Ini Jawapan Balas Yatt Hamzah Kepada Tuduhan Bekas Suami


Ini Jawapan Balas Yatt Hamzah Kepada Tuduhan Bekas Suami



Yatt Hamzah akhirnya tampil menafikan dakwaan bekas suaminya, bahawa lelaki yang bakal dinikahinya nanti adalah orang ketiga. Tuduhan ini seperti mengatakan Yatt Hamzah curang.


Selain itu, tambah Yatt, bekas suaminya. Abdul Mutalib, mempunyai hak untuk berkata apa saja dan Yatt sendiri tidak mahu ambil peduli mengenai apa yang keluar daripada mulut bekas suaminya itu.


Ini komennya:

“Ingin saya ingin tegaskan satu perkara yang menjadi bahan bualan orang ramai sejak gosip perkahwinan saya dihebohkan. Saya dan bakal suami sebenarnya sudah kenal lama sebagai rakan kerja memandangkan dia pernah bertugas sebagai juruvideo untuk perniagaan baju muslimah yang saya usahakan”

“Tetapi, hubungan kami mula menjadi rapat selepas saya memfailkan perceraian kali kedua di mahkamah tahun lalu. Jadi, rasanya tidak perlu mengaitkan dia sebagai orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangga saya”

“Demi Allah, dia tiada kena mengena dengan perkara tersebut. Biarlah saya dan Tuhan sahaja yang tahu mengenai perkara itu dan jangan babitkan orang lain ke dalam hal yang sudah pun berlalu”

“Apa yang saya lakukan ini adalah perkara baik iaitu mendirikan masjid. Kerja jodoh, ajal dan maut semuanya kerja Tuhan dan siapalah kita sebagai manusia untuk menolak ketentuan Ilahi,”

“Apa sahaja yang keluar dari mulut dan hati dia, saya tidak mahu ambil peduli. Biarlah saya tidak menjawab perkara itu sebab khuatir ia akan berlarutan menjadi besar. Fokus saya sekarang hanyalah untuk majlis pernikahan nanti. Saya pun ada menjemput bekas suami ke majlis, tapi terpulang kepada dia untuk hadir atau tidak,”

Sumber: KOSMO

0 comments:

Post a Comment