Cemerlang SPM: Anak Dapat Hadiah Kereta Dari Ajai


Cemerlang SPM: Anak Dapat Hadiah Kereta Dari Ajai


Ayu Nazirah, anak kepada komposer popular Ajai berjaya memperoleh 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ajai kini akan menunaikan permintaan anak prempuannya itu untuk mempunyai kereta sendiri.

Namun, Ajai hanya akan membeli kenderaan yang berpatutan dan sesuai dengan usia anak perempuannya itu dan bukannya kereta mewah.

Untuk pengetahuan, Ayu merupakan anak perempuannya bersama bekas isteri yang juga penyanyi iaitu Nurul Wahab.

Ini komen Ajai:

GANJARAN

"Sebagai ganjaran, saya memberi kebenaran kepada Ayu untuk mengambil lesen dan membeli sebuah kereta untuknya. Ia adalah permintaan Ayu dan 'lampu hijau' diberi sebagai hadiah usaha kerasnya. 

JENIS KERETA

"Namun, saya tidak akan terlalu memanjakan Ayu dengan membelikan kereta mewah. Saya memilih untuk menerapkan nilai bersederhana dan tidak memanjakan Ayu. Cukuplah memudahkan dia untuk bergerak ke sana-sini," 

POTENSI CEMERLANG DAH LAMA NAMPAK

"Potensi anak saya dapat dilihat sejak dulu lagi. Namun, sebagai bapa, saya tidak mahu terlalu berharap. 

"Kalau saya kecewa, nanti dia lebih kecewa. Saya tidak mengongkong Ayu untuk belajar kerana lebih selesa membiarkan dia mengulang kali pelajaran mengikut waktunya sendiri. 

"Kita sendiri dulu pun tidak suka dikongkong, jadi saya memahami situasi di mana dipaksa untuk belajar. Saya turut menasihati Ayu untuk mendekatkan diri dengan Allah menjelang peperiksaan," 

DOKTOR HAIWAN

"Saya memberi peluang kepada Ayu membuat pilihan sendiri untuk menentukan hala tuju masa depannya. Ayu lebih cenderung memilih jurusan perubatan veterinar," 

Ajai turut memberi kebenaran kepada anaknya untuk menyambung pelajaran ke luar negara jika mendapat tawaran. Bagaimanapun, Ajai lebih selesa anaknya belajar di Malaysia agar senang dipantau. 

Tahniah Ayu Nazirah.


0 comments:

Post a Comment