Suhaimi Tampil Balas Komen Tentang Mesin Basuh Dan Para Haters
Suhaimi bukanlah seorang yang dikenali ramai tetapi menjadi popular selepas berkahwin dengan Ina Naim selain merupakan bekas penyanyi nasyid.
Baru-baru ini nama Suhaimi menjadi bualan ramai apabila mencetuskan kontroversi melalui gaya hidupnya yang lain dari yang lain. BACA SINI.
Ini jawapan balas Suhaimi tentang beberapa isu yang melandanya:
ISU MESIN BASUH
ISU KOMEN NEGATIF PARA HATERS
Dah lama saya perhatikan satu sikap masyarakat kita ni.
Khususnya orang melayu,islam.
Memang pelik dan menyedihkan.
Pelik pelik cara hidup saya ni pun,saya tak suka cari pasal dengan orang.
Kalau saya tak suka seseorang tu,saya akan diam atau cakap dalam hati je.paling paling mood baik sikit,saya akan doakan dia mudah mudahan dia jadi lebih baik.
Sebab saya sedar semua orang pun buat silap dan ada kefahaman masing masing.ada cara dan pilihan sendiri untuk hidup.
Tapi peliknya sesetengah manusia ni.tak suka,tak minat,benci,meluat,tapi ada pulak masa,tenaga dan kesungguhan untuk cari dan perah otak fikir,tulis dan berkelahi dengan orang.
Padahal kenal pun tak,kadang kadang cerita yang dia dengar tu pun entah soheh ke tak pun tak tau.tapi bila baca orang marah,dia pun marah.orang maki,dia pun nak jugak maki.orang sindir,dia pun gigih nak menyindir orang.
Allahu Akbar!
Dia terlupa,Allah Maha Melihat,Allah Maha Tahu,Maha membalas setiap potong ayat yang dia taip tu.
Dia ikutkan nafsu sampai terlupa ada malaikat di kiri dan kanan yang mencatat setiap tulisan dan perbuatan dia.
Dia lupa bahawa dia pun ada keluarga,suami,isteri,anak,adik,kakak dan kawan kawan yang Allah boleh uji dan timpakan cubaan serupa atau lebih buruk daripada orang yang dia kata dan kutuk tu.
Kalau anda kenal,saya ni seorang yang lembut dan sopan.. (sopanlah sangat)
Saya bukan orang yang suka berkelahi atau biadab dengan orang lain samada kenal ataupun tak.
Tapi ingat,saya juga manusia.ada perasaan,ada buat ada kekurangan,ada masa saya juga lemah dan tidak sabar.
Jangan paksa saya jadi orang seperti kalian.
Lebih menyedihkan,yang duk jadi keyborad worrier ni,bukan saja orang yang tak berapa faham agama,yang tak tutup aurat dan hisap rokok saja..
Tapi yang bertudung,berkopiah dan ada ustaz ustazah pun Ikut terjebak sama.
Seolah olah keluarga dan rumahtangga dia tu dah baik dan semuanya sempurna.
Allah Allah..
Kesian.
Terus terang,Inilah salah satu faktor kenapa saya tidak mahu hantar anak anak saya ke sekolah.
ilmu ada,kelulusan tinggi,tapi akhlak dan bahasa,na'udzu billah..
maaf,itu pandangan peribadi saya..nak kecam,kecamlah.(Ada aku kesah)
Ok cukup sampai situ.
Pesanan saya,kalau nak follow,follow lah.kalau nak komen,komenlah..tapi janganlah ikut budaya suka mencari cari salah orang,suka bersangka buruk,suka buat fitnah dan menyakitkan hati orang dengan komen komen kita.dah la datang tak diundang :)
Tapi pada yang komen dengan baik,doakan saya dan keluarga tu,saya ucapkan terima kasih banyak banyak.saya doakan kalian.barokAllahu fiikum
Ingatlah,dunia ni sementara je.akhirat tu panjang.menyesal panjang nanti bro..
Hiduplah dengan positif dan rasa kasih sayang.kita ni semuanya bersaudara.
So,sangka baik,berfikirlah secara positif dan tulis dan tegurlah dengan adab dan penuh rasa berhemah sebagaimana kita nak orang tulis pada kita.
Belajarlah hormati pilihan dan cara orang selagi ia tak ganggu hidup kita.
Apa guna kita ada harta,kelulusan,pangkat dan ilmu yang banyak pun kalau kita tak ada akhlak.
Buang yang keruh,ambil yang jernih.
Maaf kalau khilaf.
Saya bukan ustad,
Saya Suhaimi Saad.
0 comments:
Post a Comment