"Dia cakap kami hanya kawan, maka kawanlah" - Zizan
Zizan Razak akhirnya buka mulut memberitahu hubungannya dengan Vie Syanty Harun masih lagi dianggap sebagai kawan sahaja.
Vie Shanty merupakan bekas isteri kepada pelakon Datuk Eizlan Yusof yang telahpun bercerai.
Ini komen Zizan:
"Dia cakap hubungan kami hanya kawan, maka kawanlah... itu sahaja yang boleh saya komen,
"Saya tidak boleh komen lanjut kepada perkara yang tidak patut saya komen,"
"Saya tidak tahu mengapa orang cari dan korek tentang perkara ini, cukuplah apa yang dah keluar itu,"
Zizan sebelum ini dikaitkan dengan wanita tersebut apabila terdapat foto mereka bergambar bersama dan pelawak ini juga ada mendedahkan bahawa mereka pernah keluar menonton wayang.
Namun, Zizan berkata, mereka keluar beramai-ramai dengan ditemani oleh ahli keluarga.
Sumber: mStar
0 comments:
Post a Comment