Rakan Artis Bengang Dengan Perangai Neelofa Di Instagram


Rakan Artis Bengang Dengan Perangai Neelofa Di Instagram


Beberapa rakan artis dikatakan bengang dan terasa hati dengan perangai baru Neelofa yang suka unfollow rakan-rakannya.

Perkara ini diakui oleh Neelofa sendiri setelah dia bertindak keluar sebagai rakan (unfollow) individu berkenaan dalam senarai pengikut Instagram mereka.

Bagi Nelofa itu hanya perkara kecil sahaja. Perasaan tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan dia sekadar mengeluarkan mereka di Instagram dan bukannya bermaksud untuk memutuskan persabahatan.

Ini komen Neelofa:

"Saya mula berhenti menjadi pengikut rakan-rakan termasuklah teman-teman artis sejak beberapa bulan lalu dan perkara itu membuatkan ramai yang mempersoalkan tindakan saya itu.

"Mereka merasakan sebagai kawan, menjadi kewajipan untuk mengikut mereka di Instagram. Dan jika saya unfollow mereka, ia menjadi satu isu besar.

"Ada yang sentap (terasa) dan sehingga kini tidak bercakap dengan saya gara-gara tindakan ini. Sedangkan saya masih lagi menganggap mereka kawan,"

"Ada sebab saya tidak mengikut rakan-rakan di Instagram. Keputusan ini dibuat sebagai usaha membiasakan diri untuk tidak berfikiran negatif terhadap apa yang kita lihat di laman sosial berkenaan.

"Contohnya, apabila kita lihat gambar rakan-rakan yang sedang bercuti atau hasil belian barang-barang, pasti terdetik dalam hati adakah mereka mahu menunjuk-nunjuk walaupun sebenarnya bukan itu niat mereka.

"Situasi seperti ini yang buatkan saya tidak suka. Kadang-kadang gambar yang mereka muat naik itu sudah menunjukkan ia bersifat negatif dan secara tidak langsung perkara itu terpalit dalam diri dan boleh serabutkan fikiran kita.

"Dengan cara ini, saya lebih tenang dan menjadi lebih positif dalam setiap perkara yang dilakukan,"

"Laman sosial secara tidak langsung boleh menjurus kepada unsur-unsur negatif seperti isu follow dan unfollow ini. Kerana perkara seperti ini juga ia boleh membawa pergaduhan sesama rakan dan juga keluarga.

"Bagi saya isu seperti perlu diketengahkan dalam rancangan bual bicara untuk memberi fahaman kepada masyarakat bahawa laman sosial bukanlah segala-galanya dalam sebuah jalinan perhubungan. Dan jika kita unfollow seseorang, tidak bermaksud kita putus hubungan," 

Kini Neelofa telah unfollow lebih seribu followernya dan hanya mempunyai 700 following. Neelofa antara artis yang mempuyai ramai pengikut, hampir 2.4 juta follower.

0 comments:

Post a Comment