Akhirnya Uqasha Senrose Luah Perasaan Apabila Gambar Tidak Bertudung Tersebar
Uqasha Senrose menjadi tumpuan ramai apabila beberapa keping gambarnya tidak memakai tudung ketika bercuti di luar negara tersebar awal tahun ini.
Walaupun sudah 3 bulan berlalu, namun masih ramai haters yang memarahinya kerana dia hanya mengambil pendekatan berdiam diri tentang kontroversi tersebut.
Kini akhirnya Uqasha meluahkan perasaannya melalui satu temubual eksklusif dengan wartawan Utusan.
Jom baca:
Pada mulanya saya terkejut namun bila difikirkan kembali, saya sedar itu semua kesilapan di atas kejahilan diri sendiri yang masih terlalu cetek ilmu agama.
Sebenarnya, bagi saya, manusia ini banyak dugaannya dan kejadian itu merupakan dugaan yang telah tertulis untuk saya.
Saya akui, iman diri ini tidaklah sekuat mana, kadang kuat, kadang ke laut juga. Jadi, saya lebih mengambil pendekatan untuk terus belajar.
Saya mahu berterima kasih sebenarnya kerana jika dia tidak menegur kesilapan yang dilakukan, mungkin sehingga hari ini saya akan terus melakukan tindakan yang sama tanpa menyedari benda itu salah.
Tiada manusia yang sempurna, seperti yang saya cakapkan, apa pun yang dikatakan oleh peminat atau pihak yang membenci, saya terima seadanya tanpa rasa marah.
Sebelum gambar itu tersebar lagi, orang sudah benci saya. Mungkin sekiranya dibilang jumlah manusia yang tidak suka saya, lebih ramai rasanya daripada mereka yang meminati saya.
Namun, selepas tindakan saya itu menjadi berita, ramai peminat mula mengkritik saya sehingga ada yang mengkafirkan diri ini.
Saya terlalu sedih ketika itu, namun saya terima teguran itu biarpun pedih untuk difikirkan. Banyak ‘mulut-mulut puaka’ yang selama ini mungkin bertepuk tangan melihat saya dihina sedemikian rupa, namun bagi saya, apa yang terjadi memberikan pengajaran kepada diri sendiri supaya berjaga-jaga selepas ini.
Saya perlu lebih berjaga-jaga supaya tidak melakukan kesilapan yang boleh diibaratkan mencurahkan ‘setitik nila ke dalam belanga susu’ kerjaya.
Namun, saya juga minta agar masyarakat tidak terus menghentam dan memberikan peluang kepada saya untuk memperbaiki diri.
Saya masih muda, banyak lagi yang perlu belajar, teguran itu salah satu daripada cara untuk diri ini bermuhasabah.
Semoga Uqasha menjadikan kontroversi itu sebagai pengajaran yang berguna. Semoga sukses selalu dan ggod luck dalam teater Ombak Rindu yang akan datang.
allah maha melihat ..keluar negara pun allah boleh melihat
ReplyDelete