"Macam Ayah Dengan Anak.."- Haters Kutuk Gambar Terkini Alyah Dan Ramli MS

"Macam Ayah Dengan Anak.."- Haters Kutuk Gambar Terkini Alyah Dan Ramli MS


Pasangan selebriti Alyah dan Dato Ramli MS kini sedang bahagia melayari alam perkahwinan.

Mereka dikatakan berkahwin di Indonesia kira-kira 3 tahun yang lalu namun tidak berdaftar di Malaysia.

Walaupun terdapat pelbagai dugaan, sehingga kini hubungan mereka semakin baik dan bahagia.

Menerusi rancangan Gegar Vaganza, Ramli MS juga sering menjadi bahan oleh Nabil dan Jihan tentang perkahwinan dengan Alyah.

Yang terbaru, Alyah telah memuatnaik gambar dengan suaminya itu.

Ada pihak yang kurang senang dan mengutuk kebahagiaan pasangan ini.

Haters mengambil peluang mengecam pasangan ini dan ada yang mengatakan mereka berdua seperti ayah dan anak.

Ini antara komennya:





Ada juga yang berang apabila Alyah dan Ramli MS dikecam sebegini.

Ini antara komen nya:






Nourul Wahab Jalani Pembedahan Buang Ketulan

Nourul Wahab Jalani Pembedahan Buang Ketulan


Penyanyi Nourul Wahab telah selamat menjalani pembedahan baru-baru ini.

Pembedahan tersebut adalah untuk membuang ketulan di peha kanannya di sebuah pusat perubatan.

Nourul mengatakan kehadiran ketulan itu disedarinya sejak 18 tahun lalu, namun dibiarkan saja.

Ketulan itu tidak memberiimpak terhadap tubuhnya namun Nourul mengambil langkah berjaga-jaga supaya kesihatannya pada masa akan datang tidak terjejas.

Nourul turut menasihatkan orang ramai supaya melakukan segera pemeriksaan dan mendapatkan rawatan sekiranya mereka mengesan ketulan pada mana-mana bahagian tubuh.

Katanya, walaupun dianggap tidak berbahaya, namun ia mungkin akan memberi kesan yang boleh menjejaskan kesihatan apabila usia meningkat.

Ini komennya:

"Alhamdulillah, saya hanya menjalani pembedahan kecil dan proses itu juga tidak mengambil masa yang lama. 

"Tiada apa yang serius, cuma saya mengambil langkah berjaga-jaga demi masa depan. Mungkin hari ini ketulan itu tidak mengganggu, tetapi saya tidak tahu pada masa akan datang. 

"Saya dibenarkan pulang sebaik saja selesai pembedahan selesai,"

"Lebih baik mencegah sebelum perkara yang tidak diingini berlaku. Memang saya prihatin dalam penjagaan makanan dan menitikberatkan pengambilan makanan tambahan, tetapi kita tidak pernah tahu kemungkinan yang boleh berlaku pada masa depan.

"Saya sarankan sekiranya sesiapa yang mempunyai ketulan pada badan supaya segera berjumpa doktor. Minta pandangan mereka kerana itu lebih baik daripada membiarkan ia melarat," 



Betullah kata Nourul, mencegah lebih baik dari merawat.

Sumber: BH

Inilah Koleksi Gambar Isteri Kepada Mazlan Pet Pet, Adik Che Ta Yang Amat Jelita

Inilah Koleksi Gambar Isteri Kepada Mazlan Pet Pet, Adik Che Ta Yang Amat Jelita


Nama Mazlan Pet Pet dari kumpulan Senario sememangnya amat dikenali ramai.

Lan sememangnya berbakat besar dalam industri lawak dan pernah menjadi amat popular ketika bersama Senario.

Dari sudut peribadi, Lan Pet Pet seudah berkahwin dengan wanita yang juga adik kepada selebriti popular Che Ta.

Nama isteri Lan ialah Ruby Che Wan. Pasangan ini bernikah pada tahun 2008.

Lan berkata, dia akur dengan nasihat ibunya supaya tidak menceritakan perihal rumah tangga kepada media dan orang ramai.

Sebab itu kita kurang mendengar kisah rumah tangga dari Lan Pet Pet.

Ini gambar terkini isteri Lan Pet Pet. Memang cantik orangnya.















Jangan Kaitkan Saya Dengan Qi Razali Lagi!! - Nelydia Senrose Berang

Jangan Kaitkan Saya Dengan Qi Razali Lagi - Nelydia Senrose



Sebelum ini, pelakon jelita Nelydia Senrose akui sudah putus cinta dengan pelakon Qi Razali.

Namun, baru-baru ini ada beberapa pihak mengatakan mereka berdua sudah kembali bercinta.

Ini menyebabkan ada peminat Nelydia ingin mengetahui kebenaran disebalik khabar angin tersebut.

Akhirnya Nelydia tampil menceritakan hal sebenar.

Menurut Nelydia, dia dan Qi sememangnya sudah putus cinta dan cerita mereka kembali bersama adalah tidak betul..

Mereka berdua masih mengekalkan hubungan baik hanya sebagai teman tanpa ada perasaan cinta.

Ini komennya:

Kami sudah putus! Muktamad. Tidak perlu lagi mencanang cerita yang tidak benar. 

Sejujurnya, antara kami sudah tiada apa-apa. Walaupun hubungan kami masih baik tapi itu hanyalah sebagai teman semata-mata.

Saya belajar daripada pengalaman untuk tidak mahu lagi mencanang tentang kisah cinta. 


Saya lebih suka mendiamkan diri. Jadi mungkin bila tiada kata putus daripada mulut kami berdua, orang mula mencetuskan spekulasi sendiri. 

Apa yang pasti, saya dan si dia sudah tiada apa-apa.

Itulah penjelasan dari tuan punya badan.

Setelah Dilabel Membelakangi Suami, Ini Luahan Hati Kali Kedua Dari Isteri Kedua Adi Putra

Setelah Dilabel Membelakangi Suami, Ini Luahan Hati Kali Kedua Dari Isteri Kedua Adi Putra


Isteri kedua Adi Putra, Norshahida Zolkifly semalam telah tampil memberi kenyataan tentang perkahwinannya dengan pelakon itu.

Shahida telah menafikan rumah tangganya bersama pelakon kelahiran Singapura itu, bergolak.

Norshahida mendakwa, mereka amat bahagia melayari kehidupan sebagai suami isteri sejak enam bulan bernikah.

Katanya, Adi Putra adalah suami yang bertanggungjawab dan tahu menjaga hati kedua-dua isteri biarpun tegas.

Walaubagaimanapun, dikatakan Adi Putra terkejut dengan kenyataan isterinya kepada pihak media.


Ini luahan hati Shahida:


TAK BOLEH LARIKAN DIRI

"Saya tidak pernah membuka mulut berhubung perkahwinan kami selepas berkahwin. Saya faham sangat, suami tidak selesa berkongsi kisah peribadi untuk tatapan umum.

"Bagaimanapun, lebih lama kami mendiamkan diri, terlalu banyak spekulasi yang timbul sejak kami berkahwin. 


"Mungkin langkah ini agak berat tetapi apabila terserempak dengan wartawan hari ini, saya tidak boleh melarikan diri.

"Saya harus mempertahankan rumah tangga saya yang diperkatakan ramai,"


HUBUNGAN DENGAN ISTERI PERTAMA

"Selepas beberapa bulan berkahwin, suami mengambil langkah mempertemukan kami. Alhamdulillah, hubungan kami baik. 


"Kerap juga kami bertemu dan selalu berhubung untuk bertanya khabar. Saya menepis tanggapan sesetengah pihak hubungan kami keruh,"

"Apabila suami berada bersama Aida, saya tidak akan mengganggunya, begitu juga Aida.

ADA PIHAK MAHU LAGA-LAGAKAN

"Bagaimanapun, saya tidak menafikan ada sesetengah pihak seperti mahu melaga-lagakan kami. Saya sebagai isteri muda seharusnya lebih banyak beralah serta menjaga hati suami dan Aida,"

KISAH KEHAMILAN

"Saya tidak tahu saya hamil. Saya seorang yang aktif berbasikal dan bersenam. Saya hanya sedar diri hamil apabila mula mabuk menaiki kenderaan. Namun, keadaan itu tidak lama apabila saya keguguran,"



Itulah jawapan dari Shahida tentang persoalan perkahwinannya.


Ini sekaligus menjawap pelbagai persoalan yang timbul sebelum ini.

Ini Jawapan Balas Mengapa Lelaki Ini Tunjuk Jari Tengah

Ini Jawapan Balas Mengapa Lelaki Ini Tunjuk Jari Tengah


Seorang lelaki menjadi viral apabila gambar sedang memotong barisan dan juga menunjukkan jari tengah telah tersebar.

Ini gambarnya:


Gambarnya ini dirakam oleh seorang pemandu wanita yang berkongsi sikap lelaki berkenaan di laman media sosial.

Ramai yang menunjukkan rasa kurang senang dengan sikap kurang ajar lelaki berkenaan.

Setelah dikecam teruk, kini giliran lelaki berkenaan pula tampil membuka cerita.

Ini komennya:



Adi Putra Terkejut Dengan Tindakan Isteri Keduanya

Adi Putra Terkejut Dengan Tindakan Isteri Keduanya


Isteri kedua Adi Putra telah membuat kejutan dengan memberi kenyataan kepada pihak media tentang isu perkahwinannya.

Baca komen isteri kedua Adi DI SINI.

Adi Putra sebelum ini enggan membuka mulut mengenai isu pergolakan rumah tangga dengan isteri keduanya.

Ternyata  Adi Putra terkejut dengan tindakan isteri mudanya yang dipercayai membelakangi beliau apabila dikatakan mengadakan pertemuan bersama media.

Adi  berkata, dia sendiri tidak mengetahui mengenai pertemuan Shahida dengan wartawan sebuah akhbar memandangkan temu bual itu diatur tanpa pengetahuannya.

Untuk pengetahuan, Adi berkahwin dengan Shahida pada bulan Jun yang lalu.

Sebelum ini Adi berkahwin dengan isteri pertama iaitu Aida pada 4 April 2006.

Pasangan ini tidak mendapat cahaya mata kerana Aida sering keguguran namun mereka mempunyai seorang anak angkat perempuan berusia empat tahun.

(Terkini) Isteri Kedua Adi Putra Akhirnya Tampil Buka Cerita Tentang Perkahwinannya

(Terkini) Isteri Kedua Adi Putra Akhirnya Tampil Buka Cerita Tentang Perkahwinannya


Isteri kedua kepada pelakon Adi Putra, Nurshahida Zolkifly secara mengejut telah membuat kenyataan kepada media.

Isteri kedua Adi Putra ini telah menolak dakwaan bahawa rumah tangga dengan pelakon itu sedang bergolak.

Kata Shahida, sepanjang enam bulan berkahwin dengan pelakon itu dia sebenarnya sangat bahagia dan menjalani kehidupan seperti isteri-isteri lain diluar sana.

Ditanya tentang kecaman yang diterima dari orang ramai mengenai keputusanya untuk berkahwin sebagai isteri kedua Adi, Shahida memberitahu dia menerimanya dalam keadaan yang terbuka.

Ini komennya:

"Kami bahagia, malah suami saya berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami yang mempunyai dua isteri dengan baik.

"Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik, kami tidak ada masalah,"

"Saya seorang yang positif, jadi perkara ini tidak terlalu memberi kesan sebenarnya..."

"Jika ada perkara yang baik saya akan ambil sebagai pengajaran,"

"Jika ada perkara yang tak benar saya akan tolak tepi.."

"Alhamdulillah, bahagia.."

Ini video nya:

PhD Boy Iman Dipersoal Orang Ramai, Rupanya Sumber Universiti "Tak Diiktiraf" Kerajaan Malaysia

PhD Boy Iman Dipersoal Orang Ramai, Rupanya Sumber Universiti "Tak Diiktiraf" Kerajaan Malaysia


Kini semakin ramai anak seni yang menyambung pengajian dalam bidang akademik untuk mempertingkatkan kemahiran diri.

Ramai yang berebut-rebut untuk memegang gelaran Doktor (Dr).

Sebelum ini pelakon dan penyanyi Soo Wincci telah berjaya menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Terbuka Malaysia.

Kini giliran pelakon Boy Iman pula mencuri tumpuan apabila gambar dan video majlis konvokesyennya menerima PhD dikongsi pengguna di media sosial.

Foto ini menarik perhatian orang ramai yang mempersoalkan kejayaan pelakon itu menerima PhD dalam bidang sosial dan kemanusiaan.

Pelbagai tomahan dan juga kritikan daripada pengguna media sosial dan ramai yang mempersoal kesahihan PhD yang diterimanya.

Baca koleksi komen dari orang ramai tentang PhD Boy Iman DISINI.

Beberapa foto yang dimuat naik pelakon itu di akaun Facebooknya menyatakan dia menerima PhD itu dalam majlis konvokesyen dari International University dengan kerjasama sebuah pusat pengajian dari Chennai, India pada 21 Disember lalu.

PKata Boy Iman, dia melanjutkan pengajian jarak jauh (PJJ) dan melakukan penyelidikan serta tugasan dalam bidangnya itu selama 3-4 tahun.

Namun, menerusi nama universiti yang tertera di gambar konvokesyennya, ia merujuk sebuah kolej iaitu International Institute of Church Management Inc. Florida USA (IICM) yang menawarkan pengajian jangka pendek menerusi Internet selama tiga bulan untuk kursus diploma termasuk ijazah, sarjana dan PhD.

Melalui laporan dari Rojak Daily Kaw! (RDK), mereka telah membuat semakan menerusi Sistem Pengiktifan Kelayakan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia sebaliknya mendapati IICM tiada dalam senarai pusat pengajian tinggi yang diiktiraf kerajaan Malaysia.

Kita tunggu jawapan dari Boy Iman tentang hal ini.

Ini Komen Balas Orang Ramai Setelah Dato Dr Boy Iman Dapat PhD

Ini Komen Balas Orang Ramai Setelah Dato Dr Boy Iman Dapat PhD


Umum mengetahui pelakon Boy Iman telah mendapat anugerah PhD sekaligus bergelar Dato Dr Boy Iman.

Beberapa keping gambar dikongsi pelakon ini di laman sosial.

Ini terus mendapat perhatian ramai kerana mereka mempersoalkan anugerah tersebut.

Ini antara komen dari orang ramai tentang majlis konvi Boy Iman tersebut.

Jom baca:









Along Cham Dilamun Cinta, Sudah Temui Kekasih Hati Baru?

Along Cham Temui Cinta Hati Baru



Along Cham kini dikatakan sedang hangat dilamun cinta.

Melalui laporan dari Media Hiburan, Along sudah mempunyai cinta hati baru.

Pelakon, pelawak, pengacara dan penyampai radio Best FM ini telah menajdi tumpuan apabila memuatnaik gambar seorang perempuan sedang mengetip kuku seorang lelaki yang dipercayai kuku Along.

Kemungkinan wanita tersebut adalah teman baru Along Cham. Orang ramai dan para peminat Along dilihat memberi ucapan tahniah kepadanya.

Gosip bertambah panas apabila rakan sekerjanya iaitu Zairi Best FM turut memberikan ucapan tahniah.

Sudah pastilah, sebagai orang yang selalu bersama Along, tahu sedikit sebanyak kisah cinta Along ini.

Ditanya pada tuan punya badan sendiri, Along tidak memberikan jawapan dan masih teka-teki.

Bagaimanapun sama-samalah kita nantikan pengumuman daripada Along sendiri berita gembira tersebut.

Sebelum ini, Along bercerai dengan penyanyi Zila Seeron dengan talak satu secara sah di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling bulan Ogos lalu.


Koleksi Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Pelakon Dottie, Wajah Suami Iras Zamani

Koleksi Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Pelakon Dottie



Dottie atau nama sebenarnya Nor Syuhaida kini telah selamat bergelar isteri.

Pelakon berumur 28 tahun itu dinikahkan dengan jejaka pilihan hatinya Mohd Haffis Abu Hassan pada 25 Disember lalu.

Majlis pernikahan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, kira-kira jam 10 pagi.

Tentang wang hantaran dan mas kahwin yang diterima, Dottie telah merahsiakannya.

Pasangan pengantin berbalas tiga dulang hantaran.

Dottie berkenalan dengan suaminya di Facebook sejak Jun tahun lalu.

Mereka berdua kemudian telah mengikat tali pertunangan pada April lalu.


Dikatakan suaminya itu berasal dari Banting, Selangor.

Majlis resepsi akan diadakan di Banting pada pada 7 Januari depan.

Ini koleksi gambar pernikahan Dottie: