"Saya Menangis Ketika Ambil Anugerah" - Ayda Jebat


"Saya Menangis Ketika Ambil Anugerah" - Ayda Jebat


Ayda Jebat kini menjadi tumpuan apabila menang besar di Anugerah Meletop Era baru-baru ini namun ramai beranggapan dia tidak layak untuk menang.

Ayda telah tampil memberi komen tentang hal ini dan terkilan tuduhan segelintir pihak mempertikaikan kemenangannya.

antaranya didakwa disebabkan statusnya sebagai duta Aura White yang juga penaja program berkenaan.

Kata Ayda Jebat, kemenangannya dalam empat kategori pada acara itu adalah hasil kerja keras peminat-peminatnya sendiri tanpa bantuan sebarang pihak.


Ayda memenagi kategori utama Top Top MeleTOP (wanita), Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTop, Pelakon MeleTop dan Drama MeleTOP dan membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM30,000.

DUTA PUNCA MENANG?



"Pada saya soalan tentang pertikaian saya adalah duta produk yang menaja majlis ini adalah sangat tidak relevan.

"Kemenangan hari ini adalah atas tangan peminat saya dan tuduhan ia disebabkan saya duta kepada Aura White adalah tidak adil bagi peminat-peminat saya yang bekerja keras mengundi saya," 

TERIMA KOMEN BURUK

"Saya tahu ramai yang komen negatif di laman sosial yang menganggap saya tidak patut menang, saya juga tidak ada kuasa untuk mengatakan ia bukan hak saya atau orang lain,

"Saya ambil komen mereka daripada sudut positif dan buktikan lagi kemampuan saya untuk menyangkal tuduhan negatif itu" 

MENANG LAGU MELETOP

"Saya menangis ketika mengambil anugerah ini kerana rasa seperti mimpi. Saya bersaing dengan penyanyi-penyanyi yang hebat-hebat dan ada kelab peminat yang kuat.

"Kemenangan ini membuatkan saya ingin hasilkan lagu-lagu yang lebih baik pada amsa akan datang. Ramai yang bertanya saya tentang lagu balada, tapi saya rasa belum sampai masanya untuk menyanyikan lagu berat," 

0 comments:

Post a Comment