"Saya Terguris, Beremosi.." - Adira Luah Perasaan
Penyanyi popular tanah air, Adira kini membuat kenyataan di pihak media tentang insiden yang melanda keluarganya.
Kes Ruhainies masih menjadi bualan umum apabila isteri pertama, Datin Red telah tampil meluahkan perasaan (BACA SINI) dan kini tiba giliran Adira pula.
Jom baca komennya:
Hati Terguris
"Hati isteri mana yang tidak emosi berhadapan insiden sebegini. Sejujurnya saya terguris dan meminta ruang untuk menenangkan fikiran. Saya tidak mahu membuat kenyataan dalam keadaan marah. Apa pun saya tidak menyimpan dendam terhadap Ruhainies kerana dia sudah menjelaskan perkara sebenar. Mengenai video itu, biarlah mereka menyelesaikannya sendiri.
"Cuma diharap jangan kaitkan video berkenaan dengan rumah tangga saya. Cukup-cukuplah dengan kenyataan demi kenyataan. Sepatutnya hal dalaman keluarga diselesaikan secara berbincang. Tidak perlu dihebahkan kepada orang luar,"
Kini Hamil
"Memang benar saya kini hamil dua minggu. Tetapi saya belum dapat pengesahan doktor sebaliknya hanya mengagak usia kehamilan berdasarkan kiraan sendiri. Ujian pun saya buat sendiri selepas membeli kit kehamilan.
"Masih terlalu awal sebenarnya untuk saya kongsikan dengan umum tetapi suami sudah maklumkan dulu. Buat masa ini paling penting adalah kandungan, perkara lain saya tolak tepi,"
Sumber: BH
0 comments:
Post a Comment