Ini Jawapan Salih Yaacob Untuk Kahwin Satu Lagi Setelah Bercerai
Setelah kisahnya bercerai dengan isteri kedua menjadi bahan bualan, pelawak Salih Yaacob kini belum terfikir untuk berkahwin lagi.
Salih hanya berserah pada jodoh dan takdir apatah lagi perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dibuat main malah dia berkahwin bukan kerana ingin mengambil kesempatan.
Bagi Salih sebenarnya tanggungjawabnya adalah besar sebagai suami apatah lagi masih mempunyai 3 orang isteri.
Ini komennya:
"Dari dahulu lagi, niat saya berkahwin empat bukan kerana mahu mengambil kesempatan yang dibenarkan ajaran Islam.
"Sebaliknya saya berkahwin kerana Allah dan mahu mendidik isteri-isteri saya. Jadi, selepas bercerai dengan Raha, tidak bermakna saya kini sedang mencari calon baru untuk diisi 'slot' yang kosong itu. Lagipun jodoh dan maut itu adalah ketentuan Allah,"
"Nampak mudah saja apabila beristeri ramai, tetapi tanggungjawab sangatlah besar. Dan kita sebagai manusia, ada masanya juga membuat silap.
"Tambahan pula, setiap isteri mempunyai sikap dan emosi yang berbeza, maka cara kita bercakap dengan mereka juga berbeza.
"Sebab itu saya perlu muhasabah diri setiap hari untuk cuba menjadi suami dan ayah yang sempurna,"
Bagu Salih Yaacob, apa yang berlaku itu merupakan ujian buatnya bagi seorang lelaki yang berpoligami.
Sumber: mStar
0 comments:
Post a Comment