Bekas Isteri Salih Yaacob Kini Bahagia, Dedah Masalah Kewangan Antara Punca


Bekas Isteri Salih Yaacob Kini Bahagia, Dedah Masalah Kewangan Antara Punca 


Raha Hamad me­ngakui hidupnya kini lebih bahagia setelah diceraikan Salih Yaacob pada September tahun lalu.

Raha juga sekali lagi menegaskan bahawa punca sebenar penceraian bukanlah bermula dari reunion seperti didakwa bekas suaminya itu.

Antara isu yang dinaikkan Raha ialah bekas suaminya itu tidak berlaku adil dan juga masalah kewangan yang menimpa mereka.

Ini komennya:

“Poligami itu tidak salah dan tipulah kalau saya katakan, hidup bermadu ini manis-manis belaka. Mesti ada satu ketika kita akan terasa sekiranya suami kita melebih-lebihkan isteri yang lain”

“Sebenarnya saya sudah lama meminta untuk dilepaskan iaitu sejak 2012 lagi tetapi, tahun lepas saya nekad untuk bercerai. Bukan kerana orang ketiga, cuma saya rasa sudah tiba masa­nya untuk saya me­ngundurkan diri,” 

“Jangan menafikan masalah kewangan adalah punca. Selama ini saya meniaga sendiri dengan menjual rempeyek untuk menyara hidup anak-beranak. Bukan Salih tidak memberi wang tetapi, mana cukup untuk kami enam beranak.

“Saya percaya ini adalah jalan yang terbaik dan saya rasa lega serta tidak menyesal. Saya berharap agar semua pihak tidak lagi menuduh yang bukan-bukan terhadap saya dan keluarga,”

Sumber: Utusan

0 comments:

Post a Comment