Adib merupakan anak Dato K iaitu anak tiri Datuk Siti Nurhaliza.


Berita ini dikongsi oleh Adib kepada wartawan harian Metro baru baru ini namun dia enggan berkongsi lebih lanjut mengenai tarikh rasmi termasuk butiran majlis perkahwinannya.

Ini komen penuh dari Adib:

“Ya, kami akan berkahwin tahun ini. Cuma buat masa sekarang saya belum boleh berkongsi lebih lanjut.

“Insya-Allah kalau sudah ada keputusan muktamad dibuat, saya akan menghebahkannya kepada semua.

“Kami masih dalam perbincangan. Apabila tiba masanya, saya akan kongsikan berita gembira ini,”


Izara Aishah merupakan pelakon popular manakala Adib pula merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios.

(TERBONGKAR) Bukan Malique, Ini Pendedahan Sebenar Wajah Orang Disebalik Topeng Ini

Bukan Malique, Ini Pendedahan Sebenar Wajah Orang Disebalik Topeng Ini


Pada persembahan Anugerah MeleTop Era 2017 hujung minggu lalu, antara poin yang menjadi bualan ramai adalah kemunculan semula Malique di atas pentas.

Malique merupakan salah seorang ahli kumpulan Too Phat yang sudah lama tidak muncul ke kaca tv.

Di katakan sudah 11 tahun penyanyi rap ini tidak muncul di mana-mana anugerah dan juga secara live.

Apabila Malique di katakan membuat kemunculan semula di Anugerah MeleTop Era yang lalu, ramai yang teruja dan excited.

Namun, ketika Malique membuat persembahan, wajahnya tertutup dan tidak kelihatan.

Ramai yang tertanya-tanya adakah itu Malique.

Akhirnya pihak Astro sudah jelaskan bahawa itu hanya gimik dan bukan Malique yang berada di atas pentas membuat persembahan bersama Dayang Nurfaizah.

Itu hanyalah suara yang direkod sahaja.

Tetapi siapakah lelaki bertopeng yang menyamar menjadi Malique itu

Menerusi satu perkongsian Facebook, lelaki berkenaan adalah juara "Lawak Solo" iaitu Danial.

Ini gambarnya:




Luahan Hati Yusry KRU Kepada Isterinya, Lisa Surihani Setelah Selamat Lahirkan Anak Kedua

Luahan Hati Yusry KRU Kepada Isterinya, Lisa Surihani Setelah Selamat Lahirkan Anak Kedua


Yusry dan Lisa Surihani selamat menerima anak kedua 2 hari yang lalu.

Mereka berdua menerima anak lelaki pada kali ini dan kedua-dua ibu dan bayi terbabit dalam keadaan yang sihat walafiat.

Yusry ada membuat pengumuman tentang kelahiran anak kedua bersama Lisa Surihani itu di laman sosial miliknya.

Pada hari ini, Lisa Surihani telah mendedahkan sekeping kad yang terdapat luahan hati suaminya.

Ini luahan hati Yusry KRU kepada Lisa Surihani.

To my dear wife,

My love, you have given me what no one has never given. Our two wonderful children, our princess and our new prince. And true to all the Disney movies that you enjoyed watching throughout this pregnancy, there’s always a queen and a true love in them. You are all of them rolled into one. Thank you for making my life a dream come true and a beautiful fairy tale….and the lived happily ever after.

24/4/17 Your loving husband



Sememangnya ucapan ini membuatkan ramai peminat Lisa Surihani mengataakn tindakan Yusry ini sebagai amat sweet.

Pelbagai komen positif diberikan oleh para peminat pasangan ini di ruangan komen yang kebanyakkannya memuji tindakan Yusry itu.

Apapun tahniah sekali lagi buat Yusry dan Lisa Surihani di atas kelahiran anak kedua mereka.

Setelah Lama Berdiam Diri, Ini Komen Panas Dato Aliff Syukri Apabila Dato Seri Vida Bercerai

Setelah Lama Berdiam Diri, Ini Komen Panas Dato Aliff Syukri Apabila Dato Seri Vida Bercerai



Baru-baru ini, jutawan kosmetik, Dato Seri Vida sah bercerai dengan suaminya Fairuz.

Penceraian ini sememangnya mengejutkan ramai pihak apatah lagi melihat kebahagiaan mereka di laman sosial dan juga di rancangan realiti tv.

Namun ternyata perkahwinan mereka berdua gagal diseleamatkan.

Apabila bercerai, Dato Aliff Syukri, rakan kepada Dato Seri Vida ada menulis memberi pendapatnya tentang pencerai rakannya ini.

Jom baca nukilan dari Dato Aliff Syukri:

Aku nak bahagia!! Semua orang kahwin semua nak bahagia dan kekal. Kesian sahabat saya ni..semoga kakakku tabah.

Saya tengok, ramai mengencam beliau, kisah rumah tangga beliau saya hanya mampu melihat sebagai seorang sahabat saya doakan yang terbaik.


Hakikatnya saya tahu apa yang berlaku sebelum ni lagi. Ye lah kawan lama saya, yang saya selalu kongsi hal bisnes dan family dari 10 tahun lepas.

Kepada yg tak mengenalinya mngkin boleh menghukum dan mengecam tetapi tidak pernah terfikir ditempat beliau.


Bukan senang menjadi bisnesmen atau wonen yang sentiasa dilihat masyarakat sebab kami bukan artis, kami usahawan.

Saya yakin kalau saya ditempat dia emosi kalau tak stabil boleh jadi gila, duit bukan pengukur kebahagiaan.

Bagi saya walau sehebat mana pun seorang wanita itu, dia juga hanya la insan biasa seperti wanita lain, mahukan seorang teman disampingnya sehidup semati. 

Dapat berkongsi susah senang bersama walau pun hakikatnya dia seorang jutawan yang boleh berdiri di atas kaki sendiri tapi sekarang ni susah nk jumpa org yg betul-betul ikhlas.
 

Kebanyakannya suka mengambil kesempatan jer.

Semoga tabah kakakku memperjuangkan industri kosmetik ini walapun bak cendawan tumbuh selepas hujan #pesanansahabat

Itulah nasihat dan pesanan dari seorang sahabat.

Katanya memang sukar nak mencari pasangan hidup yang jujur kerana kebanyakkan suka mengambil kesempatan.

Apapun semoga DS Vida berjaya mencari kebahagiaan sendiri terutama pasangan hidup.

5 Perkara Merepek Di Anugerah MeleTop Era 2017 Yang Buat Ramai Menyampah

5 Perkara Merepek Di Anugerah MeleTop Era 2017 Yang Buat Ramai Menyampah



Ahad lalu, Anugerah MeleTop Era 2017 telah berlangsung dengan meriah.

Namun masih ada beberapa perkara yang membuatkan ramai penonton kecewa dengan rancangan tersebut.

Ini antara 5 perkara tersebut dari laporan portal hiburan OhBulan.

Jom baca:

Adegan Pegang Tangan Ayda Jebat, Johan & Nabil

Ada satu momoen di mana Ayda bersama para pengacara di atas pentas. Yang membuat orang ramai menyampah adalah apabila Johan dan Nabil secara sahaja memegang tangan Ayda.

Malah Ozlynn isteri kepada JOhan juga ada di atas pentas. Ini memberi impak negatif yang membuat ramai menyampah.

Ini antara komen dari penonton:




Baju Neelofa Yang Aneh

Neelofa selalu dikecam di AME kerana fesyennya yang selalu merepek. Pada tahun ini, Neelofa sekali lagi buat hal dengan bajunya.

11 Foto baju Neelofa boleh dilihat DISINI.

Pakaiannya dengan tshirt dan berlengan pendek memang merepek. Haha

Ini komen para penonton:





Propa Malique Ada Tapi Tak Live

Ramai yang terkejut apabila penyanyi Malique dilihat membuat persembahan secara langsung di televisyen. Memang lama penyanyi ini tak buat persembahan di TV.

Rupa-rupanya tidak ada Malique pun di atas pentas. Hanya suara rakaman jer.




Neelofa Fattah Menang Besar, Ramai Haters Tak Puas Hati

Lofattah dilihat menang besar pada malam itu. Namun seperti biasa, ada haters yang tak suka dan boring dengan kemenangan mereka berdua.

Ini komen penonton:



Ending Bosan

Rancangan ini berakhir dengan perkataan hambar dan bosan, itulah antara kata-kata dari para penonton.

Ini komen mereka:


Apapun itu pandangan dari sesetengah para penonton. Ada juga yang gembira dengan rancangan anugerah ini. Ikut taste masing-masing la ye.

(11 FOTO) Ketiak Basah, Baju Lengan Pendek Neelofa Di AME2017 Dikecam Hebat, Ini Responnya

(11 FOTO) Baju Lengan Pendek Neelofa Di AME2017 Dikecam Hebat, Ini Responnya


Hari Ahad yang lalu Anugerah MeleTop Era 2017 berlangsung dengan meriah sekali.

Pengacaranya ialah Neelofa, Nabil dan Johan Raja Lawak.

Neelofa telah mencuri tumpuan apabila hanya memakai baju dengan lengan pendek sekaligus mengelirukan ramai penonton termasuk peminatnya.

Ada yang mengecam hebat pemakaian Neelofa itu yang dikatakan tidak sesuai dan tak cantik.

Padanan T-Shirt lengan pendek dan skirt labuh itu nampak serba tidak kena.

Baju ini merupakan rekaan Fizi Woo yang bertemakan young and chic.

Ini komen Neelofa: (MediaHiburan)

"Ketika saya menghadiri salah satu pertunjukan fesyen di Paris, ini adalah antara koleksi dari Dior.

"Saya memang sukakan baju ini kerana ia menepati apa yang saya mahukan.

"Saya tahu gabungan casual and glam belum ada yang buat sebab kita sudah biasa dihidangkan dengan busana yang lip lap (berkilauan) dan glamour.

"Jadi saya gayakan sesuatu yang unexpected dan saya terima apa sahaja orang komen.

"Apa yang penting, saya suka dan saya happy,"


Sebelum ini, Neelofa pernah dua kali menjadi viral apabila mengenakan baju seperti Power Ranger dan juga seperti sotong.

Selain itu, ada juga yang bergurau bahawa ketiak Neelofa basah. Neelofa dengan secara terbuka akui ketiaknya dan juga Nabil memang basah ketika mengacarakan majlis tersebut.

"Nabil suka kacau, so Lofa buli dia balik, ketiak kami memang basah"

Pada AME tahun ini, Neelofa berjaya memenangi Hos MeleTOP dan Program MeleTOP serta memenangi kategori utama iaitu Top Top MeleTOP (Wanita).

Ini baju Neelofa pada malam itu:











Isu Hina Nama Ayah Watson Nyambek Bunyi Kambing, Ini Respon Zed Zaidi

Isu Hina Nama Ayah Watson Nyambek Bunyi Kambing, Ini Respon Zed Zaidi



Memang mengejutkan ramai apabila pengacara Ammar Titan yang mempersendakan nama bapa bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek dengan bunyi kambing.

Ramai yang tertanya-tanya apa tindakan dari Persatuan Seniman Malaysia yang diterajui oleh Zed Zaidi.

Hari ini, Zed Zaidi tampil meberi respon dan berhasrat mengambil tindakan terhadap artis itu.

Pihak Seniman akan menyiasat perkara berkenaan dan tindakan disiplin akan diambil sekirannya Ammar merupakan ahli persatuan itu.

Ini komen Zed Zaidi:

"Saya telah mengarahkan pengerusi biro dari persatuan Seniman Malaysia supaya menyiasat pekara ini.

"Sekirannya anda (Ammar) ahli Seniman hukuman dan tindakan disiplin akan menyusuli, segalanya akan bergantung kepada siasatan nanti,"


"Saya percaya pengacara tersebut juga akan terasa apabila nama bapanya dipermainkan atau dihina apatah lagi bila orang tuanya itu sudah tiada, apakah perasaan anda ketika itu?


"Anda juga memperlekehkan nama bapa perlumba negara dengan bunyikan suara haiwan dan dari sudut persepsi masyarakat anda menyamakan bapa pelumba tersebut sebagai seekor haiwan.


"Adakah itu cara stesen TV mengajar anda untuk berbuat demikian apabila di kaca TV atau di radio? adakah ini di panggil professional menggunakan lawak bagi sebuah penghinaan dan tidak memikirkan sensitiviti rakyat Malaysia?"


"Segala permohonan maaf yang dilakukan oleh pihak stesen TV dan dari anda sendiri tidak cukup untuk membetulkan kembali imej dan kredibiliti pelumba negara tersebut.


"Anda pasti tahu... membina nama yang baik mengambil masa selama 20 tahun dan merosakkannya, hanya mengambil satu minit dan ia benar-benar memalukan,"



Watson Nyambek ternyata kecewa dan tersinggung dengan lawak yang dibuat oleh Ammar titan itu apatah lagi bapanya telah meninggal dunia tiga tahun lalu.

Watson dikatakan akan meneruskan hajat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan.


"Syukur...Dapat Anak Lelaki" - Ini Foto Baby Kedua Yusry KRU Dan Lisa Surihani

"Alhamdulillah Dapat Anak Lelaki" - Ini Foto Baby Kedua Yusry KRU Dan Lisa Surihani 



Inilah Luahan Hati Julia Perez Yang Kini Sedang Tenat Akibat Kanser Tahap 4

Inilah Luahan Hati Julia Perez Yang Kini Sedang Tenat Akibat Kanser Tahap 4


Pelakon Indonesia, Julia Perez ketika ini sedang berjuang dengan penyakitnya iaitu Kanser Serviks tahap 4.

Sebelum ini, Julia Perez ada memberitahu pihak media dan meluahkan perasaannya apabila dia disahkan menghidap penyakit kanser.

Katanya, penyakit ini disebabkan virus yang boleh didapati ketika kencing di toilet awam yang kotor.

Jom baca luahan Julia Perez:

"Penyakit ini boleh didapati di toilet jika kencing secara sebarangan"

"Virus ini juga berasal dari suami,jadi saya sarankan kepada suami jangan 'main perempuan' di luar, kasihan kami para isteri"

“Itulah sebenarnya yang membawa penyakit itu datang menghancurkan hidup saya”

"Banyak faktor dari wanita yang sudah hamil juga. Faktor utama itu dari psikologis."

"Penyakit ini tidak menular dengan berkucupan, berpelukan, atau bertukar pakaian, jadi jangan dijauhi. Cari doktor sebanyak mungkin,"

Semoga Julia Perez yang lebih dikenali sebagai Jupe berjuang sehabisnya untuk merawat penyakit ini.

Para peminat dilihat sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Jupe.

.............................................
CERVICAL CANCER

Cervical cancer occurs when the are abnormal cells (cancer cell) that grow on the cervix.

Cervix is the lower part of the uterus of a women.

Cervical cancer can often be successfully treated if it is found early.

Usually the cervical cancer is found at a very early stage through a Pap test.

Human papillomavirus (HPV) infection is one of the factor for cervical cancer. The infection can cause abnormal growth of cervical cell.

Not all women with an HPV infection will develop cervical cancer.

Pap test is the best way to detect abnormal changes to the cervix before they develop into cancer. It takes several years for cervical cancer to develop.

The first signs may be abnormal bleeding, spotting, or watery discharge from the vagina.

It also disturb the menstrual flow as it may be heavier than usual.

Pelvic pain, problems urinating, and swollen legs are the sign for advance stage of cevical cancer as it is spread to another organ.


Komen Mengejutkan Anzalna Tentang Ibu Mertuanya

Komen Mengejutkan Anzalna Tentang Ibu Mertuanya



Pelakon Anzalna baru-baru ini menjadi tumpuan apabila mendedahkan suaminya tidak cerewet dalam bab makanan.

Malah kalau masak nasi putih beserta telur goreng dan kicap pun suaminya, Hanif Zaki akan makan sahaja tanpa banyak mengeluh.

Selain itu, Anzalna juga mendedahkan bahawa hubungannya dengan ibu mertua amat baik.

Bagi pelakon ini, kehidupan mereka berdua sebagai suami isteri banyak dipermudahkan dengan bantuan ibu mertua yang banyak memahami.

Menjadi menantu perempuan tunggal dalam keluarga itu, ibu mertua banyak membantu dalam urusan seharian.

Ini komen Anzalna tentang ibu mertuanya:(MalayMailOnline)

“Ibu mertua saya buat segalanya untuk saya malah baju saya pun dia cuci. Dia sangat baik. 

“Dia sayang saya. Apa pun dia panggil Anzalna. Saya seorang pun menantu perempuan. 

“Ibu mertua saya tidak menyusahkan. Dia seperti mak sebenar saya. Masak pun dia panggil datang makan,” 

Memang untung Anzalna dapat ibu mertua baik macam tu.  Hubungan yang amat rapat antara seorang ibu mertua dan juga menantu.

Sememangnya hubungan seperti inilah yang patut dijadikan contoh oleh orag ramai di luar sana.