Komen Jihan Raja Lawak Setelah Bergelar Isteri


Komen Jihan Raja Lawak Setelah Bergelar Isteri


Dengan sekali lafaz, Jihan Muse selamat bergelar isteri kepada pelakon Ungku Hariz kira-kira pukul 3 petang Ahad.

Majlis pernikahan mereka berdua telah dihadiri seramai hampir 300 jemputan yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat pengantin sahaja.

- Gambar sekitar majlis pernikahan Jihan (KLIK SINI)
- Gambar suami Jihan, Ungku Hariz (KLIK SINI)

Jihan telah menzahirkan rasa syukur kerana hubungan yang terjalin selama 9 tahun itu berakhir ke jinjang pelamin.

Ini komen Jihan Muse:

“Saya bersyukur dan gembira kerana semuanya berjalan dengan lancar walaupun persiapan dilakukan pada saat-saat akhir kerana kesibukan kami berdua dengan komitmen kerja.

“Saya berharap perkahwinan akan berkekalan ke akhir hayat kami dan diberkati. Walau kami sudah lama berkawan masih banyak lagi perkara yang perlu kami pelajari selepas berkahwin,” 

Majlis resepsi Jihan dan Ungku Hariz akan diadakan pada 27 Mac ini di Menara Naza TTDI, Shah Alam dengan tema klasik.


0 comments:

Post a Comment