Bayi Dicampak Dari Tingkat 18 Flat Danau Kota
Seorang bayi perempuan maut dicampak dipercayai oleh ibunya yang berusia 36 tahun dari tingkat 18 Flat Danau Kota, Setapak.
Mayat bayi itu ditemui pada 8.30 pagi tadi oleh seorang seorang lelaki. Saksi terus segera menghubungi pihak polis.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif berkata, bayi perempuan itu ditemui bersama uri dan parah di kepala.
Ini komen pihak polis:
"Hasil siasatan awal mendapati, bayi itu adalah anak kedua suspek dan dicampak dari balkoni rumahnya di tingkat 18.
"Suspek yang juga ejen hartanah ditahan dirumahnya yang dihuni bersama anak perempuannya berusia 5 tahun,"
Difahamkan, wanita terbabit ditinggalkan suami sejak dua tahun lalu dan kini menyewa sebuah bilik di salah sebuah unit di flat tersebut bersama seorang anak perempuannya yang kini berusia lima tahun.
Menurutnya, suspek kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 309B Kanun Keseksaan kerana membunuh anak selepas kelahiran.
0 comments:
Post a Comment