Ini Kenyataan Terkini Dari Adira Tentang Isu Mengatakan Dia Kini Sedang Hamil


Ini Kenyataan Terkini Dari Adira Tentang Isu Mengatakan Dia Kini Sedang Hamil


Sebelum ini, penyanyi Adira dikatakan sedang hamil anak pertama bersama suaminya, Dato Red. Ini ekoran komen dari suaminya itu di laman instagram yang memberi hint seperti dia sedang mengandung.

Menjawab dakwaan itu, ini komen dari Adira sendiri:

"Saya mohon maaf, buat masa ini saya tidak ada sebarang komen mengenai berita kononnya saya sudah hamil. Ini kerana ia bukanlah daripada mulut kami sendiri.

"Namun apabila ia menjadi perbualan ramai, saya berharap ia sebagai satu doa buat kami.

"Oleh kerana banyak hati yang perlu dijaga, saya ambil keputusan untuk mengunci mulut buat sementara waktu ini,"

Buat masa sekarang Adira tidak mahu mengesahkan berita kehamilan tersebut.

0 comments:

Post a Comment