Miera Leyana Terkejut: Beri Warning Kepada Afiq Muiz


Miera Leyana Terkejut: Beri Warning Kepada Afiq Muiz


Pelakon Miera Leyana memberi amaran kepada Afiq Muiz supaya tidak membuat kenyataan melulu dan mengaitkan dirinya dalam gosip murahan.

Ini ekoran pelakon Afiq Muiz membuat kenyataan media bahawa dia dan Miera Leyana kini sedang hangat bercinta.

Kata pelakon wanita itu, Afiq Muiz seharusnya meminta pendapat daripadanya sebelum tampil membuat kenyataan yang tidak betul itu.

Miera mendedahkan hubungan antara mereka hanyalah sekadar rakan artis dan dia telah mempunyai kekasih hati, bukan Afiq Muiz.

Miera akui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang namun dia enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut.

Ini komen Miera:

“Saya terkejut bila Afiq sanggup buat kenyataan begitu. Tidak ma­suk akal jika kami bercinta sedangkan hubungan kami tidak lebih daripada sekadar rakan sekerja.

“Kami mula rapat sebagai rakan sewaktu di set penggambaran drama Memori Cinta Suraya. Tambahan pula, bila timbul isu ini, saya rasa kurang selesa,”.

“Saya belajar daripada kesilapan lalu. Kalau boleh saya tak mahu mengulangi kesalahan yang sama. Saya harap semua pihak memberi ruang dan peluang untuk saya memperbaiki kelemahan,” 

Sumber: Utusan

0 comments:

Post a Comment