Pelakon Wanita Dengki, Cemburu Dengan Anzalna


Pelakon Wanita Dengki, Cemburu Dengan Anzalna


Anzalna kini selamat bergelar isteri dengan suaminya Hanif Zaki. Di majlis pesandingan mereka, pakaian Anzalna mendapat tumpuan kerana kelihatan amat cantik dan unik.

Malah pakaian itu menjadi trending di laman media sosial yang mana rata-rata memuji rekaan baju kahwin  tersebut.

Namun tidak sangka rupa-rupanya ada kisah disebalik rekaan gaun yang cantik tersebut.

Tak sangka sebenarnya ada seorang pelakon yang tidak diketahui identitinya datang menghasut pereka gaun berkenaan, Teuku Putra Aziz agar menghasilkan gaun yang berupa ala kadar sahaja.

Menurut sumber, pelakon itu merupakan rakan artis kepada Anzalna dan tidak mahu pelakon itu kelihatan cantik di hari perkahwinannya.

Namun apabila diminta pandangan Anzalna sendiri mengenai isu ini, beliau enggan mengambil tahu siapa individu berkenaan.

Ini komen Anzalna:

“Saya tak tahu siapa individu yang dimaksudkan. Jika ada pelakon wanita yang dengki, saya enggan memikirkan sangat mengenainya. Saya mahu biarkan sahaja perkara itu berlalu dan saya hanya berharap semoga dirinya dirahmati”.

Semoga artis tersebut insaf dan tak perlulah irihati.

0 comments:

Post a Comment